window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Hanya RM 260 dan setahun kemudian, Perodua Ativa kami diservis setelah mencapai 18,000 km

Zamil Syaheer · Feb 12, 2022 10:00 AM

Hanya RM 260 dan setahun kemudian, Perodua Ativa kami diservis setelah mencapai 18,000 km

Daripada menjadi kereta sokongan yang boleh dipercayai untuk penggambaran video kami kepada membantu menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir, Perodua Ativa kami (atau dikenali sebagai “Cik Tiva”) masih ‘steady’.

Menghampiri tanda 1 tahun, kami telah merekodkan jumlah perbatuan melebihi 18,000 km, dan kini tiba masanya untuk memberi Cik Tiva kami beberapa sentuhan kasih sayang.

Hanya RM 260 dan setahun kemudian, Perodua Ativa kami diservis setelah mencapai 18,000 km 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kami menjadualkan temu janji perkhidmatan servis di Perodua Service Sungai Penchala. Seperti biasa, semuanya berjalan mengikut perancangan dan Cik Tiva dinaikkan sejurus selepas kunci diserahkan.

Hanya RM 260 dan setahun kemudian, Perodua Ativa kami diservis setelah mencapai 18,000 km 01

Perhatikan pembungkusan baharu minyak enjin rasmi Perodua (Fully-synthetic OW-20)

Servis 18,000 km terdiri daripada penggantian berikut:

  • Minyak enjin
  • Penapis minyak enjin
  • Penapis kabin
  • Gasket 'oil drain plug'

Hanya RM 260 dan setahun kemudian, Perodua Ativa kami diservis setelah mencapai 18,000 km 02

Arah jam: menambah cecair pencuci cermin depan, pemeriksaan kesihatan bateri dan tekanan tayar, akhir sekali, bahagian bawah kereta

Selain itu, pusat servis juga memeriksa perkara berikut:

  • Paras air
  • Tahap pengecasan bateri
  • Bahagian bawah kereta (undercarriage)
  • Tekanan tayar

Hanya RM 260 dan setahun kemudian, Perodua Ativa kami diservis setelah mencapai 18,000 km 03

Penggantian penapis kabin

Jika anda tertanya-tanya mengapa kami menjalankan servis ini pada 18,000 km, itu kerana penukaran minyak pertama kami dilakukan lebih awal pada tanda 8,000 km (kami tidak meliputi 10k km seperti yang dicadangkan). Servis berikutnya hanya selepas 10,000 km dicapai.

Servis mengambil masa kira-kira 40 minit, dan kami keluar masuk dalam masa sejam selepas menghantar Cik Tiva.

Pemeriksaan dan servis Perodua Ativa 18,000 km
Barang Harga (RM)
Perodua Fully-Synthetic 0W-20 (3.5-litre) 145.60
Penapis minyak hitam 11.90
Penapis kabin 33.50
Gasket 'oil drain plug'  3.00
Sub jumlah 194.00
Upah pemasangan (termasuk cukai servis) 65.30
Jumlah 259.30

Juga baca: Perodua cuba untuk mengurangkan harga alat ganti, ingin kekal jenama kereta No.1 di Malaysia!

Hanya RM 260 dan setahun kemudian, Perodua Ativa kami diservis setelah mencapai 18,000 km 04

Selain itu, semasa berada di pusat servis Sungai Penchala, kami telah melihat beberapa Perodua yang tidak terlalu bernasib baik akibat banjir baru-baru ini.

Juga baca: Banjir: Perodua naikkan diskaun alat ganti kepada 50%, khidmat tunda dan buruh percuma - PM

Hanya RM 260 dan setahun kemudian, Perodua Ativa kami diservis setelah mencapai 18,000 km 05

Ia adalah proses yang panjang untuk menanggalkan semua bahagian dalaman dan menggantikan komponen yang telah rosak akibat banjir

Cerita setakat ini...

Hanya RM 260 dan setahun kemudian, Perodua Ativa kami diservis setelah mencapai 18,000 km 06

Setelah menempuh banyak perjalanan dengan Cik Tiva kami yang dipercayai sepanjang tahun lalu, kami boleh katakan kami masih sangat menyukainya.

Walaupun keseronokkan awal dan kebaharuan memandu Ativa telah luntur (begitu banyak di jalan raya sekarang, tahniah Perodua), ia masih memberikan senyuman di wajah kami.

Juga baca: Perodua Ativa 2021: Kurang dari RM 3.2k untuk servis lebih 5 tahun/100,000 km!

Hanya RM 260 dan setahun kemudian, Perodua Ativa kami diservis setelah mencapai 18,000 km 07

Dengan pemanduan yang lancar, Ativa boleh mencapai sehingga 6.6 liter/100km

Ia selesa (bagi harga yang ditawarkan), mempunyai pengendalian yang halus berbanding mana-mana model Perodua semasa, dan amat ‘steady’ di lebuh raya.

Penggunaan bahan api telah bertambah baik secara berterusan, memberikan penjimatan bahan api keseluruhan sebanyak 6.9 liter/100km sepanjang 10,000 km yang lalu, merentasi pelbagai jenis pemandu dan gaya pemanduan.

Juga baca: 

Setelah 6 bulan, sebanyak RM 1,461 telah dibelanjakan untuk petrol Perodua Ativa 2021, berbaloi?

Adakah Perodua Ativa 2021 anda ada bunyi getaran aneh? Inilah penyelesaiannya!

Setelah dua bulan: 5 kekurangan Perodua Ativa yang perlu diperbaiki

Pengalaman pemilikan Perodua Ativa: 7 perkara yang kami suka tentang Cik Tiva!

Servis Perodua Ativa: Kos RM 64, Ativa kami diperiksa selepas 1,000 km. Bunyi masih misteri

Pengalaman pemilikan Perodua Ativa - berapa lama tunggu dari tempahan hingga keluar kereta?

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda