window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda Civic (FE) 2022 dilancarkan dari RM 126k - 1.5 Turbo VTEC, Honda Sensing, paling 'power' di ASEAN!

Haris · Jan 12, 2022 11:30 AM

Honda Civic (FE) 2022 dilancarkan dari RM 126k - 1.5 Turbo VTEC, Honda Sensing, paling 'power' di ASEAN! 01

Honda Malaysia Sdn Bhd kini tampil dengan Honda Civic 2022 generasi ke-11 (FE) yang terkini. Penampilan Honda Civic FE mungkin sedikit radikal berbanding generasi terdahulu (FC) namun bagi peminat tegar, mungkin perasan kitaran tema rekaan Civic yang selalunya berubah dari sporty kepada eksekutif serta sebaliknya.

Honda Civic (FE) 2022 dilancarkan dari RM 126k - 1.5 Turbo VTEC, Honda Sensing, paling 'power' di ASEAN! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Terdapat 3 varian yang ditawarkan untuk Honda Civic facelift 2022 iaitu:

  • Honda Civic 1.5 E - RM 125,634
  • Honda Civic 1.5 V - RM 138,043
  • Honda Civic 1.5 RS - RM 144,350

Honda Civic (FE) 2022 dilancarkan dari RM 126k - 1.5 Turbo VTEC, Honda Sensing, paling 'power' di ASEAN! 01

Honda Civic (FE) 2022 dilancarkan dari RM 126k - 1.5 Turbo VTEC, Honda Sensing, paling 'power' di ASEAN! 02

Kesemua varian kini dipacu oleh enjin 4-silinder 1.5 liter turbocaj L15B DOHC i-VTEC petrol yang berprestasi tinggi, mampu menghamburkan sehingga 182 PS dan 240 Nm. Tujahan kuasa tersebut merupakan peningkatan 9 PS / 20 Nm dari model terdahulu, menjadikan Honda Civic FE pasaran Malaysia merupakan variasi paling berkuasa di rantau ASEAN.

Honda Civic (FE) 2022 dilancarkan dari RM 126k - 1.5 Turbo VTEC, Honda Sensing, paling 'power' di ASEAN! 03

Transmisi CVT automatik kekal sebagai transmisi tunggal, dan ia juga telah diubah suai untuk bertindak balas dan pemanduan yang lebih baik (artikel lanjut bakal menyusul). Secara keseluruhan, Honda mendakwa masa pecutan 0-100 km/j hanya 8.3 saat, manakala penjimatan bahan api adalah sekitar 6 liter/100 km (6.3 liter/100 km untuk varian RS, disebabkan saiz rim yang jauh lebih besar).

Honda Civic (FE) 2022 dilancarkan dari RM 126k - 1.5 Turbo VTEC, Honda Sensing, paling 'power' di ASEAN! 04

Bahagian luaran Honda Civic facelift 2022 menampilkan rekaan serba baharu seperti fasia depan yang lebih bersih dan kemas, bentuk badan sedan konvensional dan 3 saiz untuk rim mengikut varian: 16-inci untuk E, 17-inci untuk V manakala 18-inci hitam pusam untuk RS. Kesemuanya memberikan rupa yang lebih eksekutif pada sedan segmen C terlaris Malaysia ini berbanding pendekatan model terdahulu.

Honda Civic (FE) 2022 dilancarkan dari RM 126k - 1.5 Turbo VTEC, Honda Sensing, paling 'power' di ASEAN! 05

Bergerak ke bahagian dalaman pula, Honda Civic FE 2022 mungkin sekali bahagian yang paling mempersonakan. Rekaan papan pemuka disepadukan dengan penyaman udara satu zon dengan konsol tengah terbahagi antara pemegang cawan dan kawalan pemanduan.

Honda Civic (FE) 2022 dilancarkan dari RM 126k - 1.5 Turbo VTEC, Honda Sensing, paling 'power' di ASEAN! 06

Untuk ciri-ciri keselesaan pula, sistem infotainment digital hadir dengan skrin sesentuh 9-inci (varian E asas hanya 7-inci) dengan sokongan Apple Carplay dan Android Auto. Terdapat kluster meter instrumen gabungan analog dan digital, paddle shifter, dan cermin pandang belakang auto-malap.

Honda Civic (FE) 2022 dilancarkan dari RM 126k - 1.5 Turbo VTEC, Honda Sensing, paling 'power' di ASEAN! 07

Semua varian Honda Civic 2022 kini menerima sistem bantuan pemandu ADAS Honda Sensing yang berdasarkan kamera sahaja. Kamera hadapan monukular tersebut kini memberikan julat pandangan kira-kira 100°, lebih 50° luas berbanding di FC. Pakej Honda Sensing dilengkapi dengan ciri seperti:

  • Adaptive Cruise Control (ACC)
  • Low-Speed Follow (LSF)
  • Lane Departure Warning (LDW)
  • Road Departure Mitigation (RDM)
  • Lane Keep Assist System (LKAS)
  • Forward Collision Warning (FCW)
  • Collision Mitigation Braking System (CMBS)
  • Auto High Beam (AHB)
  • Lead Car Departure Notification (LCDN, hanya untuk RS)

Honda Civic (FE) 2022 dilancarkan dari RM 126k - 1.5 Turbo VTEC, Honda Sensing, paling 'power' di ASEAN! 08

Untuk ciri keselamatan standard pula adalah 6 beg udara, 8 sensor parkir hadapan dan belakang, ABS dengan EBD, TCS, dan ESC. Terdapat juga aplikasi telematik Honda Connect dan fungsi Honda LaneWatch yang hanya diterhadkan pada varian V dan RS., 

Honda Civic (FE) 2022 dilancarkan dari RM 126k - 1.5 Turbo VTEC, Honda Sensing, paling 'power' di ASEAN! 09

Atas: Ignite Red. Bawah: Meteoroid Grey

Terdapat 6 pilihan warna sebagai pilihan iaitu putih Platinum White Pearl, perak Lunar Silver Metallic, hitam Crystal Black Pearl, merah Ignite Red dan kelabu Meteoroid Grey

Waranti standard Honda memberi perlindungan sepanjang 5 tahun / tanpa had perbatuan. Juruteknik servis Honda juga boleh dikerah secara percuma untuk 5 tahun / 100,000 km.

Honda Civic (FE) 2022 dilancarkan dari RM 126k - 1.5 Turbo VTEC, Honda Sensing, paling 'power' di ASEAN! 10

Seperti yang ramai sedia maklum, Honda Civic merupakan raja tak terkalah untuk pasaran sedan segmen C malah menyingkirkan kebanyakan pesaingnya sejak dasawarsa ini. Menariknya, Malaysia menerima model yang lebih berkuasa, atau boleh dikatakan mirip model Honda Civic Si (model prestasi di bawah model Type R), suatu keputusan yang tepat dengan demografi pembeli Malaysia.

Baca: Rebiu: Honda Civic FE 2022 di Sepang – Dah tahap BMW 3 Series, bukan setakat Accord ‘mini’

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda Civic e:HEV 2.0L RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda