window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Gaji RM 1.2k lepas ke? Berapakah gaji minimum dan bayaran bulanan untuk Perodua Myvi facelift 2022?

Mersita · Nov 19, 2021 11:59 AM

Gaji RM 1.2k lepas ke? Berapakah gaji minimum dan bayaran bulanan untuk Perodua Myvi facelift 2022? 01

Akhirnya, penantian untuk Myvi terbaru sudah berakhir dengan pelancaran Perodua Myvi facelift 2022 malam tadi. Harga Myvi baru ini juga kita sudah sedia maklum, dimana kita ada lima varian dengan harga bermula dari RM 45,700 bagi Myvi 1.3 G sehingga RM 58,800 bagi Myvi 1.5 AV. Oleh itu, berapakah gaji minimum untuk membeli Myvi terbaru serta bayaran bulanan untuk Myvi baru mengikut varian?

Sebagai info, Myvi baru (kod nama D51A) kini dinaiktaraf dari pelbagai sudut reka bentuk dan dilengkapi dengan ADAS yang dipertingkatkan. Buat pertama kalinya, Myvi terbaru diberi kotak gear automatik jenis Dual-mode CVT yang menjanjikan penjimatan minyak serta penghalusan lebih baik.

Gaji RM 1.2k lepas ke? Berapakah gaji minimum dan bayaran bulanan untuk Perodua Myvi facelift 2022? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baca juga: Perodua Myvi facelift 2022 kini rasmi di Malaysia – dari RM 46k - 59k, D-CVT, ADAS PSDA!

Berapakah gaji minimum untuk beli Perodua Myvi facelift 2022?

Gaji RM 1.2k lepas ke? Berapakah gaji minimum dan bayaran bulanan untuk Perodua Myvi facelift 2022? 01

Sebagai permulaan, jom kita lihat harga jualan Myvi baru bagi setiap varian, atas-jalan (OTR) tanpa insuran, serta ‘downpayment’ minimum 10 peratus bagi setiap varian Myvi baru.

Harga varian Perodua Myvi facelift 2022
Varian Harga (RM) Bayaran Pendahuluan (RM)
1.3 G 45,700 4,570
1.3 G (dengan ASA 3.0) 47,700 4,770
1.5 X 49,900 4,990
1.5 H 53,900 5,390
1.5 AV 58,800 5,880

Kita mulakan dengan varian Myvi terbaru paling murah iaitu 1.3 G.

Bagi ‘downpayment’/bayaran pendahuluan 10 peratus dengan kadar faedah 3.3 peratus (kadar biasa untuk kenderaan tempatan), bayaran bulanan Myvi baru varian asas ialah RM 494 sebulan untuk pinjaman 9 tahun.

Gaji RM 1.2k lepas ke? Berapakah gaji minimum dan bayaran bulanan untuk Perodua Myvi facelift 2022? 02

Berdasarkan garis panduan yang disarankan, anda patut tetapkan had 20 peratus sahaja dari gaji bulanan anda untuk komitmen bayaran bulanan kereta. Oleh itu, gaji minimum untuk Myvi terbaru varian asas sepatutnya berada pada sekitar RM 2,470 sebulan.

Jika ditambah dengan kos insuran, ‘maintenance’, tayar, dan perbelanjaan lain, komitmen perbelanjaan untuk kereta anda tidak sepatutnya melebihi 30 peratus daripada pendapatan bulanan anda.

Gaji RM 1.2k lepas ke? Berapakah gaji minimum dan bayaran bulanan untuk Perodua Myvi facelift 2022? 03

Oleh itu, jika kita masukkan tambahan 10 peratus untuk kos perbelanjaan kereta, anda patut sediakan kira-kira RM 750 sebulan untuk pengalaman pemilikan Myvi baru yang selesa dan sempurna (dengan tempoh pinjaman 9 tahun).

Walau bagaimanapun, jika varian tertinggi iaitu Myvi 1.5 AV yang anda mahukan, harga atas-jalannya tanpa insuran ialah RM 58,800. Varian tertinggi ini lengkap dengan pelbagai perincian ekstra serta Perodua Active Smart Drive Assist (PSDA) yang merangkumi Active Cruise Control (ACC) dan Rear Cross Traffic Alert (RCTA).

Gaji RM 1.2k lepas ke? Berapakah gaji minimum dan bayaran bulanan untuk Perodua Myvi facelift 2022? 04

Dengan menggunakan kiraan yang sama seperti di atas, anda perlu sediakan RM 640 sebulan (untuk pinjaman bertempoh 9 bulan) untuk bayaran bulanan Myvi baru 1.5 AV. Oleh itu, pendapatan bulanan minimum anda haruslah berjumlah RM 3,200.

Gaji RM 1.2k lepas ke? Berapakah gaji minimum dan bayaran bulanan untuk Perodua Myvi facelift 2022? 05

Sebagai rumusan, rujuk senarai di bawah untuk bayaran bulanan Myvi terbaru facelift 2022 mengikut varian – bagi tempoh pinjaman 5, 7, dan 9 tahun. Seperti biasa, kita ambil kadar faedah pinjaman sebanyak 3.3 peratus.

Bayaran bulanan Myvi terbaru - pinjaman 5 tahun
Varian Harga (RM) Bayaran bulanan (RM)
1.3 G 45,700 799
1.3 G (dengan ASA 3.0) 47,700 834
1.5 X 49,900 872
1.5 H 53,900 942
1.5 AV 58,800 1,028
Bayaran bulanan Myvi terbaru - pinjaman 7 tahun
Varian Harga (RM) Bayaran bulanan (RM)
1.3 G 45,700 603
1.3 G (dengan ASA 3.0) 47,700 629
1.5 X 49,900 658
1.5 H 53,900 711
1.5 AV 58,800 776
Bayaran bulanan Myvi terbaru - pinjaman 9 tahun
Varian Harga (RM) Bayaran bulanan (RM)
1.3 G 45,700 494
1.3 G (dengan ASA 3.0) 47,700 516
1.5 X 49,900 539
1.5 H 53,900 583
1.5 AV 58,800 636

Untuk makluman, kadar faedah adalah tertakluk kepada perubahan semasa. Merujuk kepada situasi terkini, kadar faedah berada pada tahap sangat rendah. Namun, pastikan anda rujuk pengedar serta bank masing-masing untuk dapatkan tawaran menarik.

Nota: Harga yang tersenarai sudah dikecualikan daripada SST, sah sehingga 30 Jun 2022.

Berkait:

Bakal dilancarkan Nov ini, bagaimana transmisi D-CVT Perodua Myvi 2022 lebih mantap dari CVT Iriz?

2022 Perodua Myvi facelift - mengapa perlu ubah transmisi CVT daripada 4AT?

Belum lancar dah laku, tempahan Perodua Myvi facelift 2022 cecah 3,000 unit dalam seminggu!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Myvi 1.3 G with PSDA

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda