window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Adakah tanda harga RM 59,000 murah ataupun mahal untuk Perodua Myvi facelift 2022?

Zamil Syaheer · Dec 18, 2021 04:00 PM

Adakah tanda harga RM 59,000 murah ataupun mahal untuk Perodua Myvi facelift 2022? 01

16 tahun kemudian, Perodua Myvi kekal sebagai salah satu tanda nama sinonim dengan rakyat Malaysia. Myvi adalah kereta yang mudah diselenggara, mudah untuk dipandu, lincah mengelilingi bandar, dan yang paling penting, harga yang berpatutan.

Harganya memberikan daya tarikan yang tinggi kepada Myvi, daripada pelajar membeli kereta pertama mereka, kepada suri rumah yang mencari kereta untuk pergi ke pasar.

Adakah tanda harga RM 59,000 murah ataupun mahal untuk Perodua Myvi facelift 2022? 02

'King di Malaysia' yang asal..

 

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Bagaimanapun, dalam tempoh 16 tahun selang itu, harga Myvi telah meningkat, generasi demi generasi. Selepas pelancaran pada 2005, Myvi generasi pertama berharga RM 51,300. Kini, varian utama 1.5 AV bagi Myvi facelift 2022 berharga RM 58,800.

Itu adalah perbezaan sebanyak RM 7,500. Ia mungkin tidak banyak bunyinya, tetapi bagi golongan yang sensitif harga seperti pembeli Myvi, itu adalah jumlah wang yang besar, cukup untuk membayar bayaran pendahuluan sebenarnya. Selain daripada inflasi, apakah sebab untuk kenaikkan harga ini?

Penambahbaikan trenkuasa

Adakah tanda harga RM 59,000 murah ataupun mahal untuk Perodua Myvi facelift 2022? 01

Enjin 1.5 liter 2NR-VE dalam Myvi 2022.

Jika anda tidak menyedarinya, dengan setiap generasi Perodua Myvi, terdapat peningkatan dalam rangkaian trenkuasa. Beralih daripada generasi pertama kepada kedua, pembeli mendapat kapasiti enjin yang besar, daripada 1.0 dan 1.3 liter kepada 1.3 dan 1.5 liter.

Pada hakikatnya, tiada siapa yang pernah merungut bahawa enjin dari Myvi generasi pertama lemau, memandangkan Myvi sudah pun mengganas di jalan raya Malaysia sejak awal lagi. Penggunaan enjin 1.5 liter dalam Myvi generasi kedua hanya mengukuhkan nama jolokan ‘King di Malaysia’.

Adakah tanda harga RM 59,000 murah ataupun mahal untuk Perodua Myvi facelift 2022? 02

Kemudian, buat pertama kali untuk model Myvi, Perodua telahpun menggantikan transmisi 4AT dengan transmisi jenis CVT dalam facelift Myvi generasi ketiga. Ia tidak pernah berlaku sebelum ini kerana Myvi facelift sebelum ini tidak ada perubahan mekanikal, tetapi Perodua menganggap langkah ini akan memberi manfaat kepada pembeli.

Perlu dinyatakan bahawa penawaran rangkaian kuasa yang lebih baik bukanlah sesuatu yang dilakukan secara percuma. Jelas sekali, Perodua terpaksa melabur dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), serta kos pengeluaran yang berkaitan untuk membawa rangkaian kuasa baharu ini ke pasaran. Jika dilihat dengan cara ini, kenaikan harga yang kecil nampaknya tidak keterlaluan sekarang, bukan?.

Ciri yang lebih baik pada setiap generasi

Adakah tanda harga RM 59,000 murah ataupun mahal untuk Perodua Myvi facelift 2022? 03

Penyambungan Bluetooth, dalam kereta bawah RM 60k, pada tahun 2008.

Perodua Myvi facelift generasi pertama adalah salah satu daripada beberapa model pertama yang menampilkan sambungan bluetooth, dalam kereta bawah RM 60k, pada tahun 2008. Mercedes-Benz C-Class W204 dan VW Golf GTI Mk6 tidak mempunyai ciri sedemikian dalam tempoh masa yang sama.

Juga baca: 2022 Perodua Myvi facelift Baru vs Lama - apa yang berbeza?

Adakah tanda harga RM 59,000 murah ataupun mahal untuk Perodua Myvi facelift 2022? 04

Meneruskan tema itu, Myvi generasi kedua didatangkan standard dengan Stereng Kuasa Elektrik (EPS). Hasilnya, kos penyelenggaraan lebih murah (tidak perlu menukar cecair stereng kuasa) dan lebih jimat minyak.

Dalam Myvi generasi ketiga, Perodua menambah pembaca Touch n Go bersepadu yang kemas dan tidak memerlukan pemandu untuk memegang Smart Tag apabila memasuki lorong tol. Ini membuktikan bahawa dengan setiap generasi baru, Myvi akan dilengkapi dengan ciri dan nilai yang lebih baik untuk pembeli.

Adakah tanda harga RM 59,000 murah ataupun mahal untuk Perodua Myvi facelift 2022? 05

Myvi facelift 2022 mempunyai segala kemudahan yang anda inginkan dalam kereta moden

Jelas sekali, penambahan ciri-ciri hebat itu akan menaikkan harga Myvi, dengan setiap generasi atau facelift yang berlalu. Tetapi sebenarnya, kenaikan harga nampaknya wajar.

Juga baca: Biar betul, Perodua Myvi 2022 facelift lebih murah untuk diselenggara daripada model pra-facelift!

Lebih teknologi dan selamat

Adakah tanda harga RM 59,000 murah ataupun mahal untuk Perodua Myvi facelift 2022? 06

Buat pertama kalinya, Adaptive Cruise Control tersedia dalam Myvi dengan facelift 2022

Pada generasi pertama, RM 51k membelikan anda sebuah kereta tanpa kawalan cengkaman/kestabilan dan beg udara adalah opsyenal. Ciri beg udara kemudiannya dijadikan standard dalam setiap varian generasi kedua.

Dengan penambahbaikan dan pelaburan muncul Myvi generasi ketiga yang mempunyai armada lengkap beg udara dan jaringan keselamatan elektronik.

Bukan itu sahaja, sistem bantuan pemandu lanjutan ADAS turut diperkenalkan, menampilkan Pre-Collision Warning (PCW), Pre-Collision Braking (PCB), Front Departure Alert (FDA) dan Pedal Misoperation Control (PMC). Kereta berharga tiga kali ganda harga pun tidak mempunyai ciri ini!

Adakah tanda harga RM 59,000 murah ataupun mahal untuk Perodua Myvi facelift 2022? 07

Teknologi yang dimuatkan dalam Myvi facelift 2022 (varian 1.5 AV) menaikkan lagi taraf keselamatan , dengan suite ADAS kini menambah Lane Departure Warning (LDW), Lane Departure Prevention (LDP), Adaptive Cruise Control (ACC), Lane Keep Control (LKC), dan Blind Spot Monitor (BSM).

Secara realistik, Perodua sepatutnya menjual Myvi 2022 ini pada harga yang jauh lebih mahal. Lagipun, perniagaan bukanlah amal jariah. Tetapi semua ciri yang disebutkan ini ditawarkan pada sebuah kereta berharga bawah RM60k, jadi kenaikkan harga itu sememangnya wajar.

Juga baca: Sistem PSDA dinaik taraf untuk Perodua Myvi facelift baharu 2022. Apakah itu PSDA?

Konklusi

Adakah tanda harga RM 59,000 murah ataupun mahal untuk Perodua Myvi facelift 2022? 08

Jika diimbas kembali, kenaikan harga kurang daripada RM 10,000 dalam tempoh 16 tahun adalah satu pencapaian yang mengagumkan, walaupun semasa memfaktorkan inflasi. Namun begitu, ia hampir tersasar dan nyaris melebihi had harga yang boleh diterima untuk Myvi baharu.

Adakah tanda harga RM 59,000 murah ataupun mahal untuk Perodua Myvi facelift 2022? 09

Namun, untuk jumlah kebaikan dan ciri yang anda dapat, terutamanya dalam varian 1.5 AV, adahkah anda rasa bahawa Perodua Myvi facelift 2022 tetap mahal? Sudah tentu, terdapat hatchback segmen B yang kelihatan lebih baik dan maju di luar sana. Namun, tidak ramai yang dapat menandingi Perodua Myvi sebagai tawaran nilai untuk wang yang berbaloi.

Juga baca:

D-CVT Perodua Myvi facelift 2022 – betul ke lagi baik dari transmisi 4-kelajuan automatik?

Gear S dan B pada kotak gear Perodua Myvi facelift untuk apa?

Gaji RM 1.2k lepas ke? Berapakah gaji minimum dan bayaran bulanan untuk Perodua Myvi facelift 2022?

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Myvi 1.3 G with PSDA

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda