Stereotaip di rantau kita sering menunjukkan bahawa negara seperti Indonesia selalunya akan dapat dahulu berbanding Malaysia. Tetapi untuk hatchback segmen A yang sedang hangat diperkatakan sekarang, Perodua mungkin memperkenalkannya lebih awal daripada Toyota dan Daihatsu.
Apa yang dimaksudkan di sini adalah Perodua Axia D74A generasi baharu akan keluar dahulu berbanding kembarnya iaitu Toyota Agya dan Daihatsu Ayla.
Menurut Autonetmagz, Axia serba baharu mungkin debut seawal Februari, manakala kembarnya akan rasmi pada bulan Mac.
Juga baca: Spekulasi: Perodua Axia baharu D74A debut Feb 2023 - 6 beg udara, D-CVT dan DNGA!
Perkara ini agak unik kerana Perodua selalunya akan memperkenalkan sesuatu model selepas Toyota dan Daihatsu melancarkannya. Sebagai konteks, Toyota Agya dan Daihatsu Ayla dirasmikan pada tahun 2012 tetapi Perodua Axia diperkenalkan dua tahun kemudian iaitu pada tahun 2014.
Baru-baru ini pula, model seperti Alza D27A dilancarkan enam bulan selepas kembarnya (Toyota Avanza dan Veloz) diperkenalkan di Indonesia.
Juga baca: 2023 Perodua Axia D74A menyusul - D-CVT, tiada turbo kekal 1.0 NA sekarang!
Secara teknikal, Axia D74A katanya akan menggunakan enjin 1.0L 3 silinder yang sama tetapi dengan transmisi D-CVT. Apapun, gosip yang mengaitkan Ayla dan Agya generasi baharu dengan nadi 1.0L turbo dari Ativa/Raize/Rocky telah senyap tanpa perkembangan baru.
Apapun, berdasarkan pelbagai sumber, dimensi Axia D74A akan lebih panjang dan lebih rendah berbanding model sekarang, kiranya hampir sama dengan Perodua X Concept yang dipertontonkan pada tahun 2018.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}