window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Review Pemilik: Proton Iriz 2022 Standard saya - Murah dan seronok!

Mersita · May 14, 2023 02:00 PM

Review Pemilik: Proton Iriz 2022 Standard saya - Murah dan seronok! 01

Maklumat asas

Proton Iriz 1.3 Standard 2022

Review Pemilik: Proton Iriz 2022 Standard saya - Murah dan seronok! 02

Sebab saya membeli kereta ini

Pertama sekali, ketika itu saya perlukan kereta secepat mungkin. Kereta ini akan menjadi jentera harian, hujung minggu, pendek cerita hari-hari. Saya perlukan sebuah kereta yang tahan dengan gaya pemanduan kasar saya yang kadang-kadang muncul. Tak perlu terlalu berkuasa pun, memandangkan bajet saya tak besar.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Review Pemilik: Proton Iriz 2022 Standard saya - Murah dan seronok! 01

Proses pemilihan kereta

Kami ada bajet RM 43,000.

Antara model yang saya turut saya pertimbangkan ialah Proton Saga Premium AT atau Perodua Myvi FL 1.3 Standard.

Sebab saya memilih Proton Iriz 1.3 Standard 2022

Seperti yang saya katakan, saya perlukan kereta sepantas boleh. Saya berulang-alik ke Proton dan Perodua untuk membandingkan model serta tempoh menunggunya. Beberapa pembantu jualan Perodua memberitahu saya yang Axia dan Myvi akan mengambil masa 4-6 bulan untuk tiba. Bagi Saga pula, 3-4 bulan; manakala Iriz 3-4 bulan tempoh menunggu.

Maka, saya pun pilih Iriz. Saya pernah memandu Saga, Axia dan Myvi (pra-FL), tapi tak pernah memandu Iriz lagi. Ya, saya beli Iriz ini tanpa memandu-ujinya terlebih dahulu.

Adakah saya menyesal? Teruskan membaca.

Review Pemilik: Proton Iriz 2022 Standard saya - Murah dan seronok! 02

Pengalaman pengguna Proton Iriz 1.3 Standard 2022

Saya sudah memandunya sejauh 11,000 km.

Purata penggunaan minyak kereta ini ialah 5.5 – 7.0 liter/km.

Review Pemilik: Proton Iriz 2022 Standard saya - Murah dan seronok! 03

Saya akan bahagikan kepada beberapa bahagian; pemanduan, kualiti, dan keseluruhan.

Prestasi Pemanduan – Kuasanya mencukupi untuk sebuah kereta 1.3L. Pecutan kelajuan rendah cukup bagus dengan tambahan baru fungsi “SAT” (saya tahu mereka ada fungsi ini dulu dengan Saga FLX tapi, masih baru pada Iriz) dengan CVT pada Persona dan Iriz 2022. Ketika dipandu dengan laju melebihi 130 km/j, boleh rasa enjinnya bergelut untuk memecut. Tapi tak apa, siapa yang pandu selaju itu pun setiap hari?

Sport mode bukannya sekadar gimik di sini – ia kekalkan nisbah gear lebih lama dan saya boleh raasakan kereta ini ‘lebih ringan’ berbanding normal mode. Ia terasa lebih mudah untuk mencapai kelajuan puncak Iriz (160 – 170 km/j) dengan Sport mode. Jangan kecam, ya. Hehe.

Review Pemilik: Proton Iriz 2022 Standard saya - Murah dan seronok! 04

Dinamik Pemanduan – Di sini saya ceritakan betapa bagusnya kereta ini kendalikan corner. Apa-apa pun, ia masih Proton. Ia boleh corner dengan sangat bagus walaupun dengan tayar ‘stock’ Atlas AS380. Pengendaliannya di atas jalan basah juga cukup hebat. Genting, Batang Kali – saya memandu dengan senyuman di wajah di setiap selekoh. Tak perlu ragu-ragu dan serba salah untuk memandu lebih laju sedikit dengan Iriz di jalan raya berselekoh.

Sekarang kita cakap pula tentang kelemahan terbesar Proton iaitu kualiti. Saya sendiri tak terlepas daripada ‘defect’ kilang. Saya dapat beberapa ‘defect’ kilang contohnya kereta tak dapat kesan hud terbuka (boleh kunci dengan hud terbuka), panel aircond digital LED berkelip apabila suhu ditetapkan pada tahap 5, absorber sebelah pemandu berbunyi pelik setiap kali saya lalu bonggol jalan. Tapi, tak perlu risau kerana semuanya dilindungi waranti.

Keseluruhannya – Puas hati dengan wang yang dibelanjakan untuk kereta ini. Ia bukannya kereta RM 200k pun. Ia melangkaui jangkaan saya untuk kereta berharga RM 40k+.

Review Pemilik: Proton Iriz 2022 Standard saya - Murah dan seronok! 05

Kelebihan Proton Iriz 1.3 Standard saya

  • 4 beg udara untuk varian standard
  • Speaker original dari kilang hebat
  • Ruang kabin tak nampak macam kereta spec standard
  • Tempat duduk semi-bucket ‘best’

Kekurangan Proton Iriz 1.3 Standard saya

  • Dapat beberapa ‘defect’ dari kilang
  • Hanya ada 2 speaker, walaupun kedua-duanya berkualiti
  • Tiada keyless entry dan butang push start
  • Tiada spoiler standard, nampak buruk

Review Pemilik: Proton Iriz 2022 Standard saya - Murah dan seronok! 06

Penilaian Proton Iriz 1.3 Standard saya

Skor penuh: 4/5

Prestasi: 4/5

Kualiti & Kelengkapan: 3/5

Ruang kabin: 4/5

Keselesaan pemanduan: 5/5

Penjimatan minyak: 4/5

Harga & Kos: 5/5

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, saya tak menyesal membeli Iriz 2022. Ia padan dengan semua keperluan saya untuk kereta harian. Memandangkan penggunaan minyak dan nilai jualan semula tak penting bagi saya, Iriz ialah kereta yang sempurna untuk saya dan gaya pemanduan saya.

Review Pemilik: Proton Iriz 2022 Standard saya - Murah dan seronok! 07

Kisah menarik tentang Proton Iriz 1.3 Standard saya

Ada banyak, tapi saya kongsi 1-2 untuk anda. Sejurus selepas saya mengambil kereta di bilik pameran, saya terus naik ke Genting. Pandu slow? Tidak, saya tak peduli pun nak ‘break in’ kereta baru ini.

Memandangkan saya memandu kereta ini untuk outstation kerja, ada beberapa ‘kejadian’ yang berlaku di lebuh raya. Salah satu daripadanya ialah lampu amaran CVT ‘overheat’ menyala. Ketika itu saya memandu berulang-alik dari KL – Kuantan – KL dalam sehari, dan kereta tak sempat sejuk dengan baik. Saya memandu balik dari Kuantan – KL pada kelajuan 150 – 170 km/j apabila lampu amaran ini menyala. Adakah saya takut? Jujurnya saya takut sikit memandangkan CVT Proton mudah rosak. Saya pun memperlahankan kereta kepada 100 km/j selama beberapa minit dan laju semula apabila lampu amaran itu padam. Selepas itu, ia tak pernah lagi menyala.

Terima kasih kepada semua pembaca, saya harap anda seronok membaca perkongsian pengalaman saya bersama Iriz.

Jika anda ingin mencari Proton Iriz terpakai, pastikan kereta berkenaan nampak elok dan didatangkan sekali dengan sejarah servis yang komprehensif. Ataupun, anda boleh lihat unit-unit bagus Proton Iriz di Carsome, ditawarkan dengan diskaun tunai menarik dan pakej ‘tinting’ percuma untuk masa terhad.


📢📢Berminat nak kongsi pengalaman pemilikan anda?

Setelah membaca ratusan kisah Review Pemilik yang dihantar kepada kami, adakah anda berminat untuk berkongsi kisah pemilikan anda sendiri? WapCar dengan berbesar hati menjemput ANDA untuk berkongsi kisah sebenar tentang pengalaman anda bersama kereta anda!

Anda mungkin menerima saguhati istimewa daripada WapCar! Daftar sekarang untuk lebih banyak info! Kami di WapCar akan menghubungi anda setelah anda berjaya mendaftar.

Review Pemilik: Proton Iriz 2022 Standard saya - Murah dan seronok! 08

 

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Proton Iriz 1.3 Standard CVT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda