Nissan Serena 2023 generasi C28 debut di Jepun; teknologi merata, 1.5L e-Power ganti S-Hybrid

Nissan nampaknya baru sahaja melancarkan Nissan Serena 2023 generasi C28 di Jepun. MPV kotak legenda ini merupakan pengganti kepada generasi C27 yang sudah beransur sejak tahun 2016.

Antara pembaharuan terbesar pada Serena C28 adalah ADAS ProPilot 2.0 dan trenkuasa hibrid e-Power yang lebih baru.

Di Jepun, Serena C28 bermula dari 3.269 juta JPY (~RM 106k) untuk varian permulaan (Highway Star V), sebelum mencecah 4.798 juta JPY (~RM 156k) untuk varian teratas (e-Power Luxion).

Trenkuasa – 2 pilihan seperti dahulu, S-Hybrid sudah digugurkan

Sama seperti generasi terdahulu, Serena kali ini hadir dengan dua pilihan trenkuasa tetapi S-Hybrid sudah tiada lagi.

Penggantinya adalah enjin 1.4L (98 PS, 123 Nm) yang dipadankan dengan sistem hibrid siri e-Power. Teknologi ini menggunakan nadi motor elektrik EM75 yang menghembuskan 163 PS dan 315 Nm tork.

Secara teknikalnya, sistem hibrid siri ini menjadikan motor elektrik sebagai punca tenaga utama dan enjin petrol itu hanya sebagai penjana untuk menyalurkan bekalan kuasa terhadap motor tersebut. Dalam kitaran WLTC, Serena C28 dengan sistem e-Power hanya menggunakan 4.85 liter/100 km (20.6 km/liter).

Juga bacaPengalaman memandu Nissan Note e-Power - minyak 2.8L/100km, Axia tak boleh cari makan!

Pilihan trenkuasa yang seterusnya pula adalah enjin 2.0L NA ME20DD yang menghasilkan 150 PS dan 200 Nm tork. Ia dipadankan dengan transmisi CVT.

Kadar penggunaan petrolnya dalam kitaran WLTC adalah pada 7.46 liter/100 km (13.4 km/liter).

Eksterior – Lagi cantik daripada StepWgn/Voxy?

Dengan berinspirasikan model-model terkini Nissan seperti dari Note dan X-Trail T33, Serena C28 datang dengan reka bentuk yang lebih kurang sama dengan model terdahulu tetapi dengan elemen yang jauh lebih moden.

Pada bahagian tepi, terdapat emblem bertulis β€˜Serena’ pada sebuah trim yang menyambungkan lampu hadapan dengan cermin di tiang A.

Beralih ke bahagian belakang, Serena C28 kekal dengan pintu but yang boleh dibuka asing, betul-betul berguna kalau tempat parkir anda jenis sempit.

Interior – skrin melintang mendominasi kabin

Apa yang mendominasikan kabin Nissan Serena kali ini adalah kluster digital 12.3 inci yang bersambung sekali dengan skrin infotainment 12.3 inci.

Apapun, ia eksklusif untuk varian Luxion sahaja. Varian lebih bawah pula hanya dengan unit 7 inci.

Apapun, sokongan Apple CarPlay dan Android Auto didatangkan secara standard. Audio pula disalurkan ke 6 pembesar suara.

Sebagai model yang diperkenalkan pada tahun 2022 yang serba canggih ini, Serena C28 hadir dengan kawalan posisi gear jenis butang fizikal. Kawalan penyaman udaranya juga menggunakan jenis sesentuh. Yang fizikal hanyalah kawalan suhu.

Bagi mempertingkatkan lagi mutu keselesaan, jurutera Nissan telah membangunkan semula suspensi pada Serena kali ini. Antaranya melibatkan komponen penyerap hentakan dan penstabil yang mana ia kini 20% lebih keras bagi mengurangkan olengan badan.

Dalam masa yang sama, baris pertama dan kedua kini hadir dengan tempat duduk Zero Gravity yang terkenal dengan tahap keselesaan yang tinggi.

Selain itu, Nissan turut menawarkan Serena C28 dengan versi yang ada kerusi roda, sama seperti MPV JDM yang lain.

Menariknya, terdapat juga varian yang ada tempat duduk kecil di baris kedua yang mana ia datang dengan pemegang berwarna oren. Varian ini juga ada tempat naik turun kaki supaya mudah untuk penumpang keluar masuk kenderaan.

Keselamatan – Model Nissan pertama dengan ADAS Pro Pilot 2.0

Satu lagi perkara yang menarik pada Serena generasi C28 adalah ADAS ProPilot 2.0 yang mana ia yang pertama buat Nissan. Antara ciri baru yang dilengkapkan termasuklah Collision Avoidance Steering Assist yang mana ia membantu pemandu mengelakkan pelanggaran melalui input stereng.

Ciri ProPilot Parking juga didatangkan buat kali pertama yang mana ia ada menggunakan memori untuk merekod input pemandu sewaktu kenderaan diletakkan, sekaligus memudahkan masuk keluar kenderaan dari tempat parkir tersebut.

Pembaharuan yang terakhir sekali adalah ciri ProPilot Remote Parking yang mana pemandu boleh menggunakan kunci kawalan untuk memasukkan dan mengeluarkan Serena C28 dari petak meletak kenderaan.

Konklusi – Pembaharuan yang sangat diperlukan

Memandangkan pesaing sengit seperti Honda StepWGN dan Toyota Voxy telahpun memperkenalkan MPV kotak segmen C mereka pada awal tahun ini, Nissan juga pasti mahu berlawan.

Berkenaan pelancaran di Malaysia, Serena C28 mungkin perlu mengambil sedikit masa untuk sampai ke pasaran kita kerana Serena C27 facelift baru sahaja diperkenalkan oleh Edaran Tan Chong Motor (ETCM) pada awal tahun ini. Jadi, kalau ikutkan, Serena generasi C28 mungkin hanya akan tiba sekitar tahun 2024 atau 2025.

Juga bacaNissan Serena 2022 facelift dilancarkan di Malaysia - kini dengan ADAS, harga dari RM 149,888

Oops... Something broke.
    Channel:
Ikuti laman sosial kami:
Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk memb...

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Nissan Serena S-Hybrid

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Video Kereta

Taking Time Off in the 2022 Nissan Serena Facelift, Check Out How Practical this MPV is!

Berita Terkini

PLUS and Gentari launch modular EV charger with battery storage at the northbound Behrang lay-by

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) and clean energy solutions provider Gentari Sdn Bhd (Gentari), via its subsidiary, Gentari Green Mobility, have launched an electric vehicle (EV) fast-charging modular and portable station at the northbound Behrang lay-by. The system uses a Battery Energy Storage System (BESS) setup. Present at the launch was Malaysia’s Minister of Works, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi. β€œThe collaboration between PLUS and Gentari is a significant joint effort that can harness the

The 2023 Ford Ranger and Ranger Raptor add two awards to their list of accolades

It’s been an award-winning season for the new 2023 Ford Ranger and its variants. Recently, it’s added another two more to its list of accolades as Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, received the CarPlus Editor’s Choice Award 2022-2023 for β€˜Pick-up Truck of the Year’ for the Ranger and β€˜Car of the Year’ for the Ranger Raptor. The Ranger boasts an updated design with enhanced aerodynamics and improved interior comfort. It features a range of powerful, effi

From equivalent to RM 208k, Thai prices for 2023 Honda Accord confirmed; gap with CR-V's prices tightens

The all-new 2023 Honda Accord has finally gotten its confirmed price list in Thailand following its preview earlier, entering a two-fold battle which only has it facing off against the Toyota Camry range. Three variants of the hybrid-only Accord will go on sale in Thailand, with prices as follows: Accord e:HEV E: THB 1,599,000 (~RM 208k) Accord e:HEV EL: THB 1,669,000 (~RM 217k) Accord e:HEV RS: THB 1,799,000 (~RM 234k) These prices are slightly more competitive to what its sole rival, the Camry

The upcoming mini Toyota Land Cruiser will be a Corolla Cross-sized "Land Hopper?"

The Toyota Land Cruiser made its name being a tough-as-nails, go-anywhere premium 4x4 with the looks to back it up. Hot on the heels of the new global Land Cruiser 300 and the North American Land Cruiser 250 (Prado) could be a new third, more compact variant that’s being adorably dubbed the Land Hopper. Japanese site Best Car Web has dropped its own rendering of what the Land Hopper could be styled like and unsurprisingly, it appears to be very much like a mini Land Cruiser 250. That’s not a bad

Mercedes-Benz EQS SUV launching in Malaysia on Friday, plus another EV by year's end - EQE SUV?

Referenced briefly in the Budget 2024 commentary, Amanda Zhang, the President and CEO of Mercedes-Benz Malaysia, highlighted the company's increasing momentum and revealed the imminent launch of the Mercedes-Benz EQS SUV, happening this Friday on 20-October. β€œOur momentum continues to grow, as we eagerly anticipate the arrival of the EQS SUV this Friday, with plans to launch another all-electric model before year end. These efforts underscore our dedication to providing innovative electric vehic

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model
Rolls Royce

Rolls Royce Spectre

RM 2,000,000

Lihat Model

Perbandingan Kereta Berkaitan

Nissan Serena S-Hybrid
Cek Lebih