Aksesori Gear Up untuk Perodua Ativa 2021, kasi tambah kit nampak lagi garang!
Zamil Syaheer · Mar 3, 2021 09:00 PM
Perodua Ativa 2021 sudahpun dilancarkan secara rasmi dengan pakej, kelengkapan, dan harga yang amat menarik. Tetapi bagaimana jika anda rasa rupa standard Ativa ini macam kureng agresif? Jangan risau, Perodua ada menawarkan aksesori Gear Up untuk SUV cilik ini.
Harga Ativa bermula dari RM 61,500 dan aksesori Gear Up ditawarkan untuk ketiga-tiga varian. Aksesori ini termasuklah kit badan spesel yang membuatkan Ativa nampak sporty berbanding kereta lain jalan raya, termasuklah Raja Jalan itu sendiri, Perodua Myvi.
Di bahagian depan, kit badan ini menyerlahkan rupa Aruz-mini dengan penambahan seakan-akan “taring” yang tajam di apron depan.
Tema sporty ini juga bersambung di bahagian sisi dengan garisan krom di bahagian skirting. Penggunaan krom juga ada di bahagian pemegang plet nombor dan juga di tip ekzos (walaupun ini hanya krom palsu).
Tip palsu tapi nasib bukan warna badan, betul tak?
Aksesori ini digelar “Blaze”, dan harga kit badan ini adalah RM 2,500. Kalau anda perasaan, rekaan ini unik untuk Perodua Ativa sahaja, tiada kena mengena dengan kit Modellista mahupun GR Sport.
Selain eksterior, Perodua juga menawarkan aksesori interior seperti:
Sarung tempat duduk Blaze (RM 800)
Scuff plate LED (RM 260)
Lampu lantai (RM 240)
Jaring barang (RM 30)
Juga terdapat pakej utiliti yang merangkumi visor pintu, tray barang, dan juga karpet coil mat. Pakej ini berharga RM 360.
Seperti aksesori Gear Up yang ditawarkan pada model Perodua yang lain, ianya sekadar penambahan visual sahaja. Tapi enjin 1.0 liter bercas turbo tuh dah cukup laju.
Spesifikasi Perodua Ativa 2021
Enjin
1.0L 3 silinder bercas turbo 1KR-VET
Kuasa
98 PS
Tork
140 Nm
Transmisi
Automatik D-CVT
Pacuan
Roda depan
Paling penting, Ativa dilengkapi dengan pelbagai ciri yang mantap seperti ASA 3.0 dan juga kereta paling murah di Malaysia dengan lampu depan adaptif.
Kami yakin Perodua Ativa ini bakal menjadi raja baru di jalan raya serta model Perodua paling best setakat ini. Tak percaya? Anda boleh baca rebiu ringkas kami disini!
More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.
Komen