window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kenapa Perodua Alza generasi baru takkan ada pintu gelongsor? Passo Sette vs. Toyota Sienta

Mersita · Sep 19, 2021 06:00 PM

Kenapa Perodua Alza generasi baru takkan ada pintu gelongsor? Passo Sette vs. Toyota Sienta 01

Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, proses memilih MPV untuk kegunaan keluarga selalunya mementingkan jenama dan model. Agak jarang kita dengar pembeli mementingkan pintu bergelongsor ataupun berengsel dalam MPV yang dipilih.

Kenapa Perodua Alza generasi baru takkan ada pintu gelongsor? Passo Sette vs. Toyota Sienta 02

Namun, perkara ini agak berbeza di pasaran Jepun. Kunci kejayaan bagi MPV di pasaran Jepun ialah ketersediaan pintu gelongsor. Tak kisahlah pintu itu dibuka dan ditutup secara manual ataupun dengan kawalan automatik, pintu gelongsor jauh lebih penting daripada pintu berengsel bagi memastikan kejayaan model berkenaan di Negara Matahari Terbit itu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tapi, kenapa mereka ‘wajib’ ada pintu gelongsor?

Kenapa Perodua Alza generasi baru takkan ada pintu gelongsor? Passo Sette vs. Toyota Sienta 01

2.9 meter dianggap sebagai lebar bagi kebiasaan warga Jepun. Kredit gambar: Hamanigreen

Jawapannya senang saja – ruang parkir di Jepun sangat kecil dan sempit. Usahkan kereta kei yang kecil molek, MPV dengan pintu berengsel biasa pun cukup menyusahkan di ruang-ruang parkir kereta sempit yang menjadi tetapan standard di sana.

Kenapa Perodua Alza generasi baru takkan ada pintu gelongsor? Passo Sette vs. Toyota Sienta 02

Pintu gelongsor tipikal di Jepun. Kredit: Flickr

Bagi mereka yang arif tentang budaya negara itu, warga Jepun secara lahiriahnya menggunakan pintu secara gelongsor – sama seperti pintu gelongsor yang digunakan di dalam rumah mereka. Mereka amat mementingkan penggunaan ruang secara efektif, dan pintu gelongsor menjimatkan ruang berbanding pintu berengsel biasa.

Kenapa Perodua Alza generasi baru takkan ada pintu gelongsor? Passo Sette vs. Toyota Sienta 03

Contoh terbaik ialah Toyota Passo Sette (dijual di sini sebagai Perodua Alza) – model yang menggantikan Toyota Sienta pada tahun 2008. Disebabkan ia tiada pintu gelongsor, prestasi jualannya amat teruk sekali. Jualannya sangatlah tidak memberangsangkan sehinggakan Toyota menggugurkan model Passo Sette setelah hanya 4 tahun berada di pasaran. Toyota akhirnya menghidupkan semula Sienta sebagai langkah sementara sehinggalah model generasi baru tiba.

Baca juga: Direka untuk wanita? Bagaimana Toyota Passo Sette berubah daripada 'sampah' menjadi 'emas' iaitu Perodua Alza

Kenapa Perodua Alza generasi baru takkan ada pintu gelongsor? Passo Sette vs. Toyota Sienta 04

Atas: Honda Freed. Bawah: Toyota Sienta

Ternyata, Toyota Sienta generasi kedua dan pintu gelongsornya mendapat sambutan amat menggalakkan di Jepun sehinggakan ia sering memasuki carta 20 kereta paling laris di Jepun setiap bulan.

Model lain yang mana lagi tidak berjaya atas sebab sama?

Kenapa Perodua Alza generasi baru takkan ada pintu gelongsor? Passo Sette vs. Toyota Sienta 05

Bukan Passo Sette saja yang terkesan teruk dengan pilihan jenis pintu yang salah. MPV dengan pintu berengsel seperti Toyota Wish dan Honda Stream dikalahkan dengan mudah oleh pesaing-pesaing seperti Nissan Serena, Toyota Voxy, dan Honda Freed yang semuanya masih lagi dijual di Jepun sehingga ke hari ini.

Baca juga: Toyota Wish dan Honda Stream, pemilihan pintu yang gagal punca MPV ini merudum?

Kenapa Perodua Alza generasi baru takkan ada pintu gelongsor? Passo Sette vs. Toyota Sienta 06

Ikut arah jam dari atas-kiri: Toyota Roomy, Toyota Alphard, Honda Freed, dan Toyota Voxy

Masa kini, jika anda berada di Jepun dan mahukan MPV serba baru dari Toyota, Honda, Mitsubishi, ataupun Nissan, pilihan yang ada hanyalah MPV berpintu gelongsor. 4 jenama utama ini tidak lagi menawarkan pintu berengsel pada barisan MPV keluaran mereka.

Orang Malaysia lain sikit

Kenapa Perodua Alza generasi baru takkan ada pintu gelongsor? Passo Sette vs. Toyota Sienta 07

Orang kita masih gemarkan MPV dengan pintu berengsel sebegini

Walaupun pintu gelongsor pada MPV cukup memudahkan, para pembeli MPV di Malaysia ‘terbalik’ pula. MPV dengan pintu berengsel seperti Honda Stream dan Toyota Wish masih lagi popular dikalangan pembeli kereta terpakai di sini – berbeza keadaannya dengan Toyota Sienta dan Honda Freed dengan pintu gelongsor.

Kenapa Perodua Alza generasi baru takkan ada pintu gelongsor? Passo Sette vs. Toyota Sienta 08

Disebabkan oleh prestasi jualan yang lemah, Honda Malaysia menggugurkan Honda Freed pada pertengahan tahun 2014 – hanya setahun selepas model faceliftnya dilancarkan. Toyota Sienta juga menerima nasib yang sama apabila Toyota menggugurkannya pada 2019 iaitu setelah hanya tiga tahun model itu dilancarkan di Malaysia.

Baca juga: Rupa ‘buruk’? Ini sebab mengapa Toyota Sienta tidak berjaya di Malaysia

Kenapa Perodua Alza generasi baru takkan ada pintu gelongsor? Passo Sette vs. Toyota Sienta 09

Namun yang menariknya, harga Sienta dan Freed terpakai masih lagi tinggi dan ini membuktikan yang masih ada pembeli yang berminat dengan model-model ini di pasaran kereta terpakai.

Kenapa Perodua Alza generasi baru takkan ada pintu gelongsor? Passo Sette vs. Toyota Sienta 10

Toyota Sienta facelift

Walaupun MPV berpintu gelongsor ini sudah digugurkan di pasaran Malaysia, ia masih bertahan di pasaran luar negara.

Kenapa Perodua Alza generasi baru takkan ada pintu gelongsor? Passo Sette vs. Toyota Sienta 11

Toyota Sienta pasaran Taiwan

Di dalam rantau ini, Sienta tidak begitu laku di Thailand dan Indonesia. Namun, di negara seperti Taiwan, Hong Kong, dan Singapura, Sienta ialah pilihan yang sangat popular.

Kenapa Perodua Alza generasi baru takkan ada pintu gelongsor? Passo Sette vs. Toyota Sienta 12

Bagi Honda Freed generasi kedua, ia masih lagi eksklusif hanya untuk pasaran Jepun.

Baca juga: Pernah tembus pasaran Malaysia, jualan Honda Freed kini cecah 1 juta unit!

Satu kegagalan di Jepun, namun masih diterima baik di Malaysia

Kenapa Perodua Alza generasi baru takkan ada pintu gelongsor? Passo Sette vs. Toyota Sienta 13

Walaupun Toyota Passo Sette (dan saudara Daihatsunya, Daihatsu Boon Luminas) dianggap sebagai satu kegagalan di Jepun, kembarnya di Malaysia iaitu Perodua Alza kekal sebagai pilihan popular dikalangan keluarga-keluarga di Malaysia.

Baca juga: Perodua Alza kini lebih 10 tahun di pasaran. Masih berbaloi ke?

Kenapa Perodua Alza generasi baru takkan ada pintu gelongsor? Passo Sette vs. Toyota Sienta 14

Kini dalam tahun ke-12 penghasilannya, Alza generasi terkini sudah semakin tiba ke penghujungnya memandangkan Perodua sudahpun memulakan rancangan untuk model penggantinya.

Memandangkan kos untuk membangunkan pintu gelongsor cukup tinggi dan permintaannya kurang di Malaysia, pintu gelongsor besar kemungkinannya tidak akan digunakan untuk Perodua Alza generasi baru.

Baca juga: Perodua Alza generasi baru 2022 bakal hadir dengan 6 beg udara dan AEB

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda