Tips membeli kereta terpakai: 6 tanda kereta pernah mengalami kerosakan banjir

Sekiranya anda tidak memandu trak pikap atau kereta selam, anda berkemungkinan tersekat dalam banjir ketika hujan lebat. Air boleh memasuki bahagian kabin, enjin, dan ruang but. Kerosakan yang anda peroleh boleh menjadi sukar untuk dibaik pulih.

Setelah dibaik pulih sekalipun, mungkin masih terdapat bau, kesan karat dan kemungkinan besar ianya tidak akan sedap untuk dipandu lagi. Dengan itu, lebih baik anda mengelak daripada membeli kereta yang pernah mengalami kerosakan banjir.

Rinspeed Splash: kereta yang boleh dipandu di darat dan perairan

Sesetengah penjual akan bersikap jujur mengenai sejarah kereta tersebut. Sesetengah pula mungkin akan sembunyikan beberapa perkara yang buruk semata-mata untuk menjual kereta tersebut.

Kami telah merungkai cara untuk mengetahui kereta yang telah mengalami kemalangan dan cara untuk memeriksa enjin sekiranya anda hendak membeli kereta terpakai. Kali ini, mari kita pelajari tanda kereta yang pernah mengalami kerosakan banjir.

1. Bau lembap

Perkara yang paling sukar untuk dielakkan ialah bau lembap seperti bau air yang bertakung. Walaupun kalis air di bahagian luar, bahagian dalam kereta diperbuat daripada bahan yang lebih menyerap. Air banjir merupakan air yang tidak bersih dan berbau. Bayangkan anda terpijak kelopak air dan setelah anda tanggalkan kasut apabila tiba di destinasi, ambil bau kasut tersebut. Mesti berbau pelik kan?

Sumber: 9thcivic.com

Mungkin ia perkara kecil bagi anda tetapi anda tidak boleh menghiraukan perkara ini kerana ia menggalakkan pembentukan kulat.

2. Bahagian yang lembap

Sumber: collegefreaks2000

Anda boleh menyentuh permukaan kabin dan cari bahagian yang kelihatan basah. Sekiranya anda terjumpa kesan basah di bahagian lantai, kemungkinan besar lebih banyak lagi di bahagian bawah kerana tindak balas graviti yang menarik semua ke bawah.

Kelembapan di bawah penutup lantai. Sumber: driveitne

Selain bahagian kabin, pastikan anda periksa di bahagian but terutama sekali di bahagian lantai dan papan penutup.

Bergantung pada paras air, air banjir boleh merosakkan komponen seperti bahagian kotak penapis udara.

Air di dalam kotak penapis udara. Sumber: Scotty Kilmer

3. Kesan pasir dan tanah

Air banjir merupakan air yang kotor. Ia mengandungi pasir, lumpur, dan pelbagai bahan takungan yang mungkin datang dari longkang.

Sumber: LA Times

Kesan ini mungkin mudah untuk dihilangkan pada bahagian luar tetapi lubang kecil dan celahan pada bahagian dalam sukar untuk dihilangkan.

Sumber: samarins.com

Pada masa yang sama, bahagian belakang pada trim plastik mungkin tidak mendapat perincian ketika kerja baik pulih dilakukan.

Sumber: Boost Brothers

Kesan pasir dan tanah pada bahagian enjin pula mungkin normal bagi kenderaan jenis off-road tetapi agak pelik sekiranya ia terdapat pada kenderaan biasa. Oleh itu, renung-renungkanlah ya.

4. Garisan air

Sumber: perthautowreckers.com

Kereta yang mengalami kerosakan banjir akan menampakkan garisan air yang ketara. Sama seperti kesan pasir dan tanah, kesan air di bahagian kabin lebih sukar untuk dihilangkan. Sekiranya anda terjumpa garisan air, kereta tersebut mungkin pernah tersekat dalam banjir.

Sumber: Boost Brothers

Gambar di atas menunjukkan penapis udara pada Mazda Miata NC yang pernah tersekat dalam banjir. Sekiranya anda perhati, garisan air jelas kelihatan.

Sumber: samarins.com

Bahagian yang sempit dan halus sukar untuk dibersihkan. Namun demikian, ia juga bahagian yang paling mudah untuk mencari tanda kerosakan banjir. Sekiranya anda lihat gambar di atas, anda akan perasan garisan air pada lubang pembesar suara.

5. Air pada minyak enjin

Untuk maklumat anda, tidak semua kereta yang tersekat dalam banjir akan memasuki air ke dalam enjin. Masih ada harapan sekiranya anda bernasib baik. Periksa batang “dipstick” dan penutup penapis minyak enjin. Sekiranya minyak enjin kelihatan normal, itu bermakna enjin tersebut selamat untuk digunakan.

Sumber: Scotty Kilmer

Perkara yang lebih merisaukan ialah apabila titisan air kelihatan pada batang “dipstick”. Anda bernasib baik sekiranya ia tidak bercampur dengan minyak enjin kerana enjin boleh mengalami kerosakan.

 Minyak enjin yang sudah bercampur dengan air banjir. Sumber: hollisbothersauto.com

6. Kerosakan elektronik

Kereta tidak direka untuk tenggelam dalam air. Ia akan merosakkan komponen elektronik yang sangat sensitif terhadap air.

Oleh itu, periksa fungsi elektronik kereta tersebut. Adakah simbol amaran keluar? Adakah sebarang mesej keluar pada paparan instrumen? Adakah komponen berfungsi dengan baik?

Kereta lama mempunyai elektronik yang lebih ringkas dan lebih mudah untuk dibaik pulih. Kereta yang lebih moden dan canggih pula mempunyai sistem elektronik yang lebih rumit. Oleh itu, kerja membaik pulih menjadi lebih sukar.

Kesimpulan

Sumber: cnbc.com

Kereta yang mengalami kerosakan banjir harus dielakkan apabila anda ingin membeli kereta terpakai. Sudah tentu kerosakan ini boleh dibaik pulih tetapi masa, duit, dan usaha yang diletakkan mungkin tidak berbaloi kecuali ia kereta unik yang anda inginkan setelah sekian lama. Selamat membeli.

Oops... Something broke.
    Channel:
Ikuti laman sosial kami:
Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk memb...

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Proton X70

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Berita Terkini

The 2023 Ford Ranger and Ranger Raptor add two awards to their list of accolades

It’s been an award-winning season for the new 2023 Ford Ranger and its variants. Recently, it’s added another two more to its list of accolades as Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, received the CarPlus Editor’s Choice Award 2022-2023 for ‘Pick-up Truck of the Year’ for the Ranger and ‘Car of the Year’ for the Ranger Raptor. The Ranger boasts an updated design with enhanced aerodynamics and improved interior comfort. It features a range of powerful, effi

From equivalent to RM 208k, Thai prices for 2023 Honda Accord confirmed; gap with CR-V's prices tightens

The all-new 2023 Honda Accord has finally gotten its confirmed price list in Thailand following its preview earlier, entering a two-fold battle which only has it facing off against the Toyota Camry range. Three variants of the hybrid-only Accord will go on sale in Thailand, with prices as follows: Accord e:HEV E: THB 1,599,000 (~RM 208k) Accord e:HEV EL: THB 1,669,000 (~RM 217k) Accord e:HEV RS: THB 1,799,000 (~RM 234k) These prices are slightly more competitive to what its sole rival, the Camry

The upcoming mini Toyota Land Cruiser will be a Corolla Cross-sized "Land Hopper?"

The Toyota Land Cruiser made its name being a tough-as-nails, go-anywhere premium 4x4 with the looks to back it up. Hot on the heels of the new global Land Cruiser 300 and the North American Land Cruiser 250 (Prado) could be a new third, more compact variant that’s being adorably dubbed the Land Hopper. Japanese site Best Car Web has dropped its own rendering of what the Land Hopper could be styled like and unsurprisingly, it appears to be very much like a mini Land Cruiser 250. That’s not a bad

Mercedes-Benz EQS SUV launching in Malaysia on Friday, plus another EV by year's end - EQE SUV?

Referenced briefly in the Budget 2024 commentary, Amanda Zhang, the President and CEO of Mercedes-Benz Malaysia, highlighted the company's increasing momentum and revealed the imminent launch of the Mercedes-Benz EQS SUV, happening this Friday on 20-October. “Our momentum continues to grow, as we eagerly anticipate the arrival of the EQS SUV this Friday, with plans to launch another all-electric model before year end. These efforts underscore our dedication to providing innovative electric vehic

Mercedes-Benz Malaysia supports Budget 2024, targets xEV to make up 50% of sales by 2025

Mercedes-Benz has expressed its support for the 2024 budget announcement made by the Malaysian government, which promotes the adoption of electric mobility. This aligns with the global mission of Mercedes-Benz, known as Ambition 2039, which is a comprehensive strategy aimed at addressing climate protection and reducing air pollution. The company firmly believes in the future of electric vehicles and has a well-defined roadmap to electrify its product range, all while striving to meet sustainabil

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model
Rolls Royce

Rolls Royce Spectre

RM 2,000,000

Lihat Model