window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton Iriz, Persona catat 2.1k unit jualan selepas facelift, Saga kekal terlaris dengan 3.9k!

Haris · Oct 5, 2021 06:25 PM

Proton Iriz, Persona catat 2.1k unit jualan selepas facelift, Saga kekal terlaris dengan 3.9k! 01

Bulan pertama dimana keadaan pasaran automotive kembali pulih selepas PKP merupakan satu bulan yang sangat produktif bagi syarikat pembuat kereta tempatan, Proton. Dengan jualan kenderaan sebanyak 10,380 unit, syarikat berjaya mengekalkan kedudukan kedua di Malaysia.

Pada masa yang sama, pegangan pasaran dianggarkan sekitar 23.9% yang bersandaran kepada anggaran jumlah keseluruhan industri (TIV) sekitar 43,500 unit. Secara keseluruhan, pegangan pasaran bagi 2021 berada pada 23%, jika dibandingkan dengan angka penutup sebanyak 20.7% tahun lalu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Proton Iriz, Persona catat 2.1k unit jualan selepas facelift, Saga kekal terlaris dengan 3.9k! 01

Prestasi jualan Proton pada bulan September 2021 dipacu oleh jualan Proton Saga. Sebanyak 3,907 unit sedan segmen-A itu dijual bulan lepas, satu pencapaian yang bukan sahaja menerajui segmennya, tetapi juga membolehkan model paling popular syarikat menduduki tempat teratas bagi jualan model secara individu.

Proton Iriz, Persona catat 2.1k unit jualan selepas facelift, Saga kekal terlaris dengan 3.9k! 02

Pada masa yang sama, jualan SUV Proton terus kekal utuh dengan peningkatan penyerahan kedua-dua kenderaan siri-X untuk memenuhi permintaan.

Kedua-dua model mengungguli segmen mereka dengan 2,431 unit Proton X50 diserahkan pada bulan September sementara jualan Proton X70 sebanyak 1,577 unit. Secara keseluruhan, 27,312 unit SUV telah dijual oleh syarikat pada tahun 2021, bersamaan 37.4% jualan keseluruhan tahunan syarikat sebanyak 73,017 unit.

Proton Iriz, Persona catat 2.1k unit jualan selepas facelift, Saga kekal terlaris dengan 3.9k! 03

Model Persona dan Iriz 2022 baharu pula mencatatkan jualan bulan pertama yang memberangsangkan. Walaupun bahagian produksi terkesan oleh kekurangan bekalan komponen, Proton masih mampu untuk menyerahkan 1,440 unit Persona dan 749 unit Iriz, yang juga menampilkan varian Iriz Active.

Proton Iriz, Persona catat 2.1k unit jualan selepas facelift, Saga kekal terlaris dengan 3.9k! 04

“Kami amat berpuas hati dengan pencapaian baik PROTON pada bulan September. Sebenarnya, kami mampu untuk menjual lebih dari 10,380 unit yang diperolehi, tetapi konteks harus diberikan kepada prestasi kami kerana Malaysia dalam proses pemulihan pandemik yang masih lagi memberi kesan kepada pembekal-pembekal industri automotif.

Proton Iriz, Persona catat 2.1k unit jualan selepas facelift, Saga kekal terlaris dengan 3.9k! 05

Situasi kini bertambah baik, tetapi kekurangan bekalan cip dan komponen lain adalah isu yang tidak akan selesai dalam masa yang singkat, jadi kami harus berhati-hati apabila membuat anggaran jualan kerana kapasiti produksi tertakluk kepada perubahan semasa.”

“Oleh itu, bagi tiga bulan akhir tahun ini, Proton akan menumpukan perhatian untuk menyerahkan sebanyak mungkin kenderaan kepada pelanggan yang telah mebuat tempahan. Menyelesaikan masalah permintaan yang tertangguh akan membolehkan lebih banyak jualan pada tahun hadapan dan membantu kita untuk maju kehadapan dengan perancangan untuk meluaskan lagi rangkaian produk yang boleh diberikan kepada pasaran tempatan dan eksport,” kata Roslan Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar. 

Proton Iriz, Persona catat 2.1k unit jualan selepas facelift, Saga kekal terlaris dengan 3.9k! 06

Berikutan semua negeri berada pada Fasa 2 atau lebih dalam Pelan Pemulihan Negara, semua rangkaian jualan dan pusat servis Proton telah dibuka di seluruh negara.

Sementara operasi akan dikawal dengan SOP ketat untuk memastikan jumlah orang yang terhad di dalam premis, pelanggan yang telah mendapat vaksinasi penuh dialu-alukan untuk ke bilik pameran untuk melihat dan pandu uji semua tawaran produk syarikat.

Proton Iriz, Persona catat 2.1k unit jualan selepas facelift, Saga kekal terlaris dengan 3.9k! 07

“Sementara kita menyaksikan pertumbuhan pada angka tempahan dalam talian, Proton dan wakil jualannya telah membuat pelaburan besar untuk menambah baik rangkaian jualan dan servis sejak beberapa tahun lalu.

Pengalaman jenama terbaik masih diberikan secara peribadi, jadi kami telah adaptasi prosedur operasi baharu bagi menyesuaikan diri dalam situasi pandemik,” tambah Roslan Abdullah.

Angka jualan Proton September 2021
Model Unit Jualan
Saga 3,907
X50 2,431
X70 1,577
Persona 1,440
Iriz 749
Exora 272

 

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Proton Iriz 1.3 Standard CVT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda