window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pandu uji Honda City Hatchback - sedan tak semestinya lebih baik, ini dah cukup?

Haris ยท Aug 6, 2022 11:59 AM

Pandu uji Honda City Hatchback - sedan tak semestinya lebih baik, ini dah cukup? 01

Pujangga ada menyebut bahawa lelaki adalah makhluk visual dan menggemari bentuk bulat justeru apabila terdapat model dengan bahagian belakang yang melengkung, tentulah ramai lelaki yang akan tertarik secara semula jadi.

Model tersebut tidak lain dan tidak bukan adalah Kim Kardashian Honda City Hatchback, pengganti kepada model Honda Jazz yang telah dihentikan jualan.

Pandu uji Honda City Hatchback - sedan tak semestinya lebih baik, ini dah cukup? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Estetika visual merupakan suatu aspek sakral dalam penjualan kenderaan. Malah, tarikan dan kelebihan Honda City Hatchback kebanyakannya adalah dari segi visual - saiznya kompak, kabin dalaman dipersembahkan kemas dan praktikaliti Ultra Seat. Kesemuanya boleh dilihat sendiri tanpa perlu merasa atau mengira - berbeza daripada sesetengah jenama yang menawarkan "pemanduan sedap" atau sekadar "paling murah dalam pasaran".

Pandu uji Honda City Hatchback - sedan tak semestinya lebih baik, ini dah cukup? 01

Melihat dan membaca spesifikasi tidak memberikan imej yang menyeluruh. Wapcar BM berpeluang memandu uji Honda City Hatchback dalam satu jangka masa panjang - 2 minggu di musim perayaan - di mana ia turut memberikan suatu perspektif baharu dalam aspek pemilikan.

Pandu uji Honda City Hatchback - sedan tak semestinya lebih baik, ini dah cukup? 02

Honda City Hatchback yang hadir dalam rekaan 2-box secara visual dilihat kekurangan ruang berbanding 3-box sedan namun sebenarnya tidak menoleh kepada sedan untuk persaingan. Malah, ia jauh melihat SUV sebagai penanda aras. 

Sebelum itu, jika anda berminat dengan angka-angka teknikal (penggunaan minyak, ujian pecutan, kapasiti kargo, sensasi pemanduan dan sebagainya), ikuti pautan ini.

Baca: Rebiu: Honda City Hatchback 1.5 V 2022 di Malaysia – pesaing Yaris lebih tradisional, bukan hibrid

2-box yang lebih besar dari 3-box

Pandu uji Honda City Hatchback - sedan tak semestinya lebih baik, ini dah cukup? 03

Dari bahagian belakang, simetri but belakang hatchback model ini memang menawan. Ianya kemas, tidak begitu sibuk dan kelihatan sebagai sebuah asas yang baik untuk pemilik merancang untuk modifikasi penyesuaian mengikut citarasa. Tak perlu jauh-jauh, kit badan Honda Modulo sendiri mampu menaikkan 'seri' hatchback ini.

Pandu uji Honda City Hatchback - sedan tak semestinya lebih baik, ini dah cukup? 04

Sesuai dengan namanya, City Hatchback adalah sebuah kenderaan bandar yang kompak. Saiz kenderaan yang lebih pendek menjadikan ia mudah untuk diparkir di sudut sukar atau menyelinap lincah di antara kenderaan yang bertali arus. Tentunya, anda yang sebati hidup di ibu kota tentu akan memahaminya.

Pandu uji Honda City Hatchback - sedan tak semestinya lebih baik, ini dah cukup? 05

Rekaan hatchback ini mengurangkan rasa "body roll" yang ketara. Ketiadaan but belakang menjadikan bahagian belakang jinak ketika menakluk selekoh. Dari segi teknikal, ianya 15-16 kg lebih berat berbanding model sedan, membuatkannya lebih stabil di atas jalan. 

Pandu uji Honda City Hatchback - sedan tak semestinya lebih baik, ini dah cukup? 06

Sebagai perspektif, berat Body-in-white (BIW, istilah industri untuk cangkerang logam terdedah) adalah 7.3 kg kurang berbanding model sedan. Selepas ditambah dengan panel badan, kerusi dan komponen lain, perbezaan berat adalah berdasarkan angka di atas.

Baca: Ke tepi Toyota, Honda mendahului segmen B, C dan D di Malaysia - 60% jualan daripada duo Honda City!

Ruang dalam hatchback ini lagi besar!

Pandu uji Honda City Hatchback - sedan tak semestinya lebih baik, ini dah cukup? 07

Secara visual Honda City Hatchback mengenakan garis bumbung yang tinggi untuk memuatkan Ultra Seat dengan 4 pilihan susun atur. Tall Mode misalnya adalah mod yang sangat unik kerana tak banyak hatchback lain yang membenarkan kerusi dilipat ke atas atau menggunakan bangku kerusi sebagai ruang kargo.

Malah seingat penulis, satu lagi hatchback lain yang menawarkan ciri tempat duduk (bukan penyandar) boleh dilipat sama seperti hatchback ini adalah Proton Suprima S - satu lagi model underrated dalam pasaran. Jika ada hatchback lain jemput ditambah di ruangan komen.

Pandu uji Honda City Hatchback - sedan tak semestinya lebih baik, ini dah cukup? 08

Baringkan penyandar adalah ciri biasa namun 'naikkan' tempat duduk bukan semua boleh buat

Praktikaliti Ultra Seat ini juga menakjubkan. Ia mengubah dinamik hatchback ini dan membuatkan anda tertanya-tanya mengapa pengeluar lain tidak tampil dengan idea ini. Berdasarkan brosur pemasaran, ia mampu 'menelan' jumlah kargo yang setanding dengan SUV satu segmen atas. 

Pandu uji Honda City Hatchback - sedan tak semestinya lebih baik, ini dah cukup? 09

Boleh berlunjur kaki, atau baring

Dalam perjalanan yang jauh, Refresh Mode membolehkan anda baring sepenuhnya di dalam kereta. Ini mungkin kedengaran lebih sekadar gimik kerana susun aturnya agak rumit. Pengguna perlu menyesuaikan kerusi hadapan di kedudukan paling hadapan, kemudian membuka penyandar kepala.

Laraskan penyandar perlahan-lahan ke posisi 90 darjah dan pada masa yang sama tempat duduk belakang perlu dinaikkan sedikit untuk memberikan ruang supaya penyandar hadapan boleh dibaringkan sepenuhnya.

Menjelaskannya sahaja sudah kedengaran rumit, bukan?

Pandu uji Honda City Hatchback - sedan tak semestinya lebih baik, ini dah cukup? 10

Ruang dalam Refresh Mode bahagian penumpang hadapan

Namun ini bukanlah suatu keluhan. Mengenangkan bahawa ada segelintir rakyat Malaysia yang kadang kala terpaksa tidur dalam kenderaan (atas urusan masing-masing, bukan kesempitan hidup), sekurang-kurangnya mod ini boleh membantu melepaskan lelah di pundak.

Selain itu, menggunakan Honda City Hatchback dalam urusan penghantaran kargo turut memberikan pemerhatian yang menarik. Penulis dapati bahawa Tall Mode memberikan titik graviti yang lebih rendah untuk meletakkan barang-barang.

Pandu uji Honda City Hatchback - sedan tak semestinya lebih baik, ini dah cukup? 11

Penulis dapati Ultra Seat sangat praktikal dan fleksibel

Kepentingannya? Lebih kestabilan lagi-lagi jika anda membawa barang yang mudah tumpah atau pecah - perkara yang biasa kita terima ketika musim perayaan.

Fleksibiliti dalam Long Mode dan Utility Mode memberikan pilihan kepada pemilik bahawa sekurang-kurangnya ia mampu melakukan perkara yang tiada dalam hatchback lain. Anda tidak perlu berkompromi untuk ruang, walaupun secara visual sedan lebih besar daripada hatchback.

Persembahan kabin dalaman antara yang terbaik

Pandu uji Honda City Hatchback - sedan tak semestinya lebih baik, ini dah cukup? 12

Bercakap mengenai SUV pula, Honda City Hatchback turut memberikan persembahan kabin dalaman yang jauh lebih menarik berbanding beberapa SUV dalam pasaran. Beberapa pemilik SUV baharu didapati terkejut dengan sistem infotainment gedabak mirip komputer CRT yang ada dalam SUV mereka namun Honda City Hatchback tampil ringkas dengan skrin yang terbina bersepadu pada papan pemuka.

Baca: Honda HR-V 2022 Malaysia mungkin mendapat infotainmen CRT TV ala Corolla Cross? Inilah sebabnya

Pandu uji Honda City Hatchback - sedan tak semestinya lebih baik, ini dah cukup? 13

Atas: City Hatchback V-Spec, bawah: City V-Spec

Secara peribadi, kesemua varian City Hatchback menawarkan warna kabin dalaman yang lebih praktikal berbanding sedan. Model sedan tampil dengan warna kabin dalaman 2 tona pada beberapa bahagian yang kerap disentuh, kurang praktikal berbanding Honda City Hatchback.

Keseluruhan pakej Honda City Hatchback memberi penekanan terhadap aspek visualnya, menggoda anda untuk membelinya malah melangkaui jangkaan awal anda ketika titik pembelian.

Hatchback kekal segar sepanjang zaman

Pandu uji Honda City Hatchback - sedan tak semestinya lebih baik, ini dah cukup? 14

10 tahun akan datang, kesemua ciri visual ini akan kekal malah ada yang boleh dipertingkatkan. Sebagai pembelian kedua terbesar dalam kehidupan rakyat Malaysia, tentunya anda mahu memilih nilai berbanding harga.

Di luar daripada kriteria visual, Honda City Hatchback adalah model hatchback paling praktikal dalam pasaran ketika ini. Namun, adalah difahamkan jika ada pembeli yang sememangnya tidak dapat berkompromi dengan ruang - anak 3 misalnya. Untuk itu, sedan adalah pilihan yang lebih baik.

Pandu uji Honda City Hatchback - sedan tak semestinya lebih baik, ini dah cukup? 15

Dalam sesi rebiu penuh kami, Honda City Hatchback juga memberikan perasaan dan angka yang baik dari segi sensasi pemanduan dan penjimatan minyak.

Jika dikenang kembali, model Honda seperti Civic EK hatchback, Civic FN, CR-Z serta Jazz telah membuktikan rekaan hatchback dari Honda malar segar dan akan dihargai sepanjang zaman.

Mampukah Honda City Hatchback juga akan dikenang sedemikian? Setakat ini macam boleh?

Baca: Honda City Hatchback 2022 - Berapakah gaji minimum yang diperlukan / bayaran balik bulanan?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda