Proton X90 nampaknya semakin hampir kepada fasa pengeluaran kerana gambar intipan terbaru oleh Nextrift ini menunjukkan gril 'Infinite Weave' yang sinonim dengan Proton. Selain itu, mengikut corak pengelap cermin (wiper) di hadapan, Proton X90 yang sedang dipandu uji ini menggunakan wiper yang berorientasikan konfigurasi pemanduan sebelah kanan (Right Hand Drive).
Gambar intipan sebelum ini tidak menggunakan gril 'Infinite Weave' dan berdasarkan apa yang dapat dilihat, kebanyakannya masih berada dalam unit pemanduan belah kiri (LHD).
Unit ujian RHD ini mencadangkan bahawa Proton X90 kini berada di peringkat akhir proses pembangunan dengan pelancaran tahun 2023 adalah dijangka.
Sebagai rujukan, SUV 7-penumpang ini berasaskan Geely Haoyue yang disokong oleh platform CV. Geely Haoyue setakat ini ditawarkan di Filipina paling dekat (dijual di sana dengan nama Geely Okavango), negara ASEAN dengan pemanduan sebelah kiri.
Baca: Geely Okavango 2021 - kini dengan bumbung suria 60 inci, Proton X90 untuk Malaysia?
Di China, ia dikuasakan oleh enjin 4-silinder 1.8 liter turbocaj dengan 184 PS/300 Nm, manakala pasaran lain seperti Filipina dan Timur Tengah menggunakan enjin 3-silinder 1.5 liter yang sudah pun dipasang di Tanjung Malim.
Enjin 3-silinder ini tidak berdiri sendiri, ia ditambah dengan sistem hibrid ringan 48V, dengan output 190 PS/300 Nm, dipadankan dengan transmisi dwi-klac 7-kelajuan.
Berdasarkan daripada perancangan awal Proton dengan pembinaan kilang enjin baharu di Tanjung Malim mereka, Proton X90 memberi bayangan akan menggunakan enjin 3-silinder 1.5 liter turbocaj tersebut.
Walaubagaimanapun, tambahan sistem hibrid ringan mungkin tidak berlaku ketika pelancaran dan hanya akan diterapkan ketika kemaskini atau facelift.
Baca: Proton X90 berkemungkinan menjadi hibrid pertama Proton, siap ada acah sistem hibrid MHEV di COE
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}