window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rebiu: Walaupun anda tidak mencari MPV, Perodua Alza 2022 (D27A) boleh merubah fikiran anda!

Zamil Syaheer · Aug 20, 2022 02:00 PM

Rebiu: Walaupun anda tidak mencari MPV, Perodua Alza 2022 (D27A) boleh merubah fikiran anda! 01

Berapakah umur para pelajar Tingkatan 1? Mestilah 13 tahun, betul tak? Bayangkan betapa lamanya tempoh masa 13 tahun itu, kerana itulah jangka hayat Perodua Alza generasi pertama di dalam pasaran. Kalau menurut umur sesebuah kereta, memang dah dikira uzur sebenarnya - lebih 160 tahun!

Rebiu: Walaupun anda tidak mencari MPV, Perodua Alza 2022 (D27A) boleh merubah fikiran anda! 02

Jalan cerita Perodua Alza generasi pertama. Tahun 2009 tu saya masih Tingkatan 5!

Akhirnya, setelah 399,816 unit dijual, pada bulan Julai 2022, Perodua Alza telahpun menerima model pengganti serba baru, dengan kod nama D27A. Nak tahu betapa popularnya Alza serba baru ini, pada masa penerbitan rencana ini, lebih 39,000 tempahan telah diterima dengan tempoh masa menunggu sekitar 10 bulan, dan 4,000 unit sudahpun menemui pemilik masing-masing. Laku keras bossku!

Baca juga: Perodua Alza 2022 kutip 39k tempahan, 65% varian AV, tempoh menunggu cecah 8 - 10 bulan!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Rebiu: Walaupun anda tidak mencari MPV, Perodua Alza 2022 (D27A) boleh merubah fikiran anda! 01

Seperti biasa, kami di WapCar pun tak sabar nak menguji pandu MPV terhangat ini. Alhamdulillah, kami telah diberi peluang untuk menguji pandu bukan sekali, tetapi dua kali, di litar ujian Perodua di Rawang, dan perjalanan sejauh 650 km+ ke Kota Bahru, Kelantan. Malah, kami sempat ‘test' naik bukit dekat Genting Highland lagi. Jom kita kupas apa yang menarik.

Baca juga: Perodua Alza 2022 D27A baru dilancarkan di Malaysia - harga dari RM 62.5k - RM 75.5k, 1.5L, D-CVT

Eksterior – rupa luaran ala wagon campur MPV

Rebiu: Walaupun anda tidak mencari MPV, Perodua Alza 2022 (D27A) boleh merubah fikiran anda! 02

Ketika saya pertama kali melihat imej Daihatsu Xenia/Toyota Avanza/Toyota Veloz terbaru di Indonesia, ia mengingatkan saya kepada Toyota Unser yang pernah dijual di Malaysia suatu ketika dulu, dengan rupa yang berpetak dan tinggi.

Baca juga: Iklan Toyota Unser dulu-dulu ni memang ikonik, siapa masih ingat?

Antara tiga model ini, saya rasa rupa Xenia – yang merupakan asas utama kepada Alza 2022 baru – nampak lebih cantik.

Baca juga: Rebiu: Pandu uji Daihatsu Xenia - kembar Perodua Alza D27A ini boleh 'tapau' Xpander & BR-V!

Rebiu: Walaupun anda tidak mencari MPV, Perodua Alza 2022 (D27A) boleh merubah fikiran anda! 03

Namun segalanya berubah apabila melihat Perodua Alza 2022 D27A ini di depan mata. Perodua berjaya mengimbangi imej elegan dan premium pada MPV ini, sesuatu yang tidak pernah dilihat pada mana-mana model Perodua sebelum ini.

Ketinggian Alza 2022 ini juga agak rendah, dan ia seakan-akan hibrid MPV dan wagon. Secara peribadi, saya amat sukakan rupa depan Alza 2022 ini, dengan gril berjeriji ala Mercedes-Benz dengan jalur krom di logo.

Rebiu: Walaupun anda tidak mencari MPV, Perodua Alza 2022 (D27A) boleh merubah fikiran anda! 04

Dengan kit badan Gear Up, merangkumi apron depan...

Rebiu: Walaupun anda tidak mencari MPV, Perodua Alza 2022 (D27A) boleh merubah fikiran anda! 05

...sayap belakang dan juga apron belakang. Skirting sisi adalah standard untuk AV

Pasukan yang menghasilkan kit badan Gear Up opsyenal juga patut mendapat pujian kerana mereka berjaya menghasilkan sebuah kit badan dengan reka bentuk yang kemas dan tidak ‘over’ seperti Myvi mahupun Ativa.

Baca juga: 17 gambar Perodua Myvi 2022 dengan aksesori badan GearUp, kali ini jauh lagi cun!

Aksesori Gear Up untuk Perodua Ativa 2021, kasi tambah kit nampak lagi garang!

Rebiu: Walaupun anda tidak mencari MPV, Perodua Alza 2022 (D27A) boleh merubah fikiran anda! 06

Roda berukuran 16-inci dengan tayar Toyo Tires CR1 berukuran 195/60 pada varian H dan AV (15-inci bagi varian X) juga tidak nampak kecil.

Rebiu: Walaupun anda tidak mencari MPV, Perodua Alza 2022 (D27A) boleh merubah fikiran anda! 07

Khusus untuk varian AV juga adalah jalur krom di bahagian sisi di sepanjang kaki tingkap, menaikkan seri Alza 2022 ini. Berbanding fasia depan, bahagian belakang pula memang lebih kurang sama seperti Veloz/Avanza/Xenia, dengan lampu kombinasi LED dan garis lekuk berpetak.

Rebiu: Walaupun anda tidak mencari MPV, Perodua Alza 2022 (D27A) boleh merubah fikiran anda! 08

Jika anda masih ragu-ragu, pergilah ke bilik pameran terdekat dan lihat dengan mata kepala anda sendiri – memang hensem. Pada mana yang masih tertanya-tanya tentang mana antara lima warna yang ada yang patut anda pilih, dapatkan Vintage Brown atau Garnet Red, dua warna yang anda lihat di sini.

Rebiu: Walaupun anda tidak mencari MPV, Perodua Alza 2022 (D27A) boleh merubah fikiran anda! 09

Warna Garnet Red, varian AV dengan kit badan Gear Up

Rebiu: Walaupun anda tidak mencari MPV, Perodua Alza 2022 (D27A) boleh merubah fikiran anda! 10

Warna Vintage Brown, kena parkir bawah matahari baru nampak efek warnanya

Warna coklat yang ditawarkan ini mempunyai efek seakan-akan pearl kerana ia nampak seperti warna hitam pada pandangan mata kasar.

Interior – luas, nyaman, dan moden

Rebiu: Walaupun anda tidak mencari MPV, Perodua Alza 2022 (D27A) boleh merubah fikiran anda! 11

Papan pemuka varian AV dengan warna burgundy

Anda kena ingat, ini adalah kereta rakyat dan keluarga marhaen, jadi ruang dan tahap praktikaliti amat penting. Pertama sekali, bukaan pintu amat luas untuk memudahkan ahli keluarga anda keluar dan masuk serta memuatkan barang.

Rebiu: Walaupun anda tidak mencari MPV, Perodua Alza 2022 (D27A) boleh merubah fikiran anda! 12

Tempat duduk depan varian AV

Untuk tempat duduk depan, kerusinya amat selesa, lembut, serta lebih menyokong berbanding mana-mana model Perodua sebelum ini.

Rebiu: Walaupun anda tidak mencari MPV, Perodua Alza 2022 (D27A) boleh merubah fikiran anda! 13

Sarung kerusi standard untuk varian AV, di barisan tengah. Tempat penyandar tengah boleh dijadikan sebagai tempat perehat lengan

Bagi barisan yang tengah pula, lantai yang agak rendah serta leper meningkatkan tahap keselesaan, dengan ruang kaki yang amat luas.

Rebiu: Walaupun anda tidak mencari MPV, Perodua Alza 2022 (D27A) boleh merubah fikiran anda! 14

Ciri 'one touch tumble', senang untuk keluar masuk

Rebiu: Walaupun anda tidak mencari MPV, Perodua Alza 2022 (D27A) boleh merubah fikiran anda! 15

Tempat duduk barisan ketiga, luas

Rebiu: Walaupun anda tidak mencari MPV, Perodua Alza 2022 (D27A) boleh merubah fikiran anda! 16

Ruang kaki di barisan ketiga - boleh dapat banyak lagi!

Malah, tempat duduk di bahagian tengah boleh dijadikan sebagai perehat lengan. Terdapat juga ciri ‘one-touch tumble’ bagi memudahkan keluar dan masuk ke barisan ketiga, dan kali ini, dua orang dewasa pun boleh duduk dengan selesa!

Rebiu: Walaupun anda tidak mencari MPV, Perodua Alza 2022 (D27A) boleh merubah fikiran anda! 17

Maklumlah, Alza 2022 ini panjangnya 4,425 mm dengan kelebaran 1,730 mm – bermakna ia 205 mm lebih panjang dan 35 mm lebih lebar berbanding model sebelumnya, walaupun jarak antara roda kekal sama dengan 2,750 mm.

Rebiu: Walaupun anda tidak mencari MPV, Perodua Alza 2022 (D27A) boleh merubah fikiran anda! 18

Perodua Alza 2022 ini juga lebih tinggi, dengan ukuran 1,670 mm (untuk varian H dan AV dengan rim 16-inci. Dari segi jarak kelegaan tanah pula, berbanding kembarnya iaitu Toyota Veloz untuk pasaran tempatan, ia mempunyai jarak kelegaan tanah 160 mm, 30 mm lebih rendah berbanding Toyota Veloz (190 mm) untuk pasaran tempatan.

Baca juga: Bukan setakat RM 20k mahal, Toyota Veloz 2022 di Malaysia juga 30 mm lagi tinggi daripada Alza

Rebiu: Walaupun anda tidak mencari MPV, Perodua Alza 2022 (D27A) boleh merubah fikiran anda! 19

Ini adalah nikmat di Malaysia

Rebiu: Walaupun anda tidak mencari MPV, Perodua Alza 2022 (D27A) boleh merubah fikiran anda! 20

Port pengecasan USB untuk penghuni di barisan kedua

Selain itu, antara ciri baru yang diperkenalkan adalah corong penghawa dingin di siling barisan kedua, siap dengan tombol kawalan kelajuan sejuk. Suka untuk kami laporkan bahawa penghuni di barisan ketiga pun akan rasa nyaman, sesuai dengan keadaan cuaca panas di tanah air yang tercinta.

Rebiu: Walaupun anda tidak mencari MPV, Perodua Alza 2022 (D27A) boleh merubah fikiran anda! 21

Panel pintu untuk varian AV

Dari segi kualiti binaan dan kemasan, semuanya terasa ‘solid’ dan padat, walaupun terdapat banyak penggunaan plastik keras. Sekurang-kurangnya varian AV menambah kemasan warna burgundy untuk menaikkan seri interior Alza 2022. Apa-apapun, untuk MPV dalam julat harga ini, ia masih boleh diterima.

Tahap kepraktisan – memang terbaik!

Rebiu: Walaupun anda tidak mencari MPV, Perodua Alza 2022 (D27A) boleh merubah fikiran anda! 22

Dari jalur kiri: mod 2 tempat duduk, 5 tempat duduk, 7 tempat duduk; Mod flexi dan mod Relaks

Sebagai sebuah MPV untuk rakyat, Alza 2022 mempunyai pelbagai konfigurasi untuk membolehkan anda memuatkan pelbagai jenis barangan. Tempat sandar barisan kedua boleh dibaringkan secara rata, dan ia boleh digunakan sebagai tempat rehat, tidur, rekreasi, dan sebagainya.

Rebiu: Walaupun anda tidak mencari MPV, Perodua Alza 2022 (D27A) boleh merubah fikiran anda! 23

Apabila tempat duduk barisan ketiga dinaikkan, terdapat ruang sebanyak 137 liter (83 liter lebih daripada Alza terdahulu), cukup untuk bagasi atau beg kecil. Jika tempat duduk barisan ketiga dilipat, anda akan mendapat ruang sebanyak 498 liter (150 liter lebih daripada Alza terdahulu).

Rebiu: Walaupun anda tidak mencari MPV, Perodua Alza 2022 (D27A) boleh merubah fikiran anda! 24

Satu letak kasut pergi surau, tengah kasut untuk santai, dan satu lagi untuk pergi berrongeng 

Di bahagian bawah but belakang juga ada tiga ruang penyimpanan tambahan, sesuai untuk menyimpan kasut atau alat kecemasan lain.

Rebiu: Walaupun anda tidak mencari MPV, Perodua Alza 2022 (D27A) boleh merubah fikiran anda! 25

Tayar ganti di belakang, sama seperti Alza terdahulu

Ini kerana tayar ganti bersaiz penuh berada di bahagian bawah but, sama seperti Alza terdahulu. ‘Packaging’ yang bijak, kan?

Rebiu: Walaupun anda tidak mencari MPV, Perodua Alza 2022 (D27A) boleh merubah fikiran anda! 26

Poket kecil di bahagian sisi konsol tengah

Rebiu: Walaupun anda tidak mencari MPV, Perodua Alza 2022 (D27A) boleh merubah fikiran anda! 27

Ruang di tempat ketiga, siap ada port pengecasan USB

Rebiu: Walaupun anda tidak mencari MPV, Perodua Alza 2022 (D27A) boleh merubah fikiran anda! 28

Banyak boleh muat ni...

Turut diambil kira juga adalah banyak poket atau ruang kecil di serata kabin. Sebagai contoh, ruang pada setiap panel pintu belakang boleh memuatkan sekurang-kurangnya lima botol air minuman!

Sistem infotainment – ada Android Auto dan Apple CarPlay, jenama nasional pertama dengan ciri ini!

Rebiu: Walaupun anda tidak mencari MPV, Perodua Alza 2022 (D27A) boleh merubah fikiran anda! 29

Setelah sekian lama, akhirnya Perodua menjadi jenama nasional pertama yang menawarkan ciri sambungan Android Auto dan Apple CarPlay pada sistem infotainment berukuran 9-inci, khusus untuk varian AV sahaja. Jangan keliru dengan Android Player pula – itu berbeza sama sekali okay.

Android Auto, secara amnya, adalah perisian yang mengintegrasikan fungsi telefon pintar dengan sistem infotainmen kereta anda. Untuk info lanjut, anda boleh baca rencana kami dibawah.

Baca juga: Kenapa kereta anda wajib ada Apple CarPlay dan Android Auto? Ini sebabnya

Rebiu: Walaupun anda tidak mencari MPV, Perodua Alza 2022 (D27A) boleh merubah fikiran anda! 30

Kembali semula pada Alza 2022, ciri Android Auto pada MPV ini tiada sistem nirwayar - anda masih perlu menggunakan wayar menerusi port USB yang terletak pada sebelah bawah kanan skrin infotainmen berkenaan. Okay apa, untuk kereta dengan julat harga sebegini. Untuk Apple CarPlay pula, katanya Perodua sudahpun mendapatkan lesen untuk kegunaan sambungan tersebut.

Rebiu: Walaupun anda tidak mencari MPV, Perodua Alza 2022 (D27A) boleh merubah fikiran anda! 31

Sistem infotainment Toyota Veloz 2022.

Dari segi pengalaman pengguna, paparan utama pada skrin infotainmen mengingatkan kami kepada BMW iDrive terbaru – cantik dan elegan. Ia juga amat lancar dan mudah untuk digunakan, termasuk sambungan Android Auto ke telefon pintar Xiaomi saya.

Rebiu: Walaupun anda tidak mencari MPV, Perodua Alza 2022 (D27A) boleh merubah fikiran anda! 32

Untuk kualiti bunyi audio pula, secara peribadi saya rasa ia adalah yang terbaik setakat ini untuk Perodua. Jika dibandingkan dengan model-model yang lain, bunyi audio Perodua rasa agak hambar, dengan ketiadaan bass yang mencukupi, walaupun ia sudah dilaras ke tetapan yang paling tinggi. Alza 2022 ini bunyi audionya secukup rasa. Kalau nak sedap lagi, kena ‘upgrade’ lah.

Baca juga: Perodua: Pendigitalan proses vendor bantu harga Alza kekal rendah walaupun kos bahan mentah meningkat

Pengalaman pemanduan – rasa macam kereta premium, tak macam Perodua!

Rebiu: Walaupun anda tidak mencari MPV, Perodua Alza 2022 (D27A) boleh merubah fikiran anda! 33

Kalau anda ingat dengan Cik Tiva (Perodua Ativa yang pernah kami miliki sebelum ini), ia merupakan produk Perodua pertama yang memperkenalkan banyak ciri serta kelengkapan baru seperti transmisi D-CVT dan casis Daihatsu New Global Architecture (DNGA) yang amat padu. Kini, Perodua Alza 2022 juga menggunakan kombinasi yang sama, tetapi jauh lebih baik. Pendek kata – ia lebih ‘refined’.

Baca juga: Kebaikan & Keburukan: Perodua Ativa 2021 – sarat dengan kelengkapan, tapi gegaran tetap terasa!

Rebiu: Walaupun anda tidak mencari MPV, Perodua Alza 2022 (D27A) boleh merubah fikiran anda! 34

Kalau ada penutup enjin, mesti lagi cantik

Rebiu: Walaupun anda tidak mencari MPV, Perodua Alza 2022 (D27A) boleh merubah fikiran anda! 35

Brek parkir elektronik, khusus untuk AV

Perodua Alza 2022 ini menggunakan unit 1.5 4-silinder 2NR-VE aspirasi natural yang menghasilkan 106 PS @ 6,000 rpm dan 138 Nm @ 4,200 Nm. Ia adalah unit yang sama dengan Myvi, walaupun ia 3 PS dan 1 Nm lebih tinggi.

Menariknya, kadar kecekapan penggunaan minyak kini 40% lebih efisyen berbanding sebelumnya. Persoalannya, adakah kombinasi trenkuasa ini cukup untuk Alza 2022, memandangkan ianya jauh lebih besar berbanding Myvi?

Baca juga: Rebiu: Perodua Myvi 2022 facelift beri pakej lengkap harga berbaloi, tapi Iriz menang satu perkara

Rebiu: Walaupun anda tidak mencari MPV, Perodua Alza 2022 (D27A) boleh merubah fikiran anda! 36

Pada sesi pandu uji kami ke Kota Bahru, ada tiga orang dewasa, beg pakaian, dan beg yang sarat dengan kelengkapan kamera serta audio. Kami hanya menggunakan mod 5 tempat duduk sahaja, dimana barisan ketiga dibaringkan untuk menyimpan beg dan segala kelengkapan di but belakang.

Ini bukanlah ujian yang paling optimum untuk merasai kapasiti sebenar sesebuah MPV, tetapi ini lebih daripada memadai.

Kami bermula daripada ibu pejabat Perodua di Sungai Choh, Rawang pada waktu pagi, dan melalui jalan berbukit dari Batang Kali menuju ke Genting Premium Outlet, sebelum keluar ke lebuhraya Karak dan LPT. Senang cerita – takde hal, senang-senang je naik!

Tindakbalas pedal pendikit amat responsif dan lancar, manakala ‘feel’ brek pedal yang agak terus membuatkan anda rasa begitu yakin bahawa ia akan berhenti. Alza 2022 tidak terasa seperti sebuah kereta yang besar mahupun seperti MPV – ia terasa seperti memandu kereta sedan yang panjang. Senang untuk anda menyesuaikan diri.

Rebiu: Walaupun anda tidak mencari MPV, Perodua Alza 2022 (D27A) boleh merubah fikiran anda! 37

Dari segi kuasa, tidak pernah sekalipun kami rasa ia terbeban atau kurang daya. Transmisi D-CVT yang ditala semula terasa lebih lancar dan cekap berbanding Ativa. Jika anda ingin memotong, anda boleh menekan butang DRIVE yang terletak di kanan stereng untuk menukar mod pemanduan kepada PWR (mod lain yang ada ialah ECO dan NORMAL).

Baca juga: D-CVT Perodua Myvi facelift 2022 – betul ke lagi baik dari transmisi 4-kelajuan automatik?

Anda perlu ingat, kombinasi enjin 1.5 liter dan transmisi automatik ini telah digunapakai oleh Perodua lebih daripada sedekad, jadi mereka tahu apa yang perlu dilakukan.

Rebiu: Walaupun anda tidak mencari MPV, Perodua Alza 2022 (D27A) boleh merubah fikiran anda! 38

Lebih menarik lagi, Alza 2022 terasa amat stabil dan selesa melalui pelbagai jenis situasi pemanduan, tak kisahlah pada kelajuan melebihi had laju. Cuma bunyi tayar dan angin semakin ketara pada kelajuan tersebut. Apa-apahal pun, Alza 2022 tetap ‘steady’.

Rebiu: Walaupun anda tidak mencari MPV, Perodua Alza 2022 (D27A) boleh merubah fikiran anda! 39

Tambahan dari itu, talaan suspensi yang dilakukan pada Alza ini jauh lebih baik dari Ativa baik ketika mengambil selekoh mahupun di jalan biasa. Ia tidak terlalu keras, dan juga tidak terlalu lembut – agak optimum. Ini juga dibantu oleh penggunaan tayar yang berprofil rendah serta ketinggiannya yang seakan sedan biasa.

Stereng juga terasa ‘hidup’, dibantu oleh kemasan kulit yang lebih empuk daripada Ativa, dan ia juga mempunyai berat secukup rasa. Tidak keterlaluan jika kami katakan ia adalah yang terbaik bagi Perodua setakat ini.

Rebiu: Walaupun anda tidak mencari MPV, Perodua Alza 2022 (D27A) boleh merubah fikiran anda! 40

Saya berketinggian 170 cm, barisan kedua memang kepala 'clear'

Rebiu: Walaupun anda tidak mencari MPV, Perodua Alza 2022 (D27A) boleh merubah fikiran anda! 41

Di barisan kedua pula, ia amat selesa, sehingga pada kelajuan melebihi had laju nasional pun anda masih boleh tidur dengan nyenyak. Ruang kaki pun amat luas, memang tidak terasa penat sangat baik untuk perjalanan dekat mahupun jauh.

Rebiu: Walaupun anda tidak mencari MPV, Perodua Alza 2022 (D27A) boleh merubah fikiran anda! 42

Nak buat pusingan U pun senang

Bahkan juga, tidak sekalipun suspensi Alza 2022 ini rasa tidak cukup 'damping' ataupun 'bottom-out' (terlalu lembut sampai menghentam 'bumpstop'). Cuma disebabkan bahagian dalam tayar belakang tidak ada penebat bunyi, bunyi bising daripada kawasan itu boleh didengar, terutamanya ketika jalan basah.

Rebiu: Walaupun anda tidak mencari MPV, Perodua Alza 2022 (D27A) boleh merubah fikiran anda! 43

Beralih kepada kadar penggunaan minyak, Perodua mendakwa Alza 2022 mampu memberikan bacaan sekitar 22 km/l ke atas. Ketika uji pandu kami, Alza 2022 memberikan bacaan sekitar 11-13 km/l, meliputi pelbagai jenis cara pemanduan (tiga pemandu berbeza).

Ini dikira amat baik, memandangkan tangki minyak Alza 2022 hanyalah 43 liter sahaja. Kami akan menguji pengunaan minyak dengan lebih lanjut apabila unit uji pandu tiba di pejabat kami.

Keselamatan -  boleh bikin kereta lebih mahal malu!

Rebiu: Walaupun anda tidak mencari MPV, Perodua Alza 2022 (D27A) boleh merubah fikiran anda! 44

Kamera untuk sistem bantuan pemandu lanjutan ADAS

Alza 2022 serba baru ini juga tiba padat dengan kelengkapan keselamatan yang pelbagai. Sebagai standard, semua varian Perodua Alza 2022 dilengkapi dengan ADAS Perodua Advanced Safety Assist 3.0 (ASA 3.0) yang merangkumi:

  • Pre-Collision Warning (PCW, juga dikenali sebagai Forward Collision Warning, FCW)
  • Pre-Collision Braking (PCB, juga dikenali sebagai Autonomous Emergency Braking, AEB)
  • Pedal Misoperation Control (PMC)
  • Front Departure Alert (FDA)
  • Lane Departure Warning (LDW)
  • Lane Departure Prevention (LDP)
  • Auto High Beam (AHB)

Rebiu: Walaupun anda tidak mencari MPV, Perodua Alza 2022 (D27A) boleh merubah fikiran anda! 45

Varian X dengan roda 15-inci, tiada skirting sisi, tiada lampu kabus, warna badan bagi tiang B dan C, garis di sisi cermin berwarna hitam (krom bagi AV)

Rebiu: Walaupun anda tidak mencari MPV, Perodua Alza 2022 (D27A) boleh merubah fikiran anda! 46

Varian H dengan roda 16-inci, tiada skirting sisi, ada lampu kabus, tiang B dan C berwarna hitam

Naik taraf ke varian pertengahan Alza 1.5 H, anda akan dapat ekstra seperti kamera undur, penderia parkir hadapan dan Adaptive Driving Beam (ADB). Bagi spesifikasi paling tinggi pula iaitu Alza 1.5 AV, pakej bantuan pemandu (ADAS) ini dipertingkatkan lagi dengan:

  • Adaptive Cruise Control (ACC)
  • Lane Keep Control (LKC)
  • Blind Spot Monitor (BSM)
  • Rear Cross Traffic Alert (RCTA)
  • Electric Parking Brake (EPB)
  • Auto Brake Hold (ABH)
  • Kamera parkir 360 darjah

Rebiu: Walaupun anda tidak mencari MPV, Perodua Alza 2022 (D27A) boleh merubah fikiran anda! 47

EPB hanya ada pada varian AV

Rebiu: Walaupun anda tidak mencari MPV, Perodua Alza 2022 (D27A) boleh merubah fikiran anda! 48

Kamera 360 darjah bagi varian AV

Kami telah mencuba segala ciri keselamatan yang ada pada varian AV, dan kesemua ciri yang ada berfungsi dengan lancar, responsif, dan halus. Malah, ia terasa lebih baik daripada Ativa. Kalau ada benda yang boleh dinaiktaraf pun, rasanya hanya kualiti kamera parkir 360 darjah.

Rebiu: Walaupun anda tidak mencari MPV, Perodua Alza 2022 (D27A) boleh merubah fikiran anda! 49

Salah satu ciri yang suka adalah Adaptive Cruise Control (ACC) yang menjadikan pemanduannya semi-autonomous. ACC ini berfungsi dalam kelajuan antara 30 hingga 125 km/j (sama seperti Ativa dan Myvi) dengan tiga tahap jarak dari kenderaan di depan. Ia juga telah dinaiktaraf dengan fungsi Stop, Hold/Follow (atau Low Speed Follow) untuk memudahkan pemanduan dalam keadaan trafik sesak dan terhenti-henti. Memang ‘function’ ciri ini.

Kesimpulan – Alza 2022 amat berbaloi dan melangkaui jangkaan

Rebiu: Walaupun anda tidak mencari MPV, Perodua Alza 2022 (D27A) boleh merubah fikiran anda! 50

Sejujurnya, kami ingat Perodua tidak akan menggantikan Perodua Alza terdahulu kerana ia masih lagi begitu popular. Oleh itu, jangkaan terhadap model penggantinya sudah pasti jauh lebih tinggi. Sukacita untuk kami katakan bahawa Perodua telah berjaya, dan melangkaui segala jangkaan dalam pelbagai aspek bagi Alza 2022 ini.

Rebiu: Walaupun anda tidak mencari MPV, Perodua Alza 2022 (D27A) boleh merubah fikiran anda! 51

Ia amat ‘value-for-money’ dengan penawaran ciri dan kelengkapan yang mengalahkan banyak kereta yang jauh lebih mahal serta melangkaui pelbagai segmen. Tidak kisahlah sekiranya anda tidak memerlukan kereta dengan 7 tempat duduk, kerana Alza 2022 berjaya mencapai titik kesimbangan antara sebuah MPV, wagon, dan juga kereta biasa.

Tidak banyak perkara negatif yang kami boleh lontarkan pada MPV ini, dan ini bukanlah artikel berbayar ya. Memang betul 'best' Perodua Alza 2022 D27A.

Rebiu: Walaupun anda tidak mencari MPV, Perodua Alza 2022 (D27A) boleh merubah fikiran anda! 52

Sebagai rangkuman, Perodua Alza 2022 ditawarkan dalam tiga varian; X (RM 62,500), H (RM 68,000) dan AV (RM 75,500) — harga atas jalan tidak termasuk insurans, dengan SST.

Rebiu: Walaupun anda tidak mencari MPV, Perodua Alza 2022 (D27A) boleh merubah fikiran anda! 53

Toyota Veloz spec Malaysia.

Kalau anda inginkan Alza 2022 yang lebih baik sedikit, angkatlah Toyota Veloz, tetapi kena bayar lebih lah (RM 95,000). Amacam, nak angkat satu ke tak?

@wapcar_zamil 30,000 tempahan, dan anggaran tempoh menunggu dekat 9 bulan! #peroduaalza2022 #perodua #alza2022 #fypmalaysia #carmalaysia #malaysia ♬ Despair (抖音热播) - 初梦
@wapcar_adrian Ini dia guys, model yang dinantikan #PeroduaAlza2022! #WapCar #ReviewKereta ♬ FEEL THE GROOVE - Queens Road, Fabian Graetz

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda