window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rebiu: Pandu uji Daihatsu Xenia - kembar Perodua Alza D27A ini boleh 'tapau' Xpander & BR-V!

Haris · Jun 22, 2022 11:59 AM

Rebiu: Pandu uji Daihatsu Xenia - kembar Perodua Alza D27A ini boleh 'tapau' Xpander & BR-V! 01

  • Daihatsu Xenia tawar harga paling rendah di Indonesia
  • Peningkatan efisiensi bahan api dan keselesaan
  • Ciri keselamatan A.S.A

Perodua Alza ternyata berjaya membina sedikit sebanyak minat terhadap kenderaan 7-penumpang mampu milik yang sekian lama ditunggu rakyat Malaysia. Oleh kerana ia masih belum dilancarkan, apa kata kita lihat rebiu awal Daihatsu Xenia, kembar Perodua Alza D27A paling dekat untuk melihat apa yang boleh dijangkakan untuk MPV 7-penumpang baharu ini.

Rebiu: Pandu uji Daihatsu Xenia - kembar Perodua Alza D27A ini boleh 'tapau' Xpander & BR-V! 02

Untuk itu, laman automotif Autofun Id telah berkongsi dengan kami mengenai rebiu mereka. Selain Daihatsu Xenia, mereka juga sudah mencuba Honda BR-V generasi baharu dan Toyota Avanza Veloz untuk memberi perbandingan yang lebih saksama antara 3 model terhangat itu. Berikut adalah antara pandangan awal tentang Daihatsu Xenia (Perodua Alza) baharu 2022.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Rekaan Luar - Lebih sporty dan bergaya

Rebiu: Pandu uji Daihatsu Xenia - kembar Perodua Alza D27A ini boleh 'tapau' Xpander & BR-V! 01

Atas sebab tertentu, kami berpendapat bahawa beberapa rekaan yang dipersembahkan Daihatsu sentiasa kelihatan lebih sporty berbanding produk kembar mereka di 'pengeluar lagi satu'. Ketika pertama kali melihat gandingan Daihatsu Ayla dan Toyota Agya LCGC, penampilan luaran Ayla jelas menunjukkan aura yang lebih sporty. Perkara yang sama berlaku kepada MPV 7-penumpang segmen A, Daihatsu Sigra.

Rebiu: Pandu uji Daihatsu Xenia - kembar Perodua Alza D27A ini boleh 'tapau' Xpander & BR-V! 02

Sesuatu yang serupa berlaku kepada Daihatsu Xenia serba baharu ini. Penggunaan perincian hitam tanpa sentuhan krom pada fasia depan menampilkan kesan sporty yang lebih jelas. Lebih-lebih lagi, dengan bentuk gril yang lebih lebar, menghubungkan dua lampu utama dan berbentuk jaring, ia menguatkan lagi kesan sporty tersebut.

Rebiu: Pandu uji Daihatsu Xenia - kembar Perodua Alza D27A ini boleh 'tapau' Xpander & BR-V! 03

Rebiu: Pandu uji Daihatsu Xenia - kembar Perodua Alza D27A ini boleh 'tapau' Xpander & BR-V! 04

Sentuhan garisan merah di bahagian atas jeriji yang bersambung dengan dua 'kening' di atas lampu juga memberi kesan sporty kerana ramai yang berkata, "Red is Racing". Dalam varian Xenia serba baharu dengan sentuhan aksesori ADS atau Astra Daihatsu Styling, terdapat kit badan tambahan yang menyerupai pembahagi aerodinamik pada bampar hadapan. Kemudian, di bahagian tepi juga terdapat tambahan skirt sisi yang membawakan rekaan hitam berjalur merah.

Prestasi - Transmisi D-CVT pada kenderaan 7-penumpang

Rebiu: Pandu uji Daihatsu Xenia - kembar Perodua Alza D27A ini boleh 'tapau' Xpander & BR-V! 05

Berbekalkan enjin 1.5 liter 2NR-VE DOHC dengan teknologi Dual VVT-i, Daihatsu Xenia yang kami cuba menggunakan enjin 1.5 liter 4-silinder yang mampu menghasilkan kuasa puncak 106 PS dengan tork 138 Nm. Dengan watak 'happy rev', kelajuan enjin kereta boleh dinaikkan dengan mudah walaupun dengan sedikit tekanan pada pedal gas. Ini menjadikan Xenia serba baharu ini berasa sangat responsif.

Rebiu: Pandu uji Daihatsu Xenia - kembar Perodua Alza D27A ini boleh 'tapau' Xpander & BR-V! 06

Ujian pecutan mendapati kelajuan 100 km/j boleh dicapai dari pagun hanya dalam 12.06 saat. Transmisi CVTnya berfungsi agak pantas dalam mengumpul tork dengan meningkatkan kelajuan enjin. Untuk mendapatkan pecutan terpantas ini, kotak gear diletakkan dalam mod manual. Walaupun apabila ia ditekan sehingga mencapai redline, gear masih beralih secara automatik.

Rebiu: Pandu uji Daihatsu Xenia - kembar Perodua Alza D27A ini boleh 'tapau' Xpander & BR-V! 07

Pecutan sederhana juga dirasakan memuaskan, memandangkan transmisi CVT terasa berada pada gear lebih rendah justeru kelajuan enjin mudah meningkat untuk mendapatkan tork. Hasil ujian juga mendapati pecutan dari 60 - 100 km/j boleh dicapai dalam masa 6.51 saat sahaja. Kami mendapati, angka prestasi ini lebih baik daripada salah satu pesaingnya yang lebih mahal, iaitu Mitsubishi Xpander Cross. Pecutan 0 -100 km/j pada Mitsubishi Xpander malah melepasi tanda 13 saat.

Keselesaan pemanduan - Platform DNGA tidak mengecewakan

Rebiu: Pandu uji Daihatsu Xenia - kembar Perodua Alza D27A ini boleh 'tapau' Xpander & BR-V! 08

Bukan sahaja prestasinya memuaskan, malah pemanduan Xenia serba baharu juga mengagumkan. Terutamanya mengenai aspek keselesaan. Kereta ini menawarkan perjalanan yang selesa dengan kabin yang tenang dan redaman suspensi yang lembut. Perubahan kepada platform DNGA pada kereta ini jelas memberikan peningkatan tunggangan yang ketara berbanding pendahulunya.

Rebiu: Pandu uji Daihatsu Xenia - kembar Perodua Alza D27A ini boleh 'tapau' Xpander & BR-V! 09

Rebiu: Pandu uji Daihatsu Xenia - kembar Perodua Alza D27A ini boleh 'tapau' Xpander & BR-V! 10

Apatah lagi dengan kabin yang lebih luas, persekitaran kabin yang tenang setanding dengan Mitsubishi Xpander Cross yang telah kami uji sebelum ini. Dalam ujian yang kami lakukan, pada kelajuan 60 km/j, bunyi bising di dalam kabin direkodkan pada 59.3 dB, dan apabila diuji pada 100 km/j bunyi bising hanya 64.4 dB.

Rebiu: Pandu uji Daihatsu Xenia - kembar Perodua Alza D27A ini boleh 'tapau' Xpander & BR-V! 11

Keselesaan pemanduan All-New Xenia turut disokong oleh pemilihan tayar yang betul. Dengan tayar berukuran 195/60 R16, tayar ini membantu mengurangkan getaran yang disebabkan oleh jalan berlubang atau beralun dengan lebih lancar.

Baca: Perodua Alza 2022 D27A buat penampilan pertama dalam video rasmi, pelancaran semakin dekat?

Penggunaan minyak - Tipikal Toyota Daihatsu

Rebiu: Pandu uji Daihatsu Xenia - kembar Perodua Alza D27A ini boleh 'tapau' Xpander & BR-V! 12

Dengan prestasi dan keselesaan yang memuaskan, ternyata Daihatsu Xenia serba baharu ini turut menawarkan penggunaan bahan api yang tidak kurang hebatnya. Apabila diuji melalui kepadatan kota Jakarta sejauh 75 km, Xenia serba baharu mampu memberikan penggunaan bahan api 11.88 km/liter (8.41L/100km), dengan purata kelajuan dalam lingkungan 20 km/jam.

Rebiu: Pandu uji Daihatsu Xenia - kembar Perodua Alza D27A ini boleh 'tapau' Xpander & BR-V! 13

Sementara itu, apabila kami melakukan ujian di luar bandar, dengan jarak sejauh 106 km, kami mampu mencapai penggunaan bahan api sehingga 19.05 km/liter (5.25 l/100km). Satu nombor yang cukup mengagumkan dengan kelajuan purata yang menembusi 60 km/j. Walaupun begitu, kapasiti penumpang tidak terisi sepenuhnya dalam ujian ini.

Keselamatan - Ciri A.S.A buat Xenia lebih berwaspada

Rebiu: Pandu uji Daihatsu Xenia - kembar Perodua Alza D27A ini boleh 'tapau' Xpander & BR-V! 14

Salah satu lonjakan besar dalam pengganti 'MPV Sejuta Umat' ini ialah tawaran ciri Advance Safety Assist (A.S.A) yang merupakan sebahagian daripada ciri Advanced Driver Assistance System (ADAS). Ini adalah ciri yang dimiliki oleh Daihatsu yang serupa dengan Toyota Safety Sense dan Perodua A.S.A.

Baca: Perodua A.S.A: Sistem Bantuan Pemandu (ADAS), apa yang penting sangat?

Rebiu: Pandu uji Daihatsu Xenia - kembar Perodua Alza D27A ini boleh 'tapau' Xpander & BR-V! 15

Terdapat enam ciri A.S.A yang dilengkapkan pada Daihatsu Xenia baharu ini iaitu Pre-Collision Warning, Pre-Collision Braking, Pedal Misoperation Control, Front Departure Alert, Lane Departure Warning, dan Lane Departure Prevention.

Berbeza dengan TSS, Daihatsu tidak mempunyai Blind Spot Monitoring Assist dan Rear Crossing Traffic Alert.

Rebiu: Pandu uji Daihatsu Xenia - kembar Perodua Alza D27A ini boleh 'tapau' Xpander & BR-V! 16

Ciri-ciri Pre-Collision Warning dan Pre-Collision Braking membantu pemandu melakukan brek automatik apabila kamera hadapan mengira risiko perlanggaran di hadapan kereta. Fungsi Pre-Collision Warning telah dicuba tanpa sengaja apabila sebuah kenderaan memotong rapat di hadapan Daihatsu Xenia ini lalu membunyikan amaran yang agak kuat. Ini membuatkan pemandu lebih berwaspada dan meningkatkan rasa selamat.

Rebiu: Pandu uji Daihatsu Xenia - kembar Perodua Alza D27A ini boleh 'tapau' Xpander & BR-V! 17

Kehadiran A.S.A turut melengkapkan ciri keselamatan lain iaitu brek dengan ABS dan EBD, Hill Start Assist, Vehicle Stability Control (VSC), Emergency Stop Signal (ESS) serta dual airbag.

Kesimpulan

Rebiu: Pandu uji Daihatsu Xenia - kembar Perodua Alza D27A ini boleh 'tapau' Xpander & BR-V! 18

Sebelum memasuki kesimpulan akhir, masih terdapat satu kelebihan yang ditawarkan oleh All-New Xenia. Menambahkan titik keselesaan yang disediakan oleh keluasan kabin adalah praktikaliti yang ditawarkannya. Pemegang cawan boleh dikatakan banyak, malah di barisan hadapan sahaja sudah ada 6 pemegang cawan. Selain itu, ruang penyimpanan kecil hingga poket juga tersedia di baris pertama dan kedua.

Rebiu: Pandu uji Daihatsu Xenia - kembar Perodua Alza D27A ini boleh 'tapau' Xpander & BR-V! 19

Walaupun begitu, kereta ini bukan tanpa kekurangan. Seperti Avanza, bunyi deruan enjin apabila gear CVT rendah ketika kickdown atau kenderaan sedang mendaki agak mengganggu ke dalam kabin. Selain itu, tiang A yang tebal juga memberi gangguan visual, terutamanya apabila anda ingin membelok.

Rebiu: Pandu uji Daihatsu Xenia - kembar Perodua Alza D27A ini boleh 'tapau' Xpander & BR-V! 20

Akhir sekali, bunyi amaran dari LDW akan agak menjengkelkan pada mulanya, terutamanya jika kita ingin menukar lorong dengan cepat. Pun begitu, ini boleh menjadi peringatan agar kita sentiasa berwaspada apabila menukar lorong.

Walau bagaimanapun, jika pertimbangan semasa anda ialah MPV baharu sebagai alat pengangkutan yang berkemampuan dari segi kewangan dan ciri-ciri untuk keluarga anda, maka Daihatsu Xenia serba baharu ialah pilihan paling munasabah dan paling berbaloi untuk wang.

Rebiu: Pandu uji Daihatsu Xenia - kembar Perodua Alza D27A ini boleh 'tapau' Xpander & BR-V! 21

Ini disokong dengan harga rasmi varian tertinggi All-new Xenia R CVT dengan ciri A.S.A, yang berada dalam lingkungan Rp 270 juta (RM 80,129). Ini menjadikannya varian teratas yang paling murah di kalangan pesaingnya.

Dengan pelbagai kelebihan dari segi prestasi, keselesaan, dan penggunaan bahan api yang cekap, jelas lebih baik memilih kereta yang lebih murah jika ciri kelengkapannya sama. Malah jika dibandingkan dengan Mitsubishi Xpander, jika apa yang anda cari bukanlah reka bentuk yang hampir sebuah SUV, maka Xenia adalah pilihan yang paling tepat.

Baca: Perodua Alza D27A buka tempahan 23 Jun 2022, kekal nama sama atau nama baru?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda