window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rebiu: Perodua Myvi 2022 facelift beri pakej lengkap harga berbaloi, tapi Iriz menang satu perkara

Mersita · Jan 16, 2022 08:00 PM

Rebiu: Perodua Myvi 2022 facelift beri pakej lengkap harga berbaloi, tapi Iriz menang satu perkara 01

  • Myvi facelift baru yang komprehensif, diberi transmisi D-CVT baru
  • Kelengkapan keselamatan dan ADAS setaraf dengan kereta yang dua kali ganda lebih mahal
  • Penjimatan minyak lebih bagus berbanding ujian-ujian awalan

‘King’ sudah kembali dengan pakej lebih lengkap, mantap, dan mengancam.

Setakat ini, anda pasti sudah dengar orang berkata Myvi facelift baru ini bukannya calang-calang pembaharuannya. Ia telah menerima enjin baru dalam setiap generasi, namun kotak gear automatik 4 kelajuannya bertahan sepanjang tiga generasi.

Akhirnya kini, tiba Myvi ‘D51A’ facelift 2022 yang membawa transmisi baru untuk pengalaman pemanduan lebih lancar.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Rebiu: Perodua Myvi 2022 facelift beri pakej lengkap harga berbaloi, tapi Iriz menang satu perkara 01

Transmisi D-CVT ini pada mulanya muncul dalam kedatangan Perodua Ativa, dan kini ia memberikan pemanduan lebih baik, lebih jimat, dan lebih pantas bagi Perodua Myvi 2022.

Mungkin anda tertanya-tanya, “eh, Myvi tukar D-CVT je terus jadi lagi power?” Ya, tapi cukupkah ia untuk memuaskan hati si pemandu berjiwa kembara dan mahukan ‘ride and handling’ hebat?

Baca juga: Perodua Myvi facelift 2022 kini rasmi di Malaysia – dari RM 46k - 59k, D-CVT, ADAS PSDA!

Apa lagi yang baru selain daripada transmisi D-CVT?

Rebiu: Perodua Myvi 2022 facelift beri pakej lengkap harga berbaloi, tapi Iriz menang satu perkara 02

Dilancarkan pada November 2021, Myvi 2022 memperkenalkan pelbagai perubahan kosmetik dan naiktaraf penggayaan terutama sekali di ruangan kabin.

Rebiu: Perodua Myvi 2022 facelift beri pakej lengkap harga berbaloi, tapi Iriz menang satu perkara 03

Enjin 1NR-VE 1.3 liter 95 PS/121 Nm serta enjin 2NR-VE 1.5 liter 103 PS/137 Nm dibawa masuk dari generasi lama

Terdapat lima varian untuk dipilih – dua varian 1.3 liter dan tiga varian 1.5 liter – dengan kelengkapan berikut:

Rebiu: Perodua Myvi 2022 facelift beri pakej lengkap harga berbaloi, tapi Iriz menang satu perkara 04

Perodua Myvi 1.3 G (tanpa PSDA) paling murah (RM 45,700) tidak termasuk dalam rajah di atas

Advanced Safety Assist 3.0 (ASA 3.0) Perodua kini merangkumi pelbagai bantuan pemanduan dalam suite ADAS Perodua Smart Drive Assist (PSDA).

Rebiu: Perodua Myvi 2022 facelift beri pakej lengkap harga berbaloi, tapi Iriz menang satu perkara 05

Antara lima varian, PSDA ditawarkan dalam empat varian dan ia bermula dengan kelengkapan ASA 3.0 yang merangkumi:

  • Amaran Pra-Pelanggaran (FCW)
  • Brek Pra-Pelanggaran (AEB)
  • Kawalan Kesilapan Operasi Pedal
  • Amaran Pelepasan Hadapan

Di dalam model Myvi sebelum facelift, senarai kelengkapan ADAS hanya berakhir di sini. Namun sekarang, Perodua menambah Amaran Pelepasan Lorong dan Halangan Pelepasan Lorong – inilah yang mengangkatnya ke tahap suite PSDA baru.

Rebiu: Perodua Myvi 2022 facelift beri pakej lengkap harga berbaloi, tapi Iriz menang satu perkara 06

Selain itu, Myvi AV 2022 spesifikasi paling atas ditambah dengan:

  • Kawalan Peluncuran Adaptif (ACC)
  • Kawalan Kekal Lorong (LKC)
  • Pemantau Titik Buta (BSM)
  • Amaran Trafik Lintasan Belakang (RCTA)

Rebiu: Perodua Myvi 2022 facelift beri pakej lengkap harga berbaloi, tapi Iriz menang satu perkara 07

Dengan semua naiktaraf kelengkapan ini, Myvi AV 2022 kini ialah kereta paling murah di Malaysia yang menawarkan pemanduan berautonomi SAE Tahap 2 – setaraf dengan Ativa, malah juga kereta yang harganya sekali ganda lebih mahal.

Baca juga: 2022 Perodua Myvi facelift Baru vs Lama - apa yang berbeza?

Luaran – Nampak lebih garang walau ‘mata sepet’

Mungkin ramai yang tidak sependapat dengan rupa bentuk luaran baru Myvi 2022 – ada yang kata lagi hebat, ada yang nampak cela.

Rebiu: Perodua Myvi 2022 facelift beri pakej lengkap harga berbaloi, tapi Iriz menang satu perkara 08

Segelintir rakan penulis kami berkata lampu hadapannya, walaupun tampak lebih elegan, sepet sedikit. Lampu DRL-nya yang menegak pula kata mereka akan tampak lebih cantik kalau ia ‘tenggelam’ sedikit di dalam bampar hadapan kerana ia tampak seperti ‘dilekat’ begitu sahaja di kedua sisi.

Rebiu: Perodua Myvi 2022 facelift beri pakej lengkap harga berbaloi, tapi Iriz menang satu perkara 09

Walau bagaimanapun, perubahan ketara pada Myvi 2022 ini sememangnya memberikan ia perbezaan jelas dengan generasi terdahulu dan tampak lebih garang serta menonjol di jalan raya.

Rebiu: Perodua Myvi 2022 facelift beri pakej lengkap harga berbaloi, tapi Iriz menang satu perkara 10

Baca juga: Adakah tanda harga RM 59,000 murah ataupun mahal untuk Perodua Myvi facelift 2022?

Ruang dalaman – Tampak meriah, tapi tak berapa selesa

Ruang kabin Myvi AV baru tampak meriah bak ‘merah Mak Ngah’ – kalau suka merah, apa salahnya.

Rebiu: Perodua Myvi 2022 facelift beri pakej lengkap harga berbaloi, tapi Iriz menang satu perkara 11

Perincian merah dalam Ativa (gambar atas) lebih bersederhana dan sesuai, berbanding Myvi 2022 yang macam ‘over the top’ sikit

Berbeza dengan Perodua Ativa yang dihiasi kemasan merah di sana sini dalam amaun yang cukup-cukup cantik, Myvi 2022 pula lebih ketara dengan cebisan merah yang agak banyak. Dengan varian ini, kalau anda tak minat warna merah, hadap sajalah atau beli sarung tempat duduk baru.

Rebiu: Perodua Myvi 2022 facelift beri pakej lengkap harga berbaloi, tapi Iriz menang satu perkara 12

Skrin sentuh infotainment baru kini berukuran 6.9 inci (dulu 6.2 inci) – menawarkan sambungan Bluetooth dan Mirrorlink

Satu lagi komen yang banyak kami dapat ialah tentang tempat duduk hadapannya yang tidak begitu selesa dan cukup sokongan seperti dulu. Kini, dengan rekaan yang sama dan kurang sokongan peha, material digunakan juga terasa lebih keras sedikit.

Ya, untuk perjalanan pendek memang cukup selesa. Tapi, jika anda duduk memandu, katakanlah selama dua jam berterusan, anda mungkin akan terasa lenguh dan tak sabar untuk berhenti di kawasan rehat supaya boleh regang-regangkan otot.

Rebiu: Perodua Myvi 2022 facelift beri pakej lengkap harga berbaloi, tapi Iriz menang satu perkara 13

Namun di tempat duduk belakang, tempat duduknya lebih selesa dengan ruang kaki serta kepala yang luas untuk dua orang penumpang dewasa. Tiga orang penumpang dewasa mungkin akan terasa sempit sedikit.

Baca juga: Memandu Perodua Myvi facelift 2022 dengan D-CVT baru – Bagaimana rasanya, padu ke tak?

Pengalaman pemanduan – ‘haters’ CVT kena diam, kelajuannya memang padu

Myvi 2022 mampu memecut ke 100 km/j lebih pantas berbanding sebelumnya.

Rebiu: Perodua Myvi 2022 facelift beri pakej lengkap harga berbaloi, tapi Iriz menang satu perkara 14

 Seperti yang kami katakan tadi, prestasi ini sebahagian besarnya disumbangkan oleh transmisi D-CVT yang memaparkan kombinasi antara rantai keluli dan set gear planetari. Set gear ini digunakan sebagai pelengkap kepada ‘belt’ keluli berkenaan bagi mengurangkan tindakbalas getah/’rubberband’ CVT disamping memberikannya ‘feel’ lebih langsung dan kehilangan kuasa lebih rendah.

Dari semua ini, hasilnya ialah masa pecutan 0-100 km/j hanya 10.6 saat dalam ujian dalaman. Sebagai konteks – Honda City (GN) mampu mencapai 11.4 saat, dan Mazda 2 harga RM 100k (dengan transmisi hebat 6 kelajuan) pun dah lebih kurang Myvi dengan rekod masa 10.5 saat.

Baca juga: Kami menguji masa pecutan 0-100 km/j Perodua Myvi 1.5L CVT 2022, berikut adalah keputusannya!

Rebiu: Perodua Myvi 2022 facelift beri pakej lengkap harga berbaloi, tapi Iriz menang satu perkara 15

Dalam ujian kedua kami, Myvi 2022 memecut lebih laju berbanding ujian awalan kami iaitu 10.76 saat

Jika anda berpeluang memandu-uji Myvi 2022, anda akan rasakan betapa bagusnya penentukuran (calibration) transmisi CVT ini dengan ‘powerband’ dari enjin 2NR-VE 1.5 liternya. Ini satu titik penilaian yang cukup penting.

Dalam hemat kami, inilah isu utama dengan trenkuasa Myvi pra-facelift dimana transmisinya dianggap tidak sesuai dengan enjinnya.

Baca juga: Perodua Myvi facelift vs Honda City Hatchback – adakah anda betul-betul perlukan lambang ‘H’?

Rebiu: Perodua Myvi 2022 facelift beri pakej lengkap harga berbaloi, tapi Iriz menang satu perkara 16

Enjin 2NR-VE ini tidak setangkas enjin 3SZ-VE lama (dari generasi Myvi Lagi Best) yang berfungsi dengan baik bersama kotak gear auto 4 kelajuannya. Ia juga lebih rendah kuasanya iaitu 103 PS /137 Nm berbanding enjin 3SZ-VE yang menjana 109 PS / 141 Nm.

Bilamana Myvi Lagi Best lebih tangkas dan terasa tork, Myvi pra-facelift sentiasa terasa seperti semput pada rev tinggi atau apabila cuba dipecut kuat. Ia seakan-akan transmisi 4 kelajuannya tidak mempunyai ‘gearing’ yang betul untuk betul-betul memerah potensi enjinnya.

Rebiu: Perodua Myvi 2022 facelift beri pakej lengkap harga berbaloi, tapi Iriz menang satu perkara 17

Namun, kini ia semua sudah diselesaikan. Pada kelajuan 40 km/j keatas, transmisinya terasa lebih intuitif, tangkas, dan harmoni. Rasa efek ‘rubberband’ juga hampir tiada sedang anda memperlahan dan memecut kereta ketika memandu di bandar.

Ia jadi lebih baik ketika dipandu di lebuh raya dimana enjin rev pada tahap lebih rendah dan tork enjin terasa sentiasa ada apabila anda perlu memotong kenderaan lain.

Baca juga: Gear S dan B pada kotak gear Perodua Myvi facelift untuk apa?

Rebiu: Perodua Myvi 2022 facelift beri pakej lengkap harga berbaloi, tapi Iriz menang satu perkara 18

Pada kelajuan 110 km/j, Myvi 2022 menunjukkan tahap rev pada takat lebih sedikit dari 2,000 rpm, dan apabila ia mencapai 2,500 rom, anda sudahpun meluncur pada kelajuan 130 km/j. Oleh itu, kita boleh katakan yang Myvi kini mempunyai kebolehan lebih tinggi sebagai ‘highway cruiser’.

Dari segi pengalaman keseluruhannya, D-CVT ini menawarkan kelancaran sama seperti transmisi auto konvensional dalam model terdahulu, cuma kali ini, ia mempunyai lebih banyak tahap gear untuk penyelarasan.

Rebiu: Perodua Myvi 2022 facelift beri pakej lengkap harga berbaloi, tapi Iriz menang satu perkara 19

Satu-satunya perkara yang kami kurang senang ialah tindakbalas awal transmisi ini apabila ia hendak mula bergerak dari posisi pegun.

Ketika pecutan awal – kira-kira 0-25 km/j – transmisi CVT-nya bertahan pada nisbah gear yang agak rendah dan rev ‘padam’ dengan agak cepat.

Oleh itu, anda boleh pijak pedal minyak lebih sedikit untuk bergerak dari lampu isyarat dengan perlahan, dan kereta mungkin akan teranjak kehadapan secara tiba-tiba. Anda mungkin akan terkejut sikit, tapi bila dah lama memandu, ia boleh dibiasakan.

Pemanduan dan pengendalian – Bagus, tapi Proton Iriz lagi bagus

Rebiu: Perodua Myvi 2022 facelift beri pakej lengkap harga berbaloi, tapi Iriz menang satu perkara 20

Secara jujurnya, ‘suspension’ Myvi perlu ditala dengan lebih baik. Walaupun ia lebih pantas dan lebih jimat minyak berbanding Proton Iriz, ia masih tidak mampu menandingi pemanduan dan pengendalian Iriz.

Myvi 2022 boleh menyerap bonggol besar dan lubang jalan dengan agak baik, namun ia tidak berapa mampu menawan cacat-cela jalan lebih kecil, selekoh lebih tajam dan simpang sambungan lebuhraya.

Rebiu: Perodua Myvi 2022 facelift beri pakej lengkap harga berbaloi, tapi Iriz menang satu perkara 21

Proton Iriz 2022 masih menawarkan pengalaman pemanduan keseluruhan lebih baik berbanding Myvi

Perkara ini lebih ketara apabila anda memandu pada kelajuan tinggi.

Iriz mampu menawan jalan tidak rata dan menyerap hentakan dengan lebih baik, namun Myvi tidak mampu berbuat sedemikian sehinggakan kualiti pemanduannya jadi terlalu kasar – seolah-olah ‘absorber’ tiada kawalan spring dalam situasi sebegini.

Ditambah pula dengan tempat duduk hadapan yang kurang sokongan, inilah antara penyebab Myvi 2022 jadi kurang selesa untuk perjalanan jauh.

Baca juga: Inilah sebab mengapa anda patut membeli Proton Iriz Executive berbanding Perodua Myvi 1.3 G

Rebiu: Perodua Myvi 2022 facelift beri pakej lengkap harga berbaloi, tapi Iriz menang satu perkara 22

Sterengnya juga perlu ditambahbaik. Di atas jalan, berat stereng terasa kurang seragam. Ada juga yang mengatakan stereng terasa berat apabila hendak memarkir kereta.

Bukan niat kami untuk berharap supaya pengemudian Myvi 2022 sama seperti Toyota GR Yaris, namun maklumbalas lebih baik dan berat lebih linear akan membuatkannya lebih sedap dan seronok dipandu.

Rebiu: Perodua Myvi 2022 facelift beri pakej lengkap harga berbaloi, tapi Iriz menang satu perkara 23

Disamping itu, tahap bunyi di dalam kabin cukup bagus untuk harga Myvi 2022 ini. Tapi dalam aspek ini pun ia kalah sedikit dengan Iriz, terutama pada kelajuan kira-kira 90 km/j bilamana Iriz 3 dB lebih senyap berbanding Myvi.

Bunyi trenkuasa cukup bagus kecuali apabila dipacu keras ketika memotong atau ketika mode ‘PWR’ transmisi diaktifkan.

Rebiu: Perodua Myvi 2022 facelift beri pakej lengkap harga berbaloi, tapi Iriz menang satu perkara 24

Punat ‘PWR’ lebih kurang sama fungsinya dengan ‘overdrive’ – memperkasakan enjin dan transmisi bagi tindakbalas lebih baik, namun ia tidak menambah kuasa

Bunyi tayar boleh didengari tanpa gangguan melampau, namun bunyi ini kebanyakannya datang dari bahagian belakang kereta dimana penebat bunyinya kurang sedikit.

Rebiu: Perodua Myvi 2022 facelift beri pakej lengkap harga berbaloi, tapi Iriz menang satu perkara 25

Secara keseluruhannya, tahap bunyi angin juga tidak begitu mengganggu pada kelajuan tinggi.

Tahap bunyi Perodua Myvi facelift 2022
Kelajuan Tahap Bunyi
60 km/j 60 dB
90 km/j 68 dB
110 km/j 70 dB

Penjimatan minyak – Mengalahkan Myvi lama dan semua pesaingnya

Perodua menyatakan penjimatan minyak Myvi 2022 ialah 4.7 liter/100 km bagi Myvi 1.5L dan 4.5 liter/100 km bagi 1.3L.

Walapun kami tidak dapat mencapai angka ini, dalam ujian kami, Myvi memberi pulangan sebanyak 5.9 liter/100 km. Ini saja sudah cukup membuktikan bahawa Myvi 2022 lebih jimat minyak berbanding model dengan transmisi 4 kelajuan yang memberi pulangan sekitar 7.0 – 8.5 liter/100 km (bergantung pada kondisi pemanduan).

Rebiu: Perodua Myvi 2022 facelift beri pakej lengkap harga berbaloi, tapi Iriz menang satu perkara 26

Perodua berkata ini ialah peningkatan 5 peratus dalam penjimatan minyak, namun ia tampak lebih tinggi dalam dunia nyata.

Laluan yang kami gunakan untuk ujian ini termasuklah 60/40 peratus pemanduan di lebuh raya/bandar dalam cuaca panas tengahari dan hujan petang. Tambahan pula, ia termasuk ujian pecutan 0-100 km/j yang kami buat.

Kesimpulan

Rebiu: Perodua Myvi 2022 facelift beri pakej lengkap harga berbaloi, tapi Iriz menang satu perkara 27

Secara keseluruhannya, naiktaraf Myvi 2022 difokuskan kepada ciri-ciri yang membuatkannya kereta paling laris di Malaysia.

D-CVT yang digunakannya memberi impak positif pada penjimatan mintak dan tahap penghalusannya selain daripada cukup padan dengan enjin bagi prestasi serta kebolehpanduan lebih baik.

Rebiu: Perodua Myvi 2022 facelift beri pakej lengkap harga berbaloi, tapi Iriz menang satu perkara 28

Ia bukanlah kereta yang serba-serbi sempurna – sokongan tempat duduk dan keselesaan perjalanan perlu diberi lebih perhatian. Secara objektifnya, Myvi cukup berbaloi atas sebab kelengkapan dan trenkuasanya. Namun, anda mungkin patut beli Iriz jika anda mahukan pengalaman pemanduan keseluruhan lebih baik dengan harga lebih rendah.

Satu aspek yang Iriz belum dapat tandingi ialah senarai komprehensif bagi kelengkapan PSDA yang kini telah membuatkan pemanduan berautonomi SAE Tahap 2 mampu diakses dengan harga bawah RM 60,000.

Oleh yang demikian, apabila anda lihat pada pakej keseluruhan Myvi 2022, selamatlah untuk kita katakan yang ‘King’ Jalanraya Malaysia sememangnya kembali lagi dengan ‘upgrade’ lebih banyak.

Baca juga: DIUJI - 2022 Perodua Myvi 1.5L CVT lebih jimat minyak daripada Ativa milik kami?

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Myvi 1.3 G with PSDA

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda