window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tahukah anda, Toyota Avanza lebih baik daripada Perodua Aruz dalam aspek berikut?

Haris · Jun 18, 2020 04:22 PM

Tahukah anda, Toyota Avanza lebih baik daripada Perodua Aruz dalam aspek berikut? 01

Ramai yang tertanya-tanya, adakah patut Toyota Avanza dibandingkan dengan Perodua Aruz. Di sini, kami akan beritahu anda mengapa.

Tahukah anda, Toyota Avanza lebih baik daripada Perodua Aruz dalam aspek berikut? 01

Sebenarnya, Toyota Avanza dan Perodua Aruz mempunyai ciri mekanikal yang serupa. Persamaannya juga agak banyak seperti berikut.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
  • tujuh tempat duduk
  • enjin aluminium Dual VVT-i 1.5 liter (2NR-VE) 
  • transmisi pacuan roda belakang 4-kelajuan automatik 
  • dibangunkan dengan rangka semi ladder frame di belakang dan semi monocoque di hadapan 
  • suspensi belakang multi-link 

Tahukah anda, Toyota Avanza lebih baik daripada Perodua Aruz dalam aspek berikut? 01

Disebabkan itu, agak logik juga sekiranya kita membandingkan kedua-dua kereta ini walaupun berlainan jenis (SUV dan MPV).

Kekurangan terbesar Toyota Avanza adalah ketiadaan ESC (Electronic Stability Control). Kekurangan ini agak janggal apabila kita mengambil kira ESC telahpun hadir pada kereta mampu milik.

Perodua Aruz turut dilengkapi dengan ASA 2.0 terkini, sebuah sistem yang meningkatkan lagi keselamatan pemanduan.

Tahukah anda, Toyota Avanza lebih baik daripada Perodua Aruz dalam aspek berikut? 02

Tidak dinafikan, Perodua Aruz mempunyai kekuatannya tersendiri yang lebih baik berbanding Toyota Avanza.

Oleh itu, apakah aspek yang menyebabkan Toyota Avanza lebih baik berbanding Perodua Aruz?

Tahukah anda, Toyota Avanza lebih baik daripada Perodua Aruz dalam aspek berikut? 03

Pusingan U yang kecil

Disebabkan Perodua Aruz diinspirasikan dengan gaya SUV, tayar yang digunakan untuk Perodua Aruz bersaia 17-inci.

Manakala, Toyota Avanza adalah model yang sememangnya dibangunkan dengan rangka semi ladder frame - monocoque ini menggunakan tayar 15 inci.

Tahukah anda, Toyota Avanza lebih baik daripada Perodua Aruz dalam aspek berikut? 04

Dengan kiraan mudah, sudah tentulah Perodua Aruz mempunyai radius pusingan yang lebih besar. Sebagai perbandingan, Toyota Avanza mempunyai radius pusingan sepanjang 4.7 meter. Perodua Aruz  pula mempunyai radius pusingan sepanjang 5.2 meter. Sedangkan Perodua Myvi pun mempunyai radius pusingan lebih pendek, sepanjang 5.1 meter.

Selalunya, kereta pacuan roda belakang mempunyai radius pusingan yang kecil namun disebabkan pembangunan Perodua Aruz adalah hasil daripada penyelidikan pada Toyota Avanza, sedikit kompromi terpaksa dilakukan.

Kos penyelenggaraan tayar

Tahukah anda, Toyota Avanza lebih baik daripada Perodua Aruz dalam aspek berikut? 05

Dengan penggunaan tayar yang lebih besar, tidak hairanlah sekiranya kos penyelenggaraan tayar Perodua Aruz lebih mahal. Bersedia untuk membelanjakan sekurang-kurangnya RM150 lebih untuk sebuah tayar berbanding tayar 15 inci Toyota Avanza.

Fungsi Apple CarPlay dan Android Auto

Tahukah anda, Toyota Avanza lebih baik daripada Perodua Aruz dalam aspek berikut? 06

Sistem infotainment Perodua Aruz tidak mempunyai fungsi Apple CarPlay dan Android Auto walaupun merupakan sebuah kereta yang baru dikeluarkan. Bersedia untuk mengeluarkan sedikit wang untuk menaik taraf sistem infotainment pada Perodua Aruz.

Hanya fungsi Mirrorlink yang terdapat pada Perodua Aruz namun fungsi tersebut tidaklah setanding fungsi Apple CarPlay dan Android Auto.

Keselesaan pemanduan dan kendalian

Aspek ini terbuka untuk perdebatan. Tayar lebih besar pada Perodua Aruz bermakna cengkaman yang lebih baik namun anda perlu berkompromi dengan keseimbangan stereng.

Tahukah anda, Toyota Avanza lebih baik daripada Perodua Aruz dalam aspek berikut? 07

Disebabkan cengkaman yang lebih baik, Perodua Aruz mudah dipengaruhi dengan keadaan jalan justeru itu anda lebih usaha diperlukan untuk mengawal stereng.

Oleh itu, kendalian untuk Perodua Aruz kurang memuaskan berbanding Toyota Avanza dengan penggunaan bahan api yang lebih tinggi disebabkan tayarnya yang besar.

Tahukah anda, Toyota Avanza lebih baik daripada Perodua Aruz dalam aspek berikut? 08

Tidak dinafikan, Toyota Avanza popular sekitar tahun 2000 lalu menyebabkan stereotaip yang kurang enak terhadap Toyota Avanza. Harus difahami bahawa tanggapan tersebut lahir daripada teknologi dan generasi pada ketika itu.

Namun begitu, generasi terbaru Toyota Avanza cuba mengubah pandangan tersebut. Kami berasa Toyota Avanza memang selesa dan harus diambil kira sekiranya anda mencari kenderaan 7 penumpang.

Tahukah anda, Toyota Avanza lebih baik daripada Perodua Aruz dalam aspek berikut? 09

Begitulah pandangan kami mengenai senarai ciri-ciri Toyota Avanza yang lebih baik berbanding Perodua Aruz. Sebelum mencari kereta paling sesuai, senaraikan dahulu apa keperluan anda dan bajet kemudian carilah kereta yang menepati senarai tersebut. Tiada kereta yang sempurna dan setiap kereta ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Toyota Avanza Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda