window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rebiu: Proton Iriz Active 2021 - CVT yang diperhalusi, Iriz Active mampu tepis persepsi buruk?

Haris · Oct 23, 2021 08:00 PM

Rebiu: Proton Iriz Active 2021 - CVT yang diperhalusi, Iriz Active mampu tepis persepsi buruk? 01

Apa yang anda cari dalam sebuah kenderaan harian? Kami mambayangkan - kecekapan bahan api, ruang, dan kos penyelenggaraan yang rendah. Dengan kriteria tersebut, tidak hairanlah Perodua Myvi mendahului carta jualan kereta terlaris di Malaysia tanpa sebarang masalah.

Percubaan Proton untuk mencuri pasaran, dan mungkin masih berlaku, adalah dengan Proton Iriz. Ternyata perancangan itu tidak berjalan seperti yang diharapkan oleh Proton tetapi dalam diam, ramai yang memuja Proton Iriz. Kekurangan terbesarnya adalah transmisi CVT, yang tetap menawarkan kemas kini dalam setiap jelmaan tanpa lelah.

Rebiu: Proton Iriz Active 2021 - CVT yang diperhalusi, Iriz Active mampu tepis persepsi buruk? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Selain itu, perubahan terbesar untuk jelmaan kali ini adalah varian Active, hatchback dengan gaya SUV. Adakah ia sekadar gimik atau lebih dari itu? Ikuti kupasan kami dalam rebiu kali ini.

Rekaan luar - 'Cladding' di mana-mana

Rebiu: Proton Iriz Active 2021 - CVT yang diperhalusi, Iriz Active mampu tepis persepsi buruk? 01

Model Proton Iriz yang dipandu uji di sini adalah varian Active, dengan elemen gaya crossover seperti pelapis hitam di sisi kereta dan rel bumbung. Maklum balas umum pada bahagian luarnya agak negatif, kebanyakan ditujukan kepada lapisan tersebut.

Rebiu: Proton Iriz Active 2021 - CVT yang diperhalusi, Iriz Active mampu tepis persepsi buruk? 02

Secara peribadi, kami juga cenderung untuk bersetuju. Varian Executive yang lebih rendah tanpa pelapis hitam kelihatan lebih bersih dan kemas. Sudahkah anda melihatnya?

Rebiu: Proton Iriz Active 2021 - CVT yang diperhalusi, Iriz Active mampu tepis persepsi buruk? 03

Varian Executive

Lampu depan model facelift kali ini adalah LED untuk varian teratas, namun kedudukan lampu halogen mencetuskan OCD dengan perbezaan warna suhu. Menukar unit lampu halogen dengan unit LED mungkin merupakan perkara pertama yang patut dilakukan sekiranya saya membeli Iriz Active.

Rebiu: Proton Iriz Active 2021 - CVT yang diperhalusi, Iriz Active mampu tepis persepsi buruk? 04

Tiada lagi jalur krom berbentuk busur pada gril hadapan, kini tampil dengan warna hitam kilat bersama dengan bumbung dan spoiler belakang yang lebih bersepadu. Kemas kini visual ini lebih menyenangkan tetapi rupa adalah subjektif.

Rebiu: Proton Iriz Active 2021 - CVT yang diperhalusi, Iriz Active mampu tepis persepsi buruk? 05

Rim dibesarkan kepada ukuran 16-inci, dibalut dengan tayar berprofil 185/55, yang menjadikannya satu inci lebih besar daripada sebelum ini (rim 15-inci dengan kelebaran dan profil tayar yang sama). Hal ini sedikit sebanyak menjelaskan peningkatan ketinggian secara keseluruhan, di mana aspek peningkatan ketinggian lain adalah rel bumbung.

Kabin dalaman - Kemaskini yang dialu-alukan

Rebiu: Proton Iriz Active 2021 - CVT yang diperhalusi, Iriz Active mampu tepis persepsi buruk? 06

Rekaan dalaman adalah tempat yang lebih menarik. Papan pemuka yang direka bentuk semula melihat paparan infotainment gaya terapung dan terdapat juga konsol tengah yang sama sekali baru dengan sandaran tangan.

Rebiu: Proton Iriz Active 2021 - CVT yang diperhalusi, Iriz Active mampu tepis persepsi buruk? 07

Mari kita bincang mengenai aspek yang paling menonjol di sini - unit skrin sentuh 8-inci yang baru.

Secara ringkasnya, ia agak mengecewakan. But mula memakan masa lebih lama daripada yang saya jangkakan, di samping skrin itu sendiri tidak cukup terang pada hari siang, dengan operasi yang agak lambat.

Rebiu: Proton Iriz Active 2021 - CVT yang diperhalusi, Iriz Active mampu tepis persepsi buruk? 08

Sistem infotainment Proton Saga terasa lebih mudah digunakan dengan lebih interaksi (kedua-duanya dicuba secara silih berganti). Ciri arahan suara pula salah mengambil arahan hampir separuh masa di mana situasi akhirnya kedengaran seperti bertikam lidah dengan sistem infotainment tersebut.

Rebiu: Proton Iriz Active 2021 - CVT yang diperhalusi, Iriz Active mampu tepis persepsi buruk? 09

Walaubagaimanapun, masalah ini adalah sesuatu yang dapat diperbaiki melalui kemas kini perisian dan kami percaya bahawa Proton dan ACO Tech akan bertungkus-lumus untuk terus menyempurnakan perisian ini.

Rebiu: Proton Iriz Active 2021 - CVT yang diperhalusi, Iriz Active mampu tepis persepsi buruk? 10

Unit kawalan digital baru untuk penyaman udara sangat mudah untuk digunakan dan terdapat slot di bawahnya yang muat untuk kebanyakan telefon pintar moden. Namun, ia tidak lagi berfungsi sekiranya telefon anda dicas kerana ia tidak cukup dengan untuk penggunaan kabel.

Rebiu: Proton Iriz Active 2021 - CVT yang diperhalusi, Iriz Active mampu tepis persepsi buruk? 11

Beralih ke kualiti binaan dan bahan pula. Kualiti bahan terpuji kerana titik harganya yang rendah, sedikit lebih baik daripada Perodua Myvi dengan sisi yang kurang tajam di sekitar plastik. Kualiti binaan didakwa bertambah baik tetapi sejujurnya, terdengar bunyi bising dari layar sesentuh pada kereta uji kami.

Rebiu: Proton Iriz Active 2021 - CVT yang diperhalusi, Iriz Active mampu tepis persepsi buruk? 12

Kami juga memandu uji Proton Persona facelift 2022 pada waktu yang sama dan juga mengalami masalah bunyi yang sama. Secara amnya, kami tidak akan membicarakan perkara-perkara terpencil seperti ini tetapi apabila terdapat 2 buah kereta dengan masalah yang sama, masalah ini wajar diketengahkan.

Rebiu: Proton Iriz Active 2021 - CVT yang diperhalusi, Iriz Active mampu tepis persepsi buruk? 13

Pada bahagian lain dalam kabin, ia mirip dengan model sebelum facelift. Dari sudut ruang, terdapat dua bola tenis ruang kaki dan satu bola tenis di ruang kepala untuk individu setinggi 175 cm. Tidak seluas Myvi, tetapi memadai.

Sensasi Pemanduan - Lebih baik daripada dahulu

Rebiu: Proton Iriz Active 2021 - CVT yang diperhalusi, Iriz Active mampu tepis persepsi buruk? 14

Setelah memandu semua model Proton Iriz sejak pertama kali dilancarkan, setiap facelift atau generasi yang ditawarkan terasa kemajuannya. Pada model awal, Proton Iriz terasa kurang halus; misalnya transmisi CVT yang tidak berfungsi dengan lancar dan kabin yang bergegar sehingga mengganggu sensasi pemanduan.

Rebiu: Proton Iriz Active 2021 - CVT yang diperhalusi, Iriz Active mampu tepis persepsi buruk? 15

Model tahun 2017 memberikan penambahbaikan dan kalibrasi transmisi, yang menjadikan Iriz lebih senyap dan CVT lebih responsif. Walau bagaimanapun, ia masih tidak konsisten dalam situasi henti-jalan, melambung ke depan pada keadaan trafik merangkak.

Rebiu: Proton Iriz Active 2021 - CVT yang diperhalusi, Iriz Active mampu tepis persepsi buruk? 16

Model tahun 2019 pula menjadikan Proton Iriz lebih responsif, tetapi transmisi masih gagal dalam keadaan trafik merangkak. Masih kurang konsisten; kadang-kadang ia akan bergerak dengan perlahan, dan pada masa yang lain ia dapat bergerak dengan lancar.

Rebiu: Proton Iriz Active 2021 - CVT yang diperhalusi, Iriz Active mampu tepis persepsi buruk? 17

Pecutan 0-100 km/j dalam 12 saat tepat, jarak brek mencatatkan 42 meter

Dalam Proton Iriz facelift 2022 ini, kami dengan senang hati melaporkan bahawa transmisi CVT kini boleh diterima dalam keadaan trafik berat. Ia bergerak ke hadapan secara semula jadi apabila pedal brek dilepaskan dan dipercepatkan dengan beransur semasa pendikit ditekan.

Sekiranya anda mencari karakter 'menerkam' seperti sebelum ini, ia masih dapat dirasai dengan menekan pendikit secara tiba-tiba semasa mula berganjak. Begitulah karakter transmisi CVT berasaskan klac secara asasnya dan tiada kalibrasi yang dapat mengubah tingkah laku tersebut.

Baca: Proton ingin menggunakan transmisi 6-kelajuan pada Iriz / Persona, tapi kenapa CVT dikekalkan?

Rebiu: Proton Iriz Active 2021 - CVT yang diperhalusi, Iriz Active mampu tepis persepsi buruk? 18

Sekarang, transmisi CVT sudah cukup konsisten pada suatu tahap yang tidak mengganggu dalam pemanduan harian. Malah, kami rasa transmisi CVT tidak boleh 'dikambinghitamkan' untuk Proton Iriz lagi.

Sebahagian daripada kemas kini CVT ini adalah fungsi Neutral Idle Control yang melepaskan penyambung semasa dalam keadaan tidak aktif untuk mengurangkan ketegangan pada transmisi. Bahagian kemaskini lain adalah mod Eco dengan pelepasan penyambung untuk pemanduan di bawah 70 km/j. Ciri-ciri ini berfungsi dengan lancar di sebalik tabir.

Rebiu: Proton Iriz Active 2021 - CVT yang diperhalusi, Iriz Active mampu tepis persepsi buruk? 19

Tugas kalibrasi juga sedikit menurunkan 'semangat'; tidak lagi teruja untuk mengubah kepantasan seperti model tahun 2019 dan mempunyai pemanduan yang lebih matang. Memilih mod nisbah tahap (Stepped Ratio) akan mengembalikan keterujaan tersebut.

Rebiu: Proton Iriz Active 2021 - CVT yang diperhalusi, Iriz Active mampu tepis persepsi buruk? 20

Selain daripada kalibrasi transmisi, pemandua Iriz masih seperti biasa. Stereng mempunyai berat yang baik dan terasa semula jadi. Suspensi terasa lentur namun mengekalkan tahap kawalan badan yang baik. Terasa agak berat di selekoh tetapi casis berkomunikasi dengan baik, bermaksud anda akan mengetahui apa yang berlaku setiap masa.

Keselesaan Pemanduan - Pelarasan suspensi terbaik

Rebiu: Proton Iriz Active 2021 - CVT yang diperhalusi, Iriz Active mampu tepis persepsi buruk? 21

Tiada dua cara untuk mengungkapnya, sistem gantungan Proton Iriz ini sangat hebat. Proton Iriz adalah contoh bagaimana untuk mencapai keseimbangan sempurna antara keselesaan dan pengendalian. Proton Ride and Handling telah mendapat pujian yang adil dan semuanya bukan sekadar omong kosong.

Rebiu: Proton Iriz Active 2021 - CVT yang diperhalusi, Iriz Active mampu tepis persepsi buruk? 22

Sama ada pada kelajuan rendah atau tinggi, Proton Iriz terus mengalir di semua jenis jalan. Ketidaksempurnaan jalan diserap dengan baik tanpa rasa menuunam, dan cepat kembali ke posisi asal di atas bonggol yang lebih besar. Perodua Myvi hanya boleh bermimpi untuk mempunyai sistem penggantungan yang sebaik ini.

Rebiu: Proton Iriz Active 2021 - CVT yang diperhalusi, Iriz Active mampu tepis persepsi buruk? 23

Tempat duduk baris belakang juga selesa, dengan sokongan paha dan sisi yang baik. Tidak hairan, kerusi ini telah dikekalkan sejak kemas kini tahun 2017.

Rebiu: Proton Iriz Active 2021 - CVT yang diperhalusi, Iriz Active mampu tepis persepsi buruk? 24

Dari segi tahap kebisingan kabin, agak baik pada tahap harganya. Bunyi trenkuasa jelas kedengaran ketika dipecut dengan agresif tetapi memudar ke latar belakang semasa pelayaran. Bunyi tayar terdengar tanpa mengganggu pemanduan. Walaubagaimanapun, bunyi angin makin ketara pada kelajuan tiga digit.

Tahap kebisingan Proton Iriz 2022
60 km/j 60 dB
90 km/j 65 dB
110 km/j 69 dB

Penggunaan minyak - Lebih penjimatan berbanding sebelum

Rebiu: Proton Iriz Active 2021 - CVT yang diperhalusi, Iriz Active mampu tepis persepsi buruk? 25

Dua ujian penggunaan bahan api dilakukan dengan ujian pertama mencatatkan 7.4 liter / 100 km dari perjalanan 101.8 km dan isian minyak sebanyak 7.57 liter.

Rebiu: Proton Iriz Active 2021 - CVT yang diperhalusi, Iriz Active mampu tepis persepsi buruk? 26

Ujian kedua mencatatkan 8.8 liter / 100 km dari perjalanan 115.1 km yang memerlukan 10.11 liter untuk mengisi tangki minyak.

Rebiu: Proton Iriz Active 2021 - CVT yang diperhalusi, Iriz Active mampu tepis persepsi buruk? 27

Ini memberi kita penggunaan bahan api yang dikira rata-rata 8.1 liter / 100 km.

Sebagai perbandingan, Proton Iriz 2019 mencatatkan 8.4 liter / 100 km. Hal ini bermaksud Proton Iriz facelift 2022 sememangnya telah meningkatkan kecekapan bahan api seperti yang didakwa Proton.

Baca: Kami telah menguji kecekapan minyak Proton Iriz & Persona 2022 baru - lebih baik daripada sebelumnya?

Konklusi

Rebiu: Proton Iriz Active 2021 - CVT yang diperhalusi, Iriz Active mampu tepis persepsi buruk? 28

Proton Iriz facelift 2022 menampilkan peningkatan yang diperhalusi terbaik yang pernah ditawarkan. Ia kini selangkah menghampiri kesempurnaan dengan peningkatan dari masa ke semasa.

Berita baik, transmisi CVT sekarang cukup konsisten untuk tidak mengganggu pemanduan harian dan perubahan itu juga menjadikan Iriz lebih efisien bahan api.

Rebiu: Proton Iriz Active 2021 - CVT yang diperhalusi, Iriz Active mampu tepis persepsi buruk? 29

Walau bagaimanapun, Proton Iriz masih kurang effisien mahupun seluas Perodua Myvi. Di atas kertas, Perodua Myvi mengalahkan Iriz, terutamanya dengan penambahan ADAS. Tetapi kita tidak memandu kertas dan jika anda gemar memandu, Proton Iriz mungkin akan memuaskan anda dalam aspek pemanduan.

Baca: Proton Persona & Iriz 2022 masih tiada ADAS tapi satu ciri ini setiap kereta 'wajib' ada!

Rebiu: Proton Iriz Active 2021 - CVT yang diperhalusi, Iriz Active mampu tepis persepsi buruk? 30

Jika anda mahu tampil dengan berbeza di atas jalan, selesa dengan pemanduan yang mantap, Proton Iriz adalah jawapannya. Adakah varian Active ini berbaloi untuk dimiliki? Secara peribadinya model Executive yang lebih murah tampil cukup menarik namun masih mempunyai karakter yang sama. Namun, tiada salahnya untuk tampil dengan varian Active. Siapa tahu dengan angka jualan yang sedikit akan dapat memperbaiki reputasi nilai jualan semula? 

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Proton Iriz 1.3 Standard CVT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda