window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Inilah sebab mengapa anda patut membeli Proton Iriz Executive berbanding Perodua Myvi 1.3 G

Zamil Syaheer · Dec 26, 2021 10:00 AM

Inilah sebab mengapa anda patut membeli Proton Iriz Executive berbanding Perodua Myvi 1.3 G 01

  • Harga Iriz 1.6 Executive hampir sama dengan Myvi 1.3 G dengan PSDA.
  • Iriz mempunyai lebih kuasa; Myvi lebih efisyen.
  • Iriz mempunyai infotainment yang lebih baik; Myvi mempunyai lebih banyak ruang.

Anda mungkin pernah membaca atau mendengar tentang Perodua Myvi facelift 2022 dan senarai ciri keselamatan canggihnya yang mengagumkan seperti kawalan pelayaran adaptif, bantuan kekal lorong, dan sebagainya. Tetapi ia hanya tersedia pada varian AV yang berharga hampir RM 60k.

Inilah sebab mengapa anda patut membeli Proton Iriz Executive berbanding Perodua Myvi 1.3 G 02

Varian AV, berharga RM 58,800.

Sementara itu, Proton Iriz 1.6 Active 2022 pula dijual pada harga RM 54,000. Namun begitu, saya ingin mengalihkan perhatian anda kepada Proton Iriz 1.6 Executive, berharga RM 47,100.

Secara perbandingan, Perodua Myvi facelift 2022 bermula daripada RM 45,700 untuk varian 1.3 G dan RM 47,700 untuk 1.3 G dengan PSDA (sistem bantuan pemandu lanjutan ADAS Perodua).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Inilah sebab mengapa anda patut membeli Proton Iriz Executive berbanding Perodua Myvi 1.3 G 01

Untuk harga yang hampir sama, anda mempunyai pilihan sama ada Proton Iriz 1.6 Executive 2022 atau Perodua Myvi 1.3 G 2022 dengan PSDA.

Perbandingan Spesifikasi
  Proton Iriz 1.6 Executive Perodua Myvi 1.3 G dengan PSDA
Lampu LED Tiada Ada
LED DRL Ada Tiada
Sistem infotainment skrin sentuh Ada Tiada
Sambungan Bluetooth  Ada Tiada
Tempat duduk Kulit Fabrik
Android Auto/
Apple CarPlay
Tiada Tiada
Beg udara 6 4
AEB Tiada Ada
Monitor titik buta Tiada Tiada
Amaran berlepas lorong Tiada Ada
Lampu tinggi automatik Tiada Ada

Trenkuasa – Myvi mungkin ‘king’ tetapi Iriz lebih berkuasa

Inilah sebab mengapa anda patut membeli Proton Iriz Executive berbanding Perodua Myvi 1.3 G 02

Proton Iriz 1.6 Executive didatangkan dengan enjin 4-silinder aspirasi natural 1.6 liter yang menghasilkan 109 PS/150 Nm, dipadankan dengan automatik jenis CVT.

Inilah sebab mengapa anda patut membeli Proton Iriz Executive berbanding Perodua Myvi 1.3 G 03

Varian AV ditunjukkan. Imej untuk tujuan ilustrasi sahaja.

Sebaliknya, Myvi yang dibandingkan menggunakan enjin 4-silinder aspirasi semula jadi 1.3 liter dengan 95 PS/121 Nm, dipasangkan dengan CVT juga.

Di atas broshur, Iriz mempunyai kelebihan di sini dari segi output kuasa.

Bahagian eksterior – DRL LED atau lampu depan LED, pilihlah

Inilah sebab mengapa anda patut membeli Proton Iriz Executive berbanding Perodua Myvi 1.3 G 04

Bagi eksterior, ini merupakan perkara subjektif kerana ia bergantung sepenuhnya kepada pilihan peribadi. Antara kelengkapan yang perlu diberi perhatian ialah roda yang lebih besar pada Iriz Executive, berukuran-16 inci, dibalut dengan tayar profil 185/55. Myvi 1.3 G memakai roda berukuran 14-inci dengan tayar 175/65.

Inilah sebab mengapa anda patut membeli Proton Iriz Executive berbanding Perodua Myvi 1.3 G 05

AV variant shown. Photo for illustration purposes only.

Selain itu, Myvi 1.3 G menampilkan lampu depan LED sebagai standard tetapi tiada lampu nyalaan siang (DRL). Iriz Executive mendapat DRL tetapi tiada lampu depan LED. Kedua-duanya menampilkan lampu depan follow-me-home.

Interior – Iriz lebih lengkap, Myvi mempunyai lebih banyak ruang

Inilah sebab mengapa anda patut membeli Proton Iriz Executive berbanding Perodua Myvi 1.3 G 06

Beralih ke interior pula, kedua-duanya mendapat kemasukan tanpa kunci dengan butang push-start, stereng uretana, dan 4 pembesar suara. Unit audio Myvi 1.3 G hanya mempunyai 2 sumber pendengaran - radio FM dan input USB. Sayang sekali, tiada sambungan Bluetooth.

Inilah sebab mengapa anda patut membeli Proton Iriz Executive berbanding Perodua Myvi 1.3 G 07

Pada zaman muzik digital ini, keupayaan untuk menyambung ke sistem infotainmen atau unit audio kereta hampir penting. Pembeli tidak sepatutnya berbelanja lebih untuk penyelesaian aftermarket.

Inilah sebab mengapa anda patut membeli Proton Iriz Executive berbanding Perodua Myvi 1.3 G 08

Di dalam Iriz Executive, terdapat paparan infotainment skrin sentuh berukuran 8-inci dengan sambungan telefon pintar dan Bluetooth. Tiada arahan suara "Hi Proton" atau penstriman muzik dalam talian di sini, tetapi jauh lebih baik daripada Myvi 1.3 G.

Selain daripada itu, tempat duduk Iriz Executive dilapisi kain kulit, berbanding tempat duduk fabrik Myvi 1.3 G.

Inilah sebab mengapa anda patut membeli Proton Iriz Executive berbanding Perodua Myvi 1.3 G 09

Bercakap tentang tempat duduk, Iriz lebih besar saiznya dan lebih menyokong berbanding Myvi. Malah, terdapat juga tempat rehat lengan di Iriz.

Dari segi ciri dalaman, Iriz Executive menang. Dari segi ruang dalaman bagaimanapun, takhta ini masih milik Myvi.

Keselamatan – kedua-duanya selamat, tapi…

Inilah sebab mengapa anda patut membeli Proton Iriz Executive berbanding Perodua Myvi 1.3 G 10

Kedua-dua Proton Iriz Executive dan Perodua Myvi 1.3 G dilengkapi dengan set ciri keselamatan pasif biasa seperti ABS, EBD, kawalan kestabilan dan cengkaman, serta bantuan permulaan bukit.

Inilah sebab mengapa anda patut membeli Proton Iriz Executive berbanding Perodua Myvi 1.3 G 11

Namun begitu, Myvi 1.3 G hanya mempunyai empat beg udara manakala Iriz Executive mempunyai enam beg udara dengan tambahan beg udara tirai. Tetapi seperti yang ditunjukkan oleh nama varian, Myvi 1.3 G dengan PSDA mempunyai AEB, Amaran Berlepas Lorong dan Pencegahan Berlepas Lorong.

Juga baca: Sistem PSDA dinaik taraf untuk Perodua Myvi facelift baharu 2022. Apakah itu PSDA?

Ini adalah pilihan yang sukar bagi kami. Untuk Iriz, anda tidak boleh menafikan keberkesanan beg udara tirai dalam melindungi daripada kecederaan kepala atau kematian sekiranya berlaku perlanggaran sisi. Sebaliknya, ciri AEB pada Myvi adalah penting kerana pencegahan adalah matlamat utama kepada keselamatan jalan raya.

Pengalaman pemanduan – Iriz tetap best

Inilah sebab mengapa anda patut membeli Proton Iriz Executive berbanding Perodua Myvi 1.3 G 12

Varian Active.

Kami belum diberi peluang untuk memandu Myvi 1.3, tetapi kami telah mencuba Myvi 1.5 AV facelift dengan transmisi D-CVT baharu. Apa yang saya boleh katakan ialah transmisi D-CVT lebih sempurna daripada CVT Proton Iriz 2022.

Juga baca: D-CVT Perodua Myvi facelift 2022 – betul ke lagi baik dari transmisi 4-kelajuan automatik?

Transmisi CVT dalam Iriz telah dinaik taraf dan kini jauh lebih baik daripada sebelumnya, tetapi apabila anda memandu kedua-dua hatchback ini secara berturut-turut, anda boleh merasakan perbezaannya. D-CVT Myvi tidak mempamerkan sensasi klac tergelincir yang anda masih boleh rasa di Iriz, manakala pecutan pada kelajuan tinggi terasa lebih langsung.

Juga baca: Rebiu: Proton Iriz Active 2021 - CVT yang diperhalusi, Iriz Active mampu tepis persepsi buruk?

Inilah sebab mengapa anda patut membeli Proton Iriz Executive berbanding Perodua Myvi 1.3 G 13

Varian AV.

Tambahan pula, pada kelajuan 110 km/j, bacaan rpm Myvi berada pada 2,000 rpm. Iriz pula berada sekitar 3,000 rpm. Perbezaan rpm ini akan menjejaskan penggunaan bahan api. Berdasarkan ujian penggunaan bahan api pada varian tertinggi bagi model masing-masing, kita boleh mengagak bahawa Myvi lebih jimat daripada Iriz.

Juga baca: DIUJI - 2022 Perodua Myvi 1.5L CVT lebih jimat minyak daripada Ativa milik kami?

Inilah sebab mengapa anda patut membeli Proton Iriz Executive berbanding Perodua Myvi 1.3 G 14

Varian Active.

Dalam nada yang berbeza, Iriz menawarkan pengalaman pemanduan yang lebih sedap. Sterengnya terasa natural dan responsif. Kawalan olengan badan amat baik dan casis yang komunikatif bermakna anda sentiasa celik dengan keadaan kereta ketika memandu. Myvi bukanlah tak sedap, tetapi Iriz terasa jauh lebih matang dalam bab ini.

Tahap keselesaan – bukan saja sedap untuk dipandu, Iriz juga lebih selesa

Inilah sebab mengapa anda patut membeli Proton Iriz Executive berbanding Perodua Myvi 1.3 G 15

Iriz adalah kereta yang lebih senyap untuk dipandu dan lebih diperhalusi. Contohnya, bunyi tayar pada Iriz tidak sebising Myvi pada sebarang angka kelajuan. Kami telah mengukur tahap kebisingan Iriz dan Myvi varian tertinggi dan berikut adalah hasilnya.

Tahap kebisingan kabin
Kelajuan (km/h) Myvi (dB) Iriz (dB)
60 60 60
90 68 65
110 70 69

Bahkan juga, semua orang tahu tentang kehebatan Proton Ride & Handling yang termasyur. Iriz meluncur dengan indah tak kisah apa jenis permukaan jalan, pada apa saja tahap kelajuan. Sementara itu, suspensi Myvi tidak menangani permukaan rumit dan teruk dengan cukup yakin, kadangkala terasa seperi terlalu lembut.

Senang cerita, Iriz mempunyai pengendalian yang lebih baik daripada Myvi, dan ianya lebih selesa. Betul-betul minta betis tapi dapat juga peha.

Konklusi

Inilah sebab mengapa anda patut membeli Proton Iriz Executive berbanding Perodua Myvi 1.3 G 16

Secara peribadi, saya akan memilih Proton Iriz 1.6 Executive 2022 berbanding Perodua Myvi 1.3 G 2022 dengan PSDA. Pengalaman memandu adalah aspek penting bagi saya dan dengan kuasa tambahan serta casis yang ditala dengan baik, Iriz mempunyai apa yang saya inginkan.

Lebih penting lagi, Iriz adalah kereta yang lebih selesa. Tempat duduk yang lebih besar lebih menyokong dan kabin yang lebih senyap mengurangkan keletihan pada perjalanan yang lebih jauh. Sama ada peminat atau pemandu harian kasual, semua orang boleh menghargai keselesaan tambahan.

Inilah sebab mengapa anda patut membeli Proton Iriz Executive berbanding Perodua Myvi 1.3 G 17

Varian aktif ditunjukkan. Saiz tempat duduk dan arca adalah sama di seluruh barisan varian Iriz.

Saya juga lebih suka bahagian dalaman Iriz. Ia mempunyai tempat duduk kulit dan sistem maklumat hiburan skrin sentuh manakala Myvi tidak menawarkan Bluetooth. Pasti, Myvi lebih luas, tetapi Iriz juga tidaklah sempit.

Juga baca: Proton Iriz 2022 facelift – Baloi bayar RM 7,000 lebih untuk varian Active?

Inilah sebab mengapa anda patut membeli Proton Iriz Executive berbanding Perodua Myvi 1.3 G 18

Tetapi ini hanyalah minat saya secara peribadi; adakah anda akan menukar lebih kuasa untuk kecekapan bahan api, lebih banyak ciri dalaman dan keselesaan untuk lebih banyak ruang, atau mungkin enam beg udara untuk AEB? Kongsikan pendapat anda di bahagian komen.

@wapcar_zamil

160 km/h confirm tak goyang! ##learnontiktok ##fypmalaysia ##carmalaysia ##belajaronline ##kelastiktok ##fypmalaysia🇲🇾 ##proton ##protoniriz ##iriz ##perodua ##myvi ##malaysia ##fyp

♬ Despair (抖音热播) - 初梦

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Proton Iriz 1.3 Standard CVT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda