window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Review Pemilik: VW Polo Hatchback 1.6MPI 2017 saya - Takde DSG, takde hal?

Mersita · Feb 4, 2023 10:00 AM

Review Pemilik: VW Polo Hatchback 1.6MPI 2017 saya - Takde DSG, takde hal? 01

Maklumat Asas

2017 Volkswagen Polo Hatchback 1.6MPI RM56,000

Review Pemilik: VW Polo Hatchback 1.6MPI 2017 saya - Takde DSG, takde hal? 02

Sebab saya membeli kereta ini

  • Untuk turun-naik kerja setiap hari
  • Pilihan paling murah (pada masa itu)
  • Terpakai (unit test drive)

Review Pemilik: VW Polo Hatchback 1.6MPI 2017 saya - Takde DSG, takde hal? 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Proses pemilihan kereta

Saya ada bajet RM 70,000

Antara model yang saya pernah pertimbangkan termasuk Honda Jazz terpakai, Mazda 2 terpakai, Proton Iriz serba baru

Sebab saya memilih kereta ini

  • Handling bagus dan selesa
  • Rasa padu/solid
  • Dilengkapi aircond belakang

Review Pemilik: VW Polo Hatchback 1.6MPI 2017 saya - Takde DSG, takde hal? 01

Pengalaman pengguna

Saya sudah capai mileage 84,000 km.

Sejak saya memiliki kereta ini, pendapat saya tentangnya ialah:

Pengalaman pemilikan secara keseluruhannya positif walaupun ia ada kekurangan.

Kereta ini berkhidmat dengan baik untuk saya sehingga ke hari ini. Ramai yang meraguinya pada mulanya dan sering bertanya kenapa saya membeli kereta ini (termasuklah ahli keluarga saya) serta mengapa saya tak beli kereta Jepun. Saya disoal banyak kali pada tahun pertama memiliki kereta ini.

Sudah dijelaskan banyak kali yang model ini bukannya dari gearbox DSG bermasalah, sebaliknya ia dari gearbox 6AT Aisin. Bagaimanapun, kuasa tariknya tak boleh dibandingkan dengan DSG tapi cukup untuk pemanduan harian. Lebih mengejutkan, salah seorang rakan saya akhirnya membeli model yang sama untuk dirinya sendiri.

Review Pemilik: VW Polo Hatchback 1.6MPI 2017 saya - Takde DSG, takde hal? 02

Perjalanan saya dengan kereta ini memang hebat lebih-lebih lagi dalam perjalanan jauh. Saya tak pernah rasa penat ketika memandu, ia cukup selesa dan senyap walaupun pada kelajuan tinggi. Bunyi yang dapat didengari hanyalah bunyi enjin dan jalan raya bergantung pada permukaan jalan pada kelajuan tinggi.

Rupa luaran kereta ini tidak begitu mengagumkan bagi saya. Namun bagi ruang dalamannya pula, pakej-pakejnya diposisikan secara ergonomik. Butang dan punat mudah dicapai dan terasa kukuh. Tempat duduknya selesa, armrest tengah cukup support untuk perjalanan jauh, dan juga ada aircond untuk penumpang di belakang.

Beberapa ubahsuai juga sudah dibuat. Lampu depan saya ganti dengan LED projector dengan DRL asal didatangkan dengan halogen reflectors. Ini dibuat untuk pencahayaan lebih baik kereta perjalanan harian saya bermula pada awal pagi. Ia juga dinaiktaraf dengan rim ringan 17 inci dan spoiler belakang (tak pasti ada function atau tak) sekadar untuk kosmetik.

Malangnya, kos maintenance agak tinggi sedikit jika dibandingkan dengan pesaingnya. Tapi, sekurang-kurangnya servis boleh dibuat setahun sekali atau setiap 15,000 km.

Review Pemilik: VW Polo Hatchback 1.6MPI 2017 saya - Takde DSG, takde hal? 03

Kelebihan kereta saya

  • Handling padu
  • Selesa
  • Aircond di tempat duduk belakang

Review Pemilik: VW Polo Hatchback 1.6MPI 2017 saya - Takde DSG, takde hal? 04

Kekurangan kereta saya

  • Kos tinggi sedikit untuk maintain
  • Kurang kelengkapan keselamatan (VSC pun tak ada)
  • Tak ada turbo

Review Pemilik: VW Polo Hatchback 1.6MPI 2017 saya - Takde DSG, takde hal? 05

Penilaian

Skor keseluruhan: 3/5

Prestasi: 3/5

Kualiti & kelengkapan: 3/5

Ruang: 3/5

Keselesaan pemanduan: 4/5

Penjimatan minyak: 3/5

Harga & kos: 4/5

Review Pemilik: VW Polo Hatchback 1.6MPI 2017 saya - Takde DSG, takde hal? 06

Review Pemilik: VW Polo Hatchback 1.6MPI 2017 saya - Takde DSG, takde hal? 07

Rumusan

VW Polo 1.6 “yang boleh dipercayai”, tapi ada pengorbanannya.

Kitaran maintenance adalah setahun sekali atau 15,000 km, mana-mana yang sampai dahulu. Servis major pertama dibuat 2 tahun sekali

Barang maintenance termasuklah: Minyak enjin, oil filter, drain plug (setiap kali servis) selalunya makan kos sekitar RM 300 – 500, brake fluid, minyak ATF, ATF washer (setiap 2 tahun) sekitar RM 700 – 1000

Alat ganti yang ditukar: Satu set suspension shock absorbers (RM 2,300), steering rack (RM 1,500)

Wear and tear: Brake pad (RM 250), brake disc (RM 350), blade wiper (RM 50), satu set tayar (RM 1,500).

Semua item di atas sudah diganti.

📢📢Berminat nak kongsi pengalaman pemilikan anda?

Setelah membaca ratusan kisah Review Pemilik yang dihantar kepada kami, adakah anda berminat untuk berkongsi kisah pemilikan anda sendiri? WapCar dengan berbesar hati menjemput ANDA untuk berkongsi kisah sebenar tentang pengalaman anda bersama kereta anda!

Anda mungkin menerima saguhati istimewa daripada WapCar! Daftar sekarang untuk lebih banyak info! Kami di WapCar akan menghubungi anda setelah anda berjaya mendaftar.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Volkswagen Polo 1.6L Comfortline

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda