window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Apakah sebab 5.2k rakyat Malaysia membayar RM 19.5k lebih untuk Toyota Veloz, walhal ia sama dengan Alza?

Zamil Syaheer · Sep 12, 2022 05:00 PM

Apakah sebab 5.2k rakyat Malaysia membayar RM 19.5k lebih untuk Toyota Veloz, walhal ia sama dengan Alza? 01

Toyota Veloz ialah kembar kepada Perodua Alza. Ia adalah pengganti kepada Avanza yang telah lama berkhidmat dan dikeluarkan di bawah kontrak oleh Perodua Manufacturing Sdn. Bhd. (PMSB) di Rawang, yang turut membuat Myvi dan Aruz. Selain daripada lencana Toyota dan beberapa ciri eksklusif Toyota, Veloz menggunakan platform DNGA-B yang sama dengan Perodua Alza 2022.

Harga Perodua Alza bermula daripada RM 62,500 hingga RM 75,500, manakala Toyota Veloz (belum dilancarkan) dianggarkan RM 95,000.

Nilai tambahan RM 19.5k pada Veloz merangkumi penambahan ciri dan kelengkapan seperti Apple CarPlay tanpa wayar, lampu ambien LED, roda 17-inci, cat luaran dua tona, dan jarak pelepasan tanah 30 mm lebih tinggi.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Apakah sebab 5.2k rakyat Malaysia membayar RM 19.5k lebih untuk Toyota Veloz, walhal ia sama dengan Alza? 01

Namun, dalam tempoh hanya 2.5 bulan sejak tempahan dibuka, pengedar UMW Toyota Motor telah mengumpul 5,200 tempahan untuk Veloz. Yang membawa kita kepada persoalan yang jelas, apakah yang terlintas di dalam fikiran orang yang membayar hampir RM 20k lebih untuk apa yang pada asasnya adalah Perodua Alza dengan lencana berbeza dan tambahan aksesori?

Sebab yang mendorong pembelian mereka mungkin mengejutkan anda, seperti yang kami ketahui baru-baru ini setelah bercakap dengan beberapa pembeli Veloz.

Untuk memahami jiwa pembeli kereta sebenar (berbanding dengan pejuang papan kekunci yang acap kali marah di Facebook), anda mesti melupakan semua yang anda tahu tentang kereta dan mendengar apa yang sebenarnya dikatakan oleh para pelanggan.

Apakah sebab 5.2k rakyat Malaysia membayar RM 19.5k lebih untuk Toyota Veloz, walhal ia sama dengan Alza? 02

Perlu kami ingatkan bahawa tidak ada jawapan yang betul atau salah, sekalipun pun alasan mereka kelihatan tidak masuk akal, kerana mereka yang membayar wang. Ini juga bermakna segala debat tentang model yang sesuai untuk dibandingkan dan komen media sosial lain tidak bernilai langsung.

Walaupun ia kelihatan bodoh bagi kebanyakan orang yang kononnya ‘pakar kereta’, ada seorang pembeli yang membandingkan Honda HR-V dan Toyota Veloz. Ya, satu adalah SUV dan satu lagi MPV, tetapi letakkan diri anda sebagai pembeli kereta biasa, adakah ia benar-benar penting? Kedua-dua model ialah model pacuan roda hadapan dengan kedudukan tempat duduk tinggi.

Apakah sebab 5.2k rakyat Malaysia membayar RM 19.5k lebih untuk Toyota Veloz, walhal ia sama dengan Alza? 03

Veloz untuk pasaran Indonesia

Ingat bahawa pelanggan membeli-belah dan membandingkan kereta berdasarkan keperluan dan bajet mereka, bukan apa-apa segmen A/B/C/D atau gaya badan.

Seorang pelanggan mungkin mengatakan bahawa mereka sedang mencari SUV, tetapi apa yang mereka katakan sebenarnya ialah mereka sedang mencari kenderaan dengan kedudukan tempat duduk yang tinggi, jadi mudah untuk mereka yang semakin tua untuk masuk dan keluar. MPV ala SUV, apabila dijual pada harga yang betul, adalah alternatif yang boleh diterima.

Apakah sebab 5.2k rakyat Malaysia membayar RM 19.5k lebih untuk Toyota Veloz, walhal ia sama dengan Alza? 04

Kata pembeli mengulas bahawa kedua-dua HR-V dan Veloz adalah kereta 1.5L tetapi Veloz lebih murah, dan tempat duduk baris ketiga tambahan adalah bonus. Bagi pembeli ini, Veloz adalah tawaran yang sangat menarik.

Sebagai rangkuman, Honda HR-V 1.5S dengan enjin aspirasi natural termurah bermula pada RM 114,800.

Baca juga: 2022 Honda HR-V dilancarkan - dari RM 115k; sehingga 181 PS dengan pilihan 1.5 NA, Turbo dan Hybrid; Sensing standard!

Apakah sebab 5.2k rakyat Malaysia membayar RM 19.5k lebih untuk Toyota Veloz, walhal ia sama dengan Alza? 05

Veloz untuk pasaran Indonesia

Tahap pendapatan juga memainkan peranan. RM 95k mungkin terlalu mahal untuk ramai tetapi bagi kumpulan pembeli ini, Veloz hanyalah sebuah kereta yang berpatutan dan boleh dipercayai untuk pergi ke pasar basah atau ke tempat senaman/ aktiviti keluarga mereka.

Pembeli ini mahukan kereta utiliti yang boleh memuatkan ikan atau daging mentah ke dalam tanpa perlu risau tentang titisan cecair busuk jatuh ke atau lantai, dan tidak perlu risau jika peluh selepas bersenam mengotorkan kulit Nappa kereta mereka yang lain.

Apakah sebab 5.2k rakyat Malaysia membayar RM 19.5k lebih untuk Toyota Veloz, walhal ia sama dengan Alza? 06

Pelanggan tersebut tergolong dalam kumpulan ini. Veloz akan menggantikan Avanza yang berusia 15 tahun, dimana ia digunakan untuk ke pasar, atau untuk permainan badminton mingguannya, atau apabila dia perlu pergi ke tempat yang tidak begitu mudah (atau selamat) untuk meletakkan Toyota yang jauh lebih besar (dan mahal) seperti Camry.

Seorang lagi pelanggan berada dalam demografi yang sama, tetapi dia sedang mencari sesuatu yang lebih kecil untuk menggantikan Toyota Innova miliknya yang semakin uzur. Anak-anaknya sudah dewasa dan tidak banyak keperluan untuk mengekalkan Innova tersebut, tetapi dia masih menghargai pilihan untuk mempunyai tempat duduk baris ketiga sekiranya diperlukan.

Apakah sebab 5.2k rakyat Malaysia membayar RM 19.5k lebih untuk Toyota Veloz, walhal ia sama dengan Alza? 07

Apabila ditanya tentang persamaannya dengan model Perodua Alza, dia menjawab “tidak salah, kerana Perodua menghasilkan kereta yang hebat. Saya membeli Perodua untuk anak perempuan saya, tetapi untuk diri saya sendiri, saya lebih suka memiliki Toyota. Avanza lama juga dibuat oleh Perodua, jadi apa bezanya?” kata ahli perniagaan itu, yang juga memiliki Toyota Hilux.

Jadi secara ringkasnya, nilai adalah relatif kepada tahap pendapatan. Bagi kebanyakan pelanggan yang meletakkan wang untuk Veloz dan bukannya Perodua, perbezaan RM 19.5k tidak mengganggu mereka sama sekali.

Apakah sebab 5.2k rakyat Malaysia membayar RM 19.5k lebih untuk Toyota Veloz, walhal ia sama dengan Alza? 08

Ramai daripada mereka juga memiliki Toyota lain dan mempunyai pengalaman yang baik dengan jenama itu, jadi mereka tidak mempunyai niat ntuk membeli Perodua, kerana sebab pembelian mereka, cara mereka menggunakan kereta, dan cara mereka menentukan nilai, sangat berbeza daripada seseorang yang membeli Alza.

Bagi pelanggan Alza, Perodua mungkin kereta utama mereka. Bagi mereka yang membeli Veloz, ia hanyalah kereta termurah dalam rumah mereka.

Apakah sebab 5.2k rakyat Malaysia membayar RM 19.5k lebih untuk Toyota Veloz, walhal ia sama dengan Alza? 09

Toyota Veloz tidak akan menyamai jumlah jualan Perodua Alza dan itu bukan niat Toyota dari asal. Malah Avanza generasi kedua sebelum ini tidak menjual sebanyak itu.

Baca juga: Tahukah anda, Toyota Avanza lebih baik daripada Perodua Aruz dalam aspek berikut?

Saat Perodua Alza mula dijual pada 2009, sudah ada tanda-tanda jelas bahawa sudah tiba masanya untuk Toyota keluar daripada pasaran MPV segmen B. Segmen yang asalnya dipelopori oleh Toyota Avanza generasi pertama, yang dilancarkan di Malaysia pada 2004, berharga RM55,967 untuk manual 1.3L dan RM59,989 untuk automatik 1.3L.

Baca juga: Perodua Alza 2022 D27A baru dilancarkan di Malaysia - harga dari RM 62.5k - RM 75.5k, 1.5L, D-CVT

Apakah sebab 5.2k rakyat Malaysia membayar RM 19.5k lebih untuk Toyota Veloz, walhal ia sama dengan Alza? 10

Pasaran pada tahun 2022 telah banyak berubah dan selain daripada insentif cukai yang diterima oleh Perodua Alza kerana status separa nasional, semua model MPV lain dijual dalam jumlah yang jauh lebih rendah.

Perjanjian pembuatan kontrak semasa dengan Perodua sangat sesuai untuk UMW Toyota, kerana ia membolehkan mereka tetap menawarkan produk pelengkap untuk pelanggan setia mereka, tanpa perlu berurusan dengan kerumitan pengeluaran dan logistik rantaian bekalan, dan semua permasalahan yang datang bersama-sama dengan menghasilkan kereta.

Baca juga: UMW Toyota 'tekan habis' untuk penuhi tempahan, jualan 2022 setakat Julai naik 48% daripada 2021

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda