Prebiu: Honda Civic e:HEV hibrid - bakal menyusul ke Malaysia, sedan prestasi dan jimat minyak!

Honda Civic e:HEV 2022 ialah varian hibrid bagi Civic yang bakal menyusul ke Malaysia, mungkin tidak lama lagi. Ketika ini, paling dekat ia ditawarkan adalah di Thailand justeru dengan sedikit pengetahuan dan perkongsian daripada rakan media di sana, mari kita lihat apa yang menariknya model ini.

Untuk pasaran Thailand, Honda menawarkan dua varian Civic e:HEV iaitu: EL+ dan RS. Kedua-duanya diposisikan sebagai 2 varian teratas bagi rangkaian Civic di negara itu. Harga bagi model tersebut adalah seperti berikut: 

  • e:HEV EL+: THB 1,129,000 (~ RM 137k)
  • e:HEV RS: THB 1,259,000 (~ RM 153k)

Honda Civic e:HEV dikuasakan oleh unit yang sama yang terdapat pada Accord e:HEV. Enjin 4-silinder 2.0 liter DOHC kitaran Atkinson (141 PS/182 Nm) aspirasi semula jadi yang dipasangkan dengan sepasang motor elektrik dengan magnet kekal segerak.

Output sistem gabungan Honda Civic e:HEV ialah 184 PS dan 315 Nm, menjadikannya lebih berkuasa daripada Honda Civic pengecas turbo. Sebagai perbandingan, Honda Civic pasaran Malaysia menghasilkan 182 PS dan 240 Nm - puncak kuasa paling tinggi untuk enjin 1.5 liter turbocaj di ASEAN.

Angka kuasa tersebut jelas, Honda Civic e:HEV hibrid sedikit lebih berkuasa daripada varian biasa, malah ditambah dengan penjimatan minyak yang lebih berkesan.

Honda Civic e:HEV tidak mempunyai kotak gear, sekurang-kurangnya bukan kotak gear konvensional kerana kenderaan itu hampir keseluruhannya dipandu dengan motor elektrik. Dalam erti kata lain, sukar penasihat jualan untuk menjelaskan hal ini kepada pelanggan justeru Honda dengan mudah merujuknya sebagai transmisi E-CVT.

Honda mendakwa Civic e:HEV mempunyai kadar kecekapan bahan api serendah 4.0 liter/100 km (25 km/liter), jauh lebih rendah daripada 6.0 liter/100km yang didakwa untuk Civic 1.5L versi turbo.

Baca: Honda Civic (FE) 2022 dilancarkan dari RM 126k - 1.5 Turbo VTEC, Honda Sensing, paling 'power' di ASEAN!

Secara teori, Honda Civic e:HEV boleh bergerak sehingga 1,000 km sebelum perlu mengisi minyak - suatu angka yang pastinya menggiurkan oleh pengguna yang kerap melakukan perjalanan jauh. Mungkin sekali, ini adalah ciri utama mengapa pelanggan akan memilihnya.

Varian EL+ ditawarkan dalam dua pilihan warna untuk kabin dan kemasan dalaman iaitu, hitam dan 'greige' - seperti yang dapat dilihat di bawah. Varian RS yang lebih tinggi pula mendapat kemasan upholsteri baldu-kulit sintetik berwarna hitam.

Sistem infotainmen dalam varian EL+ dan RS menampilkan sistem audio Advanced dengan skrin sesentuh 9-inci bersama sambungan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar.

Sebagai sebuah Honda, tentulah ia mementingkan praktikaliti dalaman. Tempat duduk belakang boleh dilipat 60:40 untuk memudahkan pengguna membawa barang yang lebih panjang.

Untuk pasaran Thailand, hanya varian Honda Civic e:HEV mendapat corong penyaman udara bahagian belakang. Di Malaysia, kesemua varian Honda Civic FE menerima penyaman udara belakang ini secara standard.

Varian RS menambahkan seri dengan jahitan kontras merah di keseluruhan bahagian dalam. Civic pasaran Malaysia turut mengenakan padanan warna yang sama untuk varian tersebut.

Pengecasan telefon pintar tanpa wayar dalam varian RS.

Varian RS sekali lagi secara eksklusif mendapat paparan gugusan meter instrumen TFT 10.2-inci digital sepenuhnya.

Tidak dilupakan juga, Honda Civic pasaran Thailand mendapat kunci berbentuk kad yang nipis dan praktikal. Ramai yang mencemburui ciri ini. Adakah ia berkemungkinan hadir sebagai ciri canggih untuk model facelift kelak?

Skrin pada bahagian tengah papan pemuka Honda Civic e:HEV menunjukkan paparan grafik mengenai status masa nyata mengenai apa yang dilakukan oleh rangkaian kuasa pada setiap masa.

Untuk pasaran Thailand, varian EL+ menerima tayar 17-inci (seperti yang ditunjukkan di atas, warna kelabu) manakala varian RS yang mendahului varian menerima tayar dwi-tona 18-inci.

Varian Honda Civic e:HEV EL+ dan RS kedua-duanya menerima suite ADAS Honda Sensing penuh, termasuk:

  • Collision Mitigation Braking System (CMBS)
  • Adaptive Cruise Control dengan Low Speed Follow (ACC with LSF)
  • Road Departure Mitigation System dengan Lane Departure Warning (RDM + LDW)
  • Lane Keeping Assist System (LKAS)
  • Auto High-beam System (AHS). 

Fungsi baharu untuk suite Honda Sensing ini adalah Lead Car Departure Notification system (LCDN).

Varian Civic e:HEV di Thailand ini juga menambah Acoustic Vehicle Alerting System (AVAS) yang akan mengeluarkan bunyi amaran untuk memberitahu orang awam di luar kenderaan yang berdekatan apabila ia bergerak semasa dalam Mod Pemanduan EV. Kalau guna mod ini, memang senyap kereta jadi tentulah membahayakan orang sekeliling.

Semua varian Honda Civic ditawarkan dengan jaminan perbatuan 3 tahun/100,000 km di Thailand. Varian Civic e:HEV juga disokong oleh waranti perbatuan 5 tahun/tanpa had untuk unit hibrid dan waranti perbatuan 10 tahun/tanpa had untuk unit bateri sahaja.

Untuk makluman, terdapat rancangan oleh Honda Malaysia untuk memasang Honda Civic e:HEV secara tempatan (CKD) di Malaysia. Perancangan ini jika dilaksanakan, bakal menyaksikan Honda Civic FE sebagai Civic dengan trenkuasa hibrid pertama yang dipasang di kilang Honda, Pegoh.

Baca: Rebiu: Honda Civic FE 2022 - matang serupa kereta Jerman, anda takkan rindu si 'ketam'

 

Oops... Something broke.
    Channel:
Ikuti laman sosial kami:
Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, juster...

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Honda Civic

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Video Kereta

2022 Honda Civic e:HEV 2.0 i-MMD Hybrid Review in Malaysia with 315 Nm of torque!

2020 Honda Civic 1.5 Turbo Review Di Malaysia, Sedan Idaman Semua Lelaki!

All the Cars We've Tested in 2020, Proton X50, Almera, CR-V etc, Which is The Best??

2020 Honda Civic 1.5 Turbo Facelift Review, Best Value For Money C-Segment Sedan!

2020 Honda Civic Turbo vs Toyota Corolla Altis vs Mazda 3, Which C-Segment Sedan to Buy?! | WapCar

Berita Terkini

PLUS and Gentari launch modular EV charger with battery storage at the northbound Behrang lay-by

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) and clean energy solutions provider Gentari Sdn Bhd (Gentari), via its subsidiary, Gentari Green Mobility, have launched an electric vehicle (EV) fast-charging modular and portable station at the northbound Behrang lay-by. The system uses a Battery Energy Storage System (BESS) setup. Present at the launch was Malaysia’s Minister of Works, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi. “The collaboration between PLUS and Gentari is a significant joint effort that can harness the

The 2023 Ford Ranger and Ranger Raptor add two awards to their list of accolades

It’s been an award-winning season for the new 2023 Ford Ranger and its variants. Recently, it’s added another two more to its list of accolades as Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, received the CarPlus Editor’s Choice Award 2022-2023 for ‘Pick-up Truck of the Year’ for the Ranger and ‘Car of the Year’ for the Ranger Raptor. The Ranger boasts an updated design with enhanced aerodynamics and improved interior comfort. It features a range of powerful, effi

From equivalent to RM 208k, Thai prices for 2023 Honda Accord confirmed; gap with CR-V's prices tightens

The all-new 2023 Honda Accord has finally gotten its confirmed price list in Thailand following its preview earlier, entering a two-fold battle which only has it facing off against the Toyota Camry range. Three variants of the hybrid-only Accord will go on sale in Thailand, with prices as follows: Accord e:HEV E: THB 1,599,000 (~RM 208k) Accord e:HEV EL: THB 1,669,000 (~RM 217k) Accord e:HEV RS: THB 1,799,000 (~RM 234k) These prices are slightly more competitive to what its sole rival, the Camry

The upcoming mini Toyota Land Cruiser will be a Corolla Cross-sized "Land Hopper?"

The Toyota Land Cruiser made its name being a tough-as-nails, go-anywhere premium 4x4 with the looks to back it up. Hot on the heels of the new global Land Cruiser 300 and the North American Land Cruiser 250 (Prado) could be a new third, more compact variant that’s being adorably dubbed the Land Hopper. Japanese site Best Car Web has dropped its own rendering of what the Land Hopper could be styled like and unsurprisingly, it appears to be very much like a mini Land Cruiser 250. That’s not a bad

Mercedes-Benz EQS SUV launching in Malaysia on Friday, plus another EV by year's end - EQE SUV?

Referenced briefly in the Budget 2024 commentary, Amanda Zhang, the President and CEO of Mercedes-Benz Malaysia, highlighted the company's increasing momentum and revealed the imminent launch of the Mercedes-Benz EQS SUV, happening this Friday on 20-October. “Our momentum continues to grow, as we eagerly anticipate the arrival of the EQS SUV this Friday, with plans to launch another all-electric model before year end. These efforts underscore our dedication to providing innovative electric vehic

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model
Rolls Royce

Rolls Royce Spectre

RM 2,000,000

Lihat Model

Perbandingan Kereta Berkaitan

Honda Civic
Cek Lebih