Perodua Myvi 2022 iaitu model facelift sudahpun dilancarkan di Malaysia. Bagi anda yang belum tahu, kembar Myvi turut ada di Indonesia tetapi ia dijual sebagai Daihatsu Sirion.
Secara tidak langsung, model facelift juga dijangka tiba ke sana (CBU) yang mana pelancarannya akan berlangsung pada 2 Jun 2022.
Juga baca: Rebiu: Perodua Myvi 2022 facelift beri pakej lengkap harga berbaloi, tapi Iriz menang satu perkara
Apapun, gambar yang dimuat naik oleh Rayhan Haikal ini menunjukkan intipan model itu tanpa seurat benang. Dari bahagian luar, ia nampak sama seperti Myvi varian teratas. Cumanya, Sirion facelift nanti akan bernadikan enjin 1.3L 1NR-VE (95 PS. 121 Nm) sahaja. Tetapi apa yang baru adalah penggunaan transmisi D-CVT.
Untuk bahagian dalam, Sirion facelift juga tampil serupa dengan Myvi, iaitu dari reka bentuk roda stereng yang baru hinggalah ke skrin paparan pelbagai maklumat.
Menurut Indra Fathan pula, Sirion facelift mungkin ditawarkan dengan dua varian iaitu 1.3 X dan 1.3 R. Namun begitu, ia tidak akan hadir dengan sistem bantuan keselamatan ADAS dan lampu DRL LED.
Selama ini, Daihatsu Sirion di Indonesia dijual pada harga 209.2 juta rupiah ke 223.7 juta (~RM 63k – RM 68k). Jadi, harga lebih mahal tapi ciri lagi ‘kureng’. Adakah ini sebab ia tidak mendapat sambutan yang sama di sana? Mungkin juga.
Juga baca: Cukai baru Indonesia naikkan harga Daihatsu Sirion, lebih mahal berbanding Perodua Myvi!
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}