window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Menteri Industri Indonesia minta Mitsubishi bina 'kei EV' eK X di sana - Xpander mini elektrik ini ada peluang?

Mersita · Jul 12, 2022 09:00 AM

Menteri Industri Indonesia minta Mitsubishi bina 'kei EV' eK X di sana - Xpander mini elektrik ini ada peluang? 01

Mitsubishi Motors komited untuk mengembangkan barisan kenderaan dielektrifikasikan keluarannya di rantau ASEAN dan Mitsubishi Xpander Hybrid besar kemungkinannya menjadi salah satu model pertama dalam rancangan syarikat itu. Di samping itu, mereka juga mungkin merancang untuk memperkenalkan kenderaan elektrik (EV) bersaiz lebih kecil di rantau ini.

Menteri Industri Indonesia minta Mitsubishi bina 'kei EV' eK X di sana - Xpander mini elektrik ini ada peluang? 02

Menurut rakan kami di Indonesia AutoFun ID, Menteri Industri Indonesia, Agus Gumiwang Kartasasmita mengumumkan komitmen Mitsubishi di negara itu dan syarikat tersebut sedang merancang untuk membuat pelaburan sehingga IDR 11.25 trillion (~RM 3 bilion) di negara itu menjelang 2025.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Menteri Industri Indonesia minta Mitsubishi bina 'kei EV' eK X di sana - Xpander mini elektrik ini ada peluang? 01

Mitsubishi juga menyasarkan 72,000 unit untuk dieksport pada 2022 yang akan menyumbang kepada lebihan dagangan sebanyak IDR 7 trillion (~RM 2 bilion) kepada ekonomi Indonesia. Oleh itu, Agus turut berkata yang jenama dari Jepun itu patut memainkan peranan aktif dalam memacu ekosistem EV di negara itu.

Juga baca: Lancer Evo SUV? Mitsubishi rancang 2 model SUV baharu untuk pasaran Malaysia - pesaing HR-V dan Ativa!

Menteri Industri Indonesia minta Mitsubishi bina 'kei EV' eK X di sana - Xpander mini elektrik ini ada peluang? 02

Kedudukan Indonesia dianggap strategik dari segi ketersediaan bahan mentah dan pemprosesan komponen-komponen bateri yang diperlukan di dalam EV. Oleh yang demikian, Menteri Industri Indonesia itu mencadangkan pengeluaran EV kei ringan yang mempunyai potensi dalam menarik minat pembeli di Indonesia.

Juga baca: Dalam usaha memintas Thailand, Indonesia sanggup buka tawaran yang sukar ditolak oleh Tesla!

“Kami juga masih menggalakkan Mitsubishi untuk menghasilkan kenderaan elektrik berasaskan bateri (BEV) di Indonesia yang menggunakan bateri kecil 20 kWh dengan jarak pemanduan 170 km,” petik AutoFun ID.

Menteri Industri Indonesia minta Mitsubishi bina 'kei EV' eK X di sana - Xpander mini elektrik ini ada peluang? 03

Kereta kei elektrik yang dimaksudkan Agus ialah Mitsubishi eK X EV, iaitu kembar Nissan Sakura. Menurut Mitsubishi, EV kei berkenaan mempunyai kapasiti bateri 20 kWh dan dikatakan boleh menempuh perjalanan 180 km dalam sekali cas penuh.

Menteri Industri Indonesia minta Mitsubishi bina 'kei EV' eK X di sana - Xpander mini elektrik ini ada peluang? 04

Jumlah ini mungkin tidak begitu mengagumkan. Namun, memandangkan EV kei disasarkan untuk pemanduan di bandar berbanding perjalanan jarak jauh, idea ini dianggap masuk akal. Tempoh mengecas EV eK X ini juga menggambarkan penggunaan di bandar – pengecas pantas DC 30 kW mengambil masa 40 minit (dari 0-80%) manakala pengecas AC 200 V standard memakan masa kira-kira 8 jam.

Menteri Industri Indonesia minta Mitsubishi bina 'kei EV' eK X di sana - Xpander mini elektrik ini ada peluang? 05

Motor elektrik di dalam EV eK X ini menjana 64 PS, namun ia mempunyai tork 195 Nm – mematuhi undang-undang di Jepun bagi kenderaan kei.

Menteri Industri Indonesia minta Mitsubishi bina 'kei EV' eK X di sana - Xpander mini elektrik ini ada peluang? 06

Walaupun tubuhnya nampak kecil jika dibandingkan dengan EV China seperti Wuling Hongguang Mini EV atau Chery EQ1, Mitsubishi eK X EV ini boleh memuatkan empat orang dewasa dengan selesa berserta ruang simpanan luas. Ia juga dilengkapi dengan ADAS termasuklah AEB dan lane departure warning (LDW).

Juga baca: Suzuki Spacia Custom adalah kereta Kei kecil yang berpura-pura menjadi Toyota Alphard!

Menteri Industri Indonesia minta Mitsubishi bina 'kei EV' eK X di sana - Xpander mini elektrik ini ada peluang? 07

Setakat ini, Mitsubishi Motors belum lagi mengesahkan samada kereta kei elektrik ini akan dibina di Indonesia. Tapi, memandangkan permintaan bagi EV kecil seperti model-model lain dari China cukup tinggi, mungkin syarikat itu boleh mempertimbangkan peluang ini.

Juga baca: Wuling Hongguang Mini EV teramatlah murah, ia dibuat menggunakan alatan biasa di rumah!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda