Dalam satu sidang Perodua Outlook Media Conference berkenaan pelan tahun 2023 yang sedang berlangsung, Ketua Pegawai Eksekutif Perodua iaitu Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad turut mengetengahkan pelan untuk memperkembangkan lagi operasi Pre-Own Vehicle (POV) dan perniagaan langganan melalui peruntukan bernilai RM 1.15 bilion.
Apa yang dimaksudkan beliau buat perniagaan Subscription itu adalah Perodua Ativa Hybrid yang mana ia mendapat sambutan yang cukup menggalakkan sejak diperkenalkan pada September tahun lalu.
Untuk pengetahuan anda, Ativa Hybrid hanya ditawarkan sebagai langganan sahaja, bukan untuk jualan dan pemilik yang terpilih membayar komitmen bulanan sebanyak RM 500.
Juga baca: Perodua Ativa Hybrid macam 'best', tapi anda tak boleh beli langsung - ini sebabnya
Dalam masa yang sama, Zainal turut menjelaskan dengan berkata, “Kami telah memperuntukkan RM 537.1 juta untuk pembangunan model baru dan RM 247.1 juta untuk mempertingkatkan operasi termasuk menaik taraf pusat 1S dan 2S menjadi 3S”.
Kata beliau, dengan hasrat Perodua untuk mempertingkatkan kualiti rangkaian, mereka juga menyasarkan bilangan kenderaan yang lebih banyak di pusat servis.
Ulas Zainal, “Untuk 2023, kami menyasarkan sehingga 2.8 juta unit kenderaan, berbanding 2.6 juta yang direkodkan pada tahun lepas.
Juga baca: Perodua Axia baharu 2023 buka tempahan - kekal 1.0L NA, dapat D-CVT dan meter digital!
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}