Mamak Talk
Rebiu Pemilik: Subaru Forester 2018 2.0 NA saya – ada kelasnya yang tersendiri
423
Kita pernah melihat kereta polis Nissan GTR, Lamborghini, dan juga Porsche 911 di tempat lain di dunia. Ini adalah jenis kereta yang menjadikan anak-anak kecil ingin menjadi pegawai polis. Maklumlah, kalau harap dekat kereta peronda biasa sahaja kadang-kadang tidak cukup.
Bermula pada tahun ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menggunakan khidmat Honda Civic, menggantikan unit Proton yang sudah dimamah usia. Tetapi tahukah anda, PDRM juga mempunyai kenderaan lain seperti Volvo S90, Toyota Corolla Altis dan juga Proton X70 di dalam armada mereka?
Lebih menarik lagi, PDRM pernah menggunakan Alfa Romeo dan Peugeot 206 sebagai kereta peronda!
Sayangnya, kita tiada muzium automotif berskala penuh di Malaysia untuk tatapan koleksi sejarah sebegini. Kita ada Muzium Automotif Nasional tetapi tak banyak benda yang menarik di sana.
Di Muzium Polis, hanya kereta bekas Ketua Polis Negara sahaja yang dipamerkan dan kebanyakannya hanyalah Mercedes-Benz lama.
Sebagai tanda penghargaan kepada PDRM, kami di WapCar BM telah membuat senarai kereta polis yang paling terbaik. Mari kita mula!
Jenama Alfa Romeo hanya tinggal kenangan sahaja di Malaysia apabila Sime Darby Auto Italia (SDAI) memberhentikan penjualannya pada tahun 2013. Sebelum itu, Alfa Romeo dijual secara rasmi Kumpulan City Group pada tahun 70an, kemudian Milan Auto pada tahun 90an.
Alfa Romeo Alfetta dikuasakan dengan enjin 2.0 liter petrol yang menghasilkan 130 PS. Pada masa itu, ini sebuah kereta yang agak berkuasa.
Untuk memberikan anda sedikit konteks, Datsun Sunny 120Y dengan enjin 1.2 liter hanya menghasilkan 68 PS.
Jika ada kereta yang boleh menandingi Alfetta pada ketika itu, ia adalah Datsun Bluebird 510 dengan enjin 1.6 liter 4 silinder yang menghasilkan 109 PS.
Proton Satria GTI merupakan sebuah hot hatch terunggul keluaran Proton. Ia ditawarkan ketika Proton memiliki 80% pemilikan di dalam Lotus.
Satria standard itu sendiri adalah sebuah kereta yang agak hensem, maka tak heranlah ianya popular di kalangan peminat kereta muda sehingga sekarang.
Enjin 1.8 liter 4G93P mempunyai 140 PS dan 164 Nm tork. Dengan kawalan dari Lotus, tiada kombo yang mampu menandingi gabungan Proton-Lotus ini.
Satria GTI ini digunakan khas untuk unit peronda lebuh raya, terutama sekali di lebuhraya utara selatan.
Satu je masalah Satria GTI ini, iaitu anda perlu melipat tempat duduk depan untuk memuatkan penjenayah di bahagian belakang. Hehe.
Kereta ni memang tak perlu diperkenalkan lagi. Sejak lahirnya kerjasama Proton dengan Mitsubishi, ramai yang mengetahui kaitan diantara Proton Wira dengan Mitsubishi Lancer generasi keempat.
Berapa banyak kereta Wira di luar sana yang menggunakan enjin, komponen dan kit badan Mitsubishi Lancer Evolution? Rasa tak sah kalau satu hari tak nampak.
Dengan populariti Lancer Evolution di kalangan rakyat Malaysia, keputusan PDRM untuk menggunakan Lancer Evolution X sebagai sebuah kereta polis membuatkan ramai peminat teruja.
Dengan 295 PS dan 366 Nm tork, Mitsubishi Lancer Evolution X adalah kereta yang paling berkuasa PDRM pernah pakai setakat ini.
Pada Jun 2020, PDRM mula menggunakan Honda Civic FC sebagai kereta peronda mereka.
Sebelum itu, pernah tular imej Honda Civic Type R dengan livery polis di laman sosial. Jika model FK8R ini melepasi penilaian PDRM, memang takde nak nampak FC dalam senarai ini.
PDRM menggunakan varian 1.8 liter yang hadir dengan 141 PS dan 174 Nm tork. Penggunaan Honda Civic ini bertujuan untuk menggantikan unit peronda Proton Waja yang sudah tua.
Pada pendapat kami, ini satu pilihan yang bernas memandangkan Proton tiada sedan yang baharu. Civic FC juga mempunyai aura yang lebih garang berbanding Honda City.
Anda setuju ke tidak dengan senarai kami ini? Tinggalkan pendapat anda di bawah!
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
0