window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tesla Thailand didaftarkan, Model S, 3, X, Y rasmi sedia untuk warga Thai?

Mersita ยท May 29, 2022 08:00 PM

Tesla Thailand didaftarkan, Model S, 3, X, Y rasmi sedia untuk warga Thai? 01

Sedang usahawan dan pelabur terkenal, Elon Musk, sibuk berbincang dengan pegawai kerajaan Indonesia, pengeluar kenderaan elektrik (EV) dikenali ramai itu baru saja mendaftarkan subsidiari di Thailand. Sama seperti pilihan mendarat konsert artis terkemuka dunia, Malaysia sering dilangkau oleh jenama-jenama popular seperti Tesla.

Tesla Thailand didaftarkan, Model S, 3, X, Y rasmi sedia untuk warga Thai? 02

Rakan penulis kami di Thailand, AutoFun TH mendedahkan maklumat pendaftaran Tesla (Thailand) Co. Ltd. dan didapati ia didaftarkan pada 25 April 2-22 dengan modal pendaftaran sebanyak THB 3 juta (~RM 386,000).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tesla Thailand didaftarkan, Model S, 3, X, Y rasmi sedia untuk warga Thai? 01

Syarikat itu juga menyenaraikan tiga nama dalam barisan Lembaga Pengarahnya, iaitu:

  • David Jon Feinstein – Senior Director of Global Trade and New Markets at Tesla Inc
  • Vaibhav Taneja – Chief Accounting Officer at Tesla India Motors and Energy
  • Yaron Klein – Treasurer of Tesla Inc

Tesla Thailand didaftarkan, Model S, 3, X, Y rasmi sedia untuk warga Thai? 02

Feinstein juga dilantik sebagai Director of Tesla India selain menjadi salah seorang lembaga pengarah bagi “unit Tesla lain, termasuk Slovenia”, menurut carta organisasi Tesla.

Tesla Thailand didaftarkan, Model S, 3, X, Y rasmi sedia untuk warga Thai? 03

Adakah ini bermaksud Tesla sedang mengintai untuk menembusi pasaran Thai secara rasmi? Mungkin agak awal bagi mengesahkan dakwaan ini buat masa sekarang kerana ia hanyalah pendaftaran perniagaan dan barangkali tiada sebarang model Tesla yang akan dijual menerusi saluran rasmi.

Tesla Thailand didaftarkan, Model S, 3, X, Y rasmi sedia untuk warga Thai? 04

Contohnya, Tesla India terpaksa menangguhkan rancangannya untuk menjual EV di rantau itu, dengan pencarian untuk ruang bilik pameran yang juga terbengkalai, dan menyusun semula beberapa pasukan domestiknya setelah gagal mendapatkan cukai import lebih rendah, menurut laporan Reuters.

Tesla Thailand didaftarkan, Model S, 3, X, Y rasmi sedia untuk warga Thai? 05

Bilik pameran Tesla di Millenia Walk, Singapura

Buat masa sekarang, satu-satunya cara untuk mendapatkan Tesla di Thailand adalah menerusi penjual kereta ‘recond’, sama saja dengan kebanyakan negara jirannya di Asia Tenggara. Singapura adalah satu-satunya pasaran ASEAN yang mempunyai saluran rasmi bagi pembelian Tesla.

Juga baca: Singapura demam Tesla Model 3, jadi fenomena sampai jualan melonjak 16x ganda!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia