window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Transmisi CVT tak bagus macam automatik biasa. Betul ke?

Mersita Β· Feb 1, 2021 02:00 PM

Transmisi CVT tak bagus macam automatik biasa. Betul ke? 01

Mungkin salah satu sebab anda memilih CVT adalah kerana kelebihan-kelebihannya yang sering digembar-gemburkan – rekaannya ringkas, kecekapan minyak lebih baik, peralihan gear lebih lancar, dan nisbah gear juga tiada had. Kelebihannya dikenali sehingga kereta-kereta bandar seperti Nissan, Honda, dan Toyota kebanyakannya menggunakan CVT.

Transmisi CVT tak bagus macam automatik biasa. Betul ke? 02

Tapi, kerisauan tentang CVT termasuklah CVT ‘overheat’/terlebih panas dan ‘belt’ CVT putus. Kali ini kami ingin kupas isu-isu ini dengan lebih mendalam.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

1. CVT ‘overheat’ atau terlebih panas

Transmisi CVT tak bagus macam automatik biasa. Betul ke? 01

CVT yang terlebih panas. Gambar: Zordaq Motorsports N9

Perkara ini memang boleh berlaku. Ia merosakkan cecair CVT dan akhirnya komponen-komponen lain. CVT yang terlebih panas juga boleh menyebabkan ‘belt’ CVT putus.

Ada dua sebab utama yang boleh menyebabkan CVT ‘overheat’:

  • Kereta direka untuk iklim sejuk (selalunya kereta ‘recond’)
  • Pemilik tak jaga kereta dan kurang pengetahuan

Kereta-kereta ‘recond’ di Malaysia selalunya mengalami masalah ini kerana kereta tersebut pada mulanya direka untuk kawasan beriklim lebih sejuk. Isu ini boleh ditangani dengan memasang penyejuk minyak CVT ‘aftermarket’ yang bersaiz besar.

Transmisi CVT tak bagus macam automatik biasa. Betul ke? 02

Satu lagi penyebab ‘overheating’ ialah pemilik tidak membuat penyelenggaraan dengan kerap dan betul. Apabila ia tidak diservis dalam jangkamasa yang panjang, cecair ini semakin lama semakin kurang berkesan dalam pelepasan haba.

Ada juga situasi dimana pemilik memasukkan minyak ATF biasa di dalam sistem CVT kereta mereka. Perkara ini sememangnya boleh menjahanamkan CVT kerana ia ada gred cecair/minyaknya yang tersendiri.

Transmisi CVT tak bagus macam automatik biasa. Betul ke? 03

Tukar minyak CVT mengikut jadual yang ditetapkan. ​​​​​​ Gambar

2. ‘Belt’ CVT putus

Transmisi CVT tak bagus macam automatik biasa. Betul ke? 04

'Belt' CVT yang putus: Hondata

'Belt' CVT boleh putus tanpa sebarang amaran awal. Enjin akan menderum tanpa pacuan walaupun anda dah letak gear pada ‘Drive’.

Belt CVT merupakan tali yang menyambung ‘driver pulley’ dan ‘driven pulley’ di dalam kotak gear. Apabila tali ini putus, enjin kereta anda tak dapat menggerakkan roda. Walaupun anda dah alih ke ‘Drive’, enjin akan menderum atau rev dengan bebas apabila pedal pemacu dipijak.

Transmisi CVT tak bagus macam automatik biasa. Betul ke? 05

‘Belt’ CVT diperbuat daripada elemen-elemen dan ‘ring packs’/gegelung. Lebih banyak gegelung, lebih kukuhlah ‘belt’ tersebut.

Belt ini terdiri daripada beberapa ratus komponen. Jika ia putus, anda bayangkan sajalah betapa berteraburnya komponen di dalam kotak gear kereta anda. Anda terpaksa ‘tow’ kereta anda ke bengkel dan jalan penyelesaian tipikalnya ialah anda perlu ganti kotak gear yang baru – kosnya tinggi.

Punca utama ‘belt’ CVT putus ialah pemanduan yang agresif atau kuasa yang berlebihan. CVT tak berapa tahan lasak. Inilah sebabnya mengapa ia dipasang di kereta-kereta bandar dan bukannya pada kereta berprestasi tinggi.

CVT bukanlah untuk ‘dilenjan’, dan anda juga tak patut tala/’tune’ enjin anda melebihi had CVT tersebut.

S: Kenapa sistem CVT semakin banyak digunakan di dalam kereta baru?

J: CVT semakin menjadi kebiasaan memandangkan ia mempunyai bahagian bergerak yang lebih kurang, secara amnya ia lebih kecil, kosnya rendah untuk dihasilkan, dan juga ia lebih jimat minyak. Tambahan pula, pemandu biasa selalunya tak hiraukan ‘driving engagement’ atau pemanduan menyeronokkan.

S: Apakah contoh-contoh kereta yang menggunakan CVT?

J: Kereta-kereta kecil seperti:

Semuanya menggunakan CVT. Perodua D55L, SUV Perodua baharu nanti juga dijangka akan didatangkan dengan CVT juga.

Transmisi CVT tak bagus macam automatik biasa. Betul ke? 06

Kereta-kereta besar yang menggunakan CVT termasuklah:

Transmisi CVT tak bagus macam automatik biasa. Betul ke? 07

Banyak kereta-kereta yang dihasilkan di Jepun telah memilih CVT untuk kereta mereka, dan teknologinya semakin lama semakin tahan lasak. Memang tak dinafikan rekaannya yang ringkas, penjimatan minyak, dan pemanduan yang lancar menjadi sebab mengapa mereka memilih sistem ini.

S: Kalau CVT bagus sangat, kenapa Proton beralih semula ke 4AT konvensional?

Transmisi CVT tak bagus macam automatik biasa. Betul ke? 08

CVT Proton diambil dari Punch, dan ia menggunakan ‘start-up clutch’ dan bukannya ‘torque converter’. Inilah sebabnya mengapa pemanduannya tidak selancar kereta-kereta berCVT yang lain. Oleh itu, peralihan semula ke 4AT yang konvensional dengan ‘torque converter’ lebih masuk akal untuk Proton.

‘Wet-clutch CVT’ menyebabkan pemandu perlu menyesuaikan diri dengan pemanduan CVT yang unik. Hakikatnya, ramai juga yang menganggap perkara ini sesuatu yang melecehkan. Bukankah kereta automatik sepatutnya memudahkan pemandu?

Rekaan 4AT yang konvensional jauh lebih tahan lasak berbanding ‘wet-clutch’ Punch CVT.

Transmisi CVT tak bagus macam automatik biasa. Betul ke? 09

Honda City buat sementara waktu bertukar semula ke transmisi automatik konvensional sebelum beralih semula ke CVT

Selain daripada Proton, GD8 Honda City juga menggunakan CVT dengan ‘start-up clutch’. Inilah sebabnya mengapa model GM2 beralih semula ke kotak gear auto 5 kelajuan konvensional. Dari GM6 dan seterusnya, Honda City kembali semula ke CVT.

Rumusan

Transmisi CVT tak bagus macam automatik biasa. Betul ke? 10

CVT cukup tahan lasak jika anda gunakannya dengan betul – pandu cermat seperti biasa, lakukan penyelenggaraan yang kerap, gunakan cecair yang betul. Ia tidak sepatutnya dilenjan seperti orang gian.

Isu-isu seperti CVT ‘overheat’ dan ‘belt’ CVT putus boleh dielakkan dengan mengambil langkah-langkah yang betul. Tak semua CVT dibuat dengan cara yang sama dan ada jenis yang lebih bagus berbanding jenis-jenis yang lain.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda