window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda Civic Si 2022 didedahkan - 1.5 liter turbo VTEC, ‘rev matching’, manual 6-kelajuan!

Haris · Oct 20, 2021 11:59 AM

Honda Civic Si 2022 didedahkan - 1.5 liter turbo VTEC, ‘rev matching’, manual 6-kelajuan! 01

Masih adakah ruang untuk sebuah Honda Civic yang padu selain model Type R? American Honda Motor Company menjawab persoalan tersebut dengan Honda Civic Si, varian prestasi yang baru sahaja didedahkan.

Ketika ini, Honda Civic Type R masih belum dilancarkan, justeru Honda Civic Si mengambil semua perhatian dengan peningkatan sensasi pemanduan berbanding model standard. 

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Honda Civic Si 2022 didedahkan - 1.5 liter turbo VTEC, ‘rev matching’, manual 6-kelajuan! 01

Enjin 1.5 liter turbo VTEC (202 PS, 260 Nm) yang dipadankan dengan transmisi manual 6-kelajuan. Kedengaran biasa namun daya kilas 260 Nm tork tersebut masuk lebih awal pada 1,800 rpm.

Selain itu, ia turut menampilkan teknologi rev-matching daripada Honda Civic Type R yang menghentikan pendikit secara automatik agar dapat menandingi downshift dengan sempurna dalam masa kira-kira empat persepuluh saat.

Baca: Untuk pertama kali, Honda Civic Type R 2022 akan menggunakan trenkuasa hibrid!

Honda Civic Si 2022 didedahkan - 1.5 liter turbo VTEC, ‘rev matching’, manual 6-kelajuan! 02

Talaan sistem gantungan juga lebih sporty dengan trek yang lebih lebar dan jarak antara roda yang lebih panjang berbanding biasa. Kesemua ini dibantu oleh LSD (Limited Slip Differential), brek yang lebih besar dan tayar berprofil 235/40 R18.

Rekaan luar Honda Civic Si tidak menampilkan sebarang krom, kesemuanya digelapkan termasuklah cermin sisi. Terdapat spoiler hitam di samping ekzos berkembar bagi menandakan perbandingan kecil antara Civic Si dan Civic biasa.

Honda Civic Si 2022 didedahkan - 1.5 liter turbo VTEC, ‘rev matching’, manual 6-kelajuan! 03

Bergerak ke bahagian kabin dalaman, Honda Civic Si menerima pedal sporty, jahitan kontras, kerusi khas dengan aksen merah dan tombol shifter aluminium yang dibalut kulit (juga diambil dari Type R) untuk membezakannya dari model spesifikasi rendah.

Baca: Kerusi Honda Civic FE terlalu bagus, pereka kerusi Proton X50 boleh ‘terduduk’

Honda Civic Si 2022 didedahkan - 1.5 liter turbo VTEC, ‘rev matching’, manual 6-kelajuan! 04

Terdapat sistem infotainment skrin sesentuh 9-inci yang dilengkapi dengan Apple CarPlay tanpa wayar dan sambungan Android Auto berwayar. Pada masa yang sama, sistem suara Bose 12 pembesar suara membolehkan Honda hadir dengan slogan pemasaran "sistem audio kilang terbaik dalam sejarah Civic Si."

Honda Civic Si 2022 didedahkan - 1.5 liter turbo VTEC, ‘rev matching’, manual 6-kelajuan! 05

Pasaran Amerika cukup besar untuk menyelitkan Honda Civic Si di antara Honda Civic biasa dengan Honda Civic Type R. Dengan transmisi manual, Honda Civic Si kelihatan sebagai pilihan alternatif kepada Type R berbanding varian tertinggi bagi model standard. Adakah ini suatu langkah yang boleh diimplementasikan di Malaysia? Kredit gambar: Antuan Goodwin / Roadshow

Baca: Honda HR-V, Civic dominasi 70% segmen masing-masing, pelancaran model baharu bakal diteruskan

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda Civic e:HEV 2.0L RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda