Beberapa hari yang lalu, imej rasmi Geely Boyue Cool telah didedahkan secara rasmi. SUV baharu itu merupakan model Geely Boyue (Proton X70) generasi baharu dengan pelancaran rasmi dijangka awal April dan akan mula dijual pada separuh pertama tahun ini.
Model siri Boyue mempunyai beberapa sub-model misalnya Geely Boyue L dan Geely Boyue Cool seperti yang dipertontonkan ini. Menariknya, Geely Binyue (Proton X50) generasi baharu juga mempunyai variasi Cool ini.
Dari segi penampilan, SUV baharu ini menggunakan gaya reka bentuk keluarga baru, dan gril "perisai" diletakkan pada garisan atas bahagian tengah sebagai pusat matriks titik berbentuk V, membawa kesan visual yang lebih baik. Di samping itu, gugusan lampu depan LED berbentuk Y juga menjadikan muka depan kelihatan sangat agresif.
Bergerak ke bahagian sisi pula, 2 garis badan yang bertemu membawakan karakter sporty yang kuat. Dari segi dimensi, Geely Boyue Cool mempunyai panjang, lebar dan ketinggian 4510/1865/1650 mm masing-masing, dan jarak roda 2701 mm.
Baca: Geely Binyue Cool dengan enjin 4-silinder 1.5 Turbo, apa lagi kekurangan X50 selain silinder?
Di bahagian belakang, lampu ekor LED tajam tiga mata menghiasi garis badan di muka belakang. Pada masa yang sama, spoiler bersaiz besar dan sejumlah empat ekzos di kedua-dua belah pihak meningkatkan lagi imej sporty yang dibawakan SUV ini.
Berdasarkan maklumat pengisytiharan sebelum ini daripada laman web kementerian di China, kuasa datang daripada enjin 4-silinder 1.5TD yang dibangunkan bersama oleh Volvo dan Geely dengan kuasa maksimum 181 PS, dipadankan dengan transmisi automatik DCT 7-kelajuan.
Kabin dalamannya dikhabarkan mempunyai panel instrumen mendatar LCD penuh, lampu ambien, stereng yang direka semula dan sistem pengecaman wajah. Menariknya, portal media China memanggilnya sebagai "Boyue MINI" kerana ia dilihat bersaing dengan model SUV kompak lain seperti Nissan Qashqai dan Chery Omoda 5.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}