Nak beli kereta terpakai tapi keadaan transmisi apa cerita? Ini 3 TIPS untuk nilai sama ada OK atau KO

Transmisi automatik adalah antara sistem paling kompleks yang ada pada kereta anda. Hari ini, transmisi kereta betul-betul bekerja rapat dengan enjin untuk memberikan prestasi paling efisien.

Secara tidak langsung, ia antara komponen paling mahal untuk dibaiki sekiranya rosak. Untuk makluman anda, kos membaiki transmisi untuk sedan segmen B sahaja boleh mencecah RM 3k. Bayangkan pula kalau sedan mewah seperti BMW 7 Series.

Jadi, adalah penting untuk anda faham asas transmisi automatik supaya dapat mengesan terus seandainya ada benda yang tak kena, lebih-lebih lagi untuk mereka yang hendak membeli kereta terpakai.

Apa yang patut anda tahu tentang transmisi automatik moden?

Secara ringkasnya, komponen yang menghantar putaran enjin kepada roda melalui set gear untuk meningkatkan kelajuan ini diperbuat daripada ratusan komponen yang dikawal oleh Transmission Control Unit/Module (TCM). Dalam masa sama, ia berfungsi melalui pelbagai pengesan yang memantau kelajuan enjin, kelajuan roda dan input minyak.

Enjin dan transmisi banyak berkait dan ia dikawal oleh perisian.

Secara amnya, setiap transmisi mempunyai komponen kompleks seperti mekanikal, elektronik dan perisian. Kalau rosak, kos yang dikenakan pasti akan tinggi. Jadi, buat mereka yang ingin membeli kereta terpakai khususnya, ikuti langkah mudah di bawah untuk periksa sama ada transmisi tersebut dalam keadaan baik atau sebaliknya.

Untuk memudahkan anda, kami akan ambil transmisi automatik konvensional sebagai rujukan kerana ia paling banyak dalam pasaran.

Juga bacaSuka atau tidak, transmisi dual-clutch 'DCT' akan terus jadi pilihan pengeluar kereta

Langkah 1: Hidupkan enjin kereta

Kalau ada sedikit senggukan atau sentakan, ini bermakna mounting transmisi kereta itu sudah haus. Boleh jadi juga isu penggerak pin gear parkir tersekat atau tidak lancar.

Pastikan ada tak lampu amaran yang menyala selain periksa sebarang ketidakstabilan dari segi RPM sewaktu bersahaja.

Setelah enjin sudah panas pula, buka bonet enjin dan lihat bahagian kotak gear dan sekelilingnya. Ada bekas minyak tak? Ada bau pelik tak? Kalau ada, memang transmisi tersebut berada dalam keadaan tidak baik. Kiranya, boleh rosak bila-bila masa sahaja.

Langkah 2: Uji pandu

Menguji pandu kereta terpakai boleh memberitahu sama ada kereta tersebut dalam keadaan baik ataupun tidak. Tidak kisahlah kalau anda beli terus dari pemilik atau pengedar, cuba uji pandu terlebih dahulu dan tekan sedikit dan nilai kelancaran pertukaran gear, kalau tiada yang pelik semacam, lampu hijaulah untuk anda.

Antara simptom transmisi tidak β€˜sihat’ yang patut anda tahu sewaktu menguji pandu adalah seperti di bawah:

Simptom dan punca umum mengenai kerosakan transmisi
Kerosakan Petanda/Simptom Punca
Gear tak masuk Gear 'P' & 'D' tidak berfungsi Minyak ATF, solenoid gagal, pengesan rosak, isu perisian
Penukaran gear rasa tersentak Gegaran & sentakan sewaktu gear bertukar Mounting enjin & transmisi, solenoid gagal, isu perisian
Gear tergelincir Enjin akan putar secara bebas, penukaran gear yang teragak-agak Minyak ATF, solenoid gagal, band transmisi haus, isu penukar tork
Bunyi pelik Bunyi merengek atau deruman dari transmisi Minyak ATF, bearing haus, gear yang rosak, isu solenoid, isu perisian
Bau janggal Bau hangit, transmisi panas  Minyak ATF, penyejuk minyak transmisi, penapis/gasket bocor,  isu penukar tork
Lampu amaran Lampu amaran enjin atau  transmisi Isu enjin seperti misfiring juga boleh menyebabkan kod salah pada transmisi

Apapun, dalam kebanyakan kes, punca kegagalan transmisi berkait dengan minyak Automatic Transmission Fluid (ATF), iaitu bendalirnya. Untuk makluman anda, penapis dan minyak kotak gear pada sesebuah kenderaan perlu ditukar apabila sampai masanya. Kalau terlajak, cari penyakitlah namanya.

Langkah 3: Dapatkan pemeriksaan dari pakar

Boleh nampak transmisi dengan jelas kalau dilihat dari bawah seperti ini.

Benda paling bagus sebelum anda beli kereta terpakai adalah mendapatkan pemeriksaan dari pakar atau mekanik yang dipercayai. Kalau kereta tersebut jenis premium atau berprestasi tinggi, trenkuasa yang digunakan pasti lebih kompleks. Jadi, lagilah penting untuk anda dapatkan khidmat mereka.

Tetapi benda paling bagus yang anda boleh buat adalah bawa kereta ke bengkel yang boleh naikkan kereta anda dan lihat bahagian bawahnya kerana transmisi boleh dilihat dengan sejelas-jelasnya. Mounting dan segala sambungannya juga boleh nampak habis. Jadi, kalau ada kebocoran minyak atau sisa yang kecil, anda boleh kesan terus dan teliti akan hal itu sebelum ia menjadi lebih teruk.

Pengesan OBD boleh berhubung dengan komputer kereta untuk periksa sekiranya semua sistem berfungsi dengan baik.

Selain pemerhatian visual, anda juga boleh membuat pemeriksaan secara On-Board Diagnostics (OBD) untuk melihat jikalau ada sebarang kod kerosakan.

Untuk pengetahuan anda, kod kerosakan bermaksud ada sesuatu yang berada di luar operasi julat selamat. Dalam erti kata lain, ada kegagalan komponen dalam sistem tersebut. Kod ini biasanya bermula dengan β€œ0” atau β€œ1”.

Di bawah adalah beberapa contoh kod kerosakan transmisi kereta secara umum:

Kod kerosakan umum buat transmisi
Kod Laporan Kerosakan
P 0613 Transmission Control Module (TCM) Sambungan elektrik, wayar TCM, isu perisian
P 0700 Transmission Control System Malfunction Kegagalan berkait TCM
P 0706 Transmission Range Sensor Circuit Sambungan injap penukar gear, minyak ATF kotor, atau kerosakan pengesan julat transmisi
P 0715 Input Speed Sensor Circuit Malfunction Pengesan suhu penyejuk enjin, solenoid penukar gear atau isyarat yang tak menentu dari pengesan kelajuan
P 0720 Output Speed Sensor Circuit Malfunction Pengesan suhu penyejuk enjin, solenoid penukar gear atau isyarat yang tak menentu dari pengesan kelajuan

Tetapi apa puncanya? Antara isu yang terlibat boleh datang dari pengesan yang rosak atau minyak ATF yang kotor. Malah, kegagalan penukar tork (torque converter) juga tidak mustahil yang mana keseluruhan transmisi perlu dibina semula atau digantikan terus.

Menariknya, isu seperti kod P0715 boleh berkait dengan pengesan suhu enjin. Lihatlah betapa rumitnya sistem yang ada pada transmisi sesebuah kenderaan.

Juga bacaTransmisi CVT tak bagus macam automatik biasa. Betul ke?

Konklusi

Mencari kereta terpakai akan menjadi lebih mudah kalau anda tahu konsep dan membuat sedikit kajian berkenaan model tersebut. Seandainya tidak memenuhi kriteria yang anda cari atau rasa lain macam, lupakan sahaja kereta tersebut.

Kalau anda tidak mahu bersusah payah untuk mendapatkan kereta terpakai yang dalam keadaan baik, cari sahaja Carsome Certified Vehicle.

Dalam Carsome, ada banyak Honda Civic terpakai yang dijamin dalam keadaan yang baik.

2018 Honda CIVIC I-VTEC 1.8
RM 90,800
RM 995/mo
Get Now
44,322 km
5.5 tahun
Petaling Jaya
2017 Honda CIVIC I-VTEC 1.8
RM 87,700
RM 961/mo
Get Now
60,851 km
6.5 tahun
Petaling Jaya
2019 Honda CIVIC S 1.8
RM 85,000
RM 931/mo
Get Now
35,904 km
4.5 tahun
Petaling Jaya

Untuk makluman anda, bagi mendapatkan kelulusan Carsome Certified, kenderaan tersebut harus melepasi ujian pemeriksaan 175-mata. Antara pakej yang anda akan dapat juga adalah proses membaikpulih kereta secara profesional, semuanya dalam satu harga mutlak.

Menariknya, pembelian dengan Carsome juga merangkumi pakej tempoh waranti 1 tahun serta jaminan pulangan wang selama 5 hari.

Oops... Something broke.
    Channel:
Ikuti laman sosial kami:
Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk memb...

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Honda Civic

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Video Kereta

2022 Honda Civic e:HEV 2.0 i-MMD Hybrid Review in Malaysia with 315 Nm of torque!

2020 Honda Civic 1.5 Turbo Review Di Malaysia, Sedan Idaman Semua Lelaki!

All the Cars We've Tested in 2020, Proton X50, Almera, CR-V etc, Which is The Best??

2020 Honda Civic 1.5 Turbo Facelift Review, Best Value For Money C-Segment Sedan!

2020 Honda Civic Turbo vs Toyota Corolla Altis vs Mazda 3, Which C-Segment Sedan to Buy?! | WapCar

Berita Terkini

PLUS and Gentari launch modular EV charger with battery storage at the northbound Behrang lay-by

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) and clean energy solutions provider Gentari Sdn Bhd (Gentari), via its subsidiary, Gentari Green Mobility, have launched an electric vehicle (EV) fast-charging modular and portable station at the northbound Behrang lay-by. The system uses a Battery Energy Storage System (BESS) setup. Present at the launch was Malaysia’s Minister of Works, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi. β€œThe collaboration between PLUS and Gentari is a significant joint effort that can harness the

The 2023 Ford Ranger and Ranger Raptor add two awards to their list of accolades

It’s been an award-winning season for the new 2023 Ford Ranger and its variants. Recently, it’s added another two more to its list of accolades as Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, received the CarPlus Editor’s Choice Award 2022-2023 for β€˜Pick-up Truck of the Year’ for the Ranger and β€˜Car of the Year’ for the Ranger Raptor. The Ranger boasts an updated design with enhanced aerodynamics and improved interior comfort. It features a range of powerful, effi

From equivalent to RM 208k, Thai prices for 2023 Honda Accord confirmed; gap with CR-V's prices tightens

The all-new 2023 Honda Accord has finally gotten its confirmed price list in Thailand following its preview earlier, entering a two-fold battle which only has it facing off against the Toyota Camry range. Three variants of the hybrid-only Accord will go on sale in Thailand, with prices as follows: Accord e:HEV E: THB 1,599,000 (~RM 208k) Accord e:HEV EL: THB 1,669,000 (~RM 217k) Accord e:HEV RS: THB 1,799,000 (~RM 234k) These prices are slightly more competitive to what its sole rival, the Camry

The upcoming mini Toyota Land Cruiser will be a Corolla Cross-sized "Land Hopper?"

The Toyota Land Cruiser made its name being a tough-as-nails, go-anywhere premium 4x4 with the looks to back it up. Hot on the heels of the new global Land Cruiser 300 and the North American Land Cruiser 250 (Prado) could be a new third, more compact variant that’s being adorably dubbed the Land Hopper. Japanese site Best Car Web has dropped its own rendering of what the Land Hopper could be styled like and unsurprisingly, it appears to be very much like a mini Land Cruiser 250. That’s not a bad

Mercedes-Benz EQS SUV launching in Malaysia on Friday, plus another EV by year's end - EQE SUV?

Referenced briefly in the Budget 2024 commentary, Amanda Zhang, the President and CEO of Mercedes-Benz Malaysia, highlighted the company's increasing momentum and revealed the imminent launch of the Mercedes-Benz EQS SUV, happening this Friday on 20-October. β€œOur momentum continues to grow, as we eagerly anticipate the arrival of the EQS SUV this Friday, with plans to launch another all-electric model before year end. These efforts underscore our dedication to providing innovative electric vehic

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model
Rolls Royce

Rolls Royce Spectre

RM 2,000,000

Lihat Model

Perbandingan Kereta Berkaitan

Honda Civic
Cek Lebih