Bakal dilancarkan Nov ini, bagaimana transmisi D-CVT Perodua Myvi 2022 lebih mantap dari CVT Iriz?
Zamil Syaheer · Oct 31, 2021 11:59 AM
Akhirnya, selepas tiga generasi Perodua Myvi dilengkapi dengan transmisi automatik 4-kelajuan, sudah tiba masanya untuk transmisi yang tua itu melabuhkan tirainya.
Berita mengenai Myvi yang menerima transmisi CVT timbul minggu lalu, apabila Kementerian Dalam Negeri Indonesia mendedahkan dua model yang tidak dinamakan dengan kod model M804RS dan akhiran 1.3 CVT yang telah dimuat naik di dalam sistem.
Sebagai rangkuman, Daihatsu Sirion yang dijual di pasaran Indonesia ialah Perodua Myvi yang diimport dari Malaysia, dan mempunyai kod model M804RS.
Dua kali lima bersamaan dengan sepuluh, dan semestinya transmisi CVT baharu akan dipasang pada Myvi pasaran Malaysia.
Apa itu D-CVT?
Selalunya transmisi CVT menggunakan tali (belt) atau rantai (chain), tetapi Perodua Ativa D-CVT menggunakan kombinasi rantai besi dan gear. Tali besi digunakan kerana ia tahan lebih lama.
Gear pada D-CVT.
D-CVT berfungsi sama seperti CVT biasa kerana ia menggunakan tali ketika keadaan berhenti dan bergerak serta pemanduan berkelajuan rendah.
Pada kelajuan sederhana sehingga tinggi pula, klac bergerak dan kuasas disalurkan ke gear, mewujudkan rasa seperti transmisi automatik biasa.
Pada kelajuan rendah, D-CVT menggunakan tali.
Selain mengurangkan rasa efek “rubber band”, transmisi D-CVT juga membantu dalam penjimatan minyak. Perodua mendakwa Ativa memiliki penggunaan minyak sekitar 5.29 liter / 100 km.
Ia melibatkan penukaran gear utama ke jenis klac pada kelajuan yang lebih tinggi.
More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.
Komen