window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kia gagah di persada EV - kedudukan ke-4, mendahului Hyundai tapi bawah Tesla, Ford & Chevrolet

Faisal Β· Apr 7, 2023 06:00 PM

Kia gagah di persada EV - kedudukan ke-4, mendahului Hyundai tapi bawah Tesla, Ford & Chevrolet 01

Di Amerika, Kia merupakan jenama kereta elektrik (EV) ke-4 paling laku (pegang 3.8% bahagian pasaran) untuk tahun 2022. Menariknya, mereka telah mendahului Hyundai tetapi masih di belakang Tesla, Ford dan Chevrolet.

Sewaktu pembentangan CEO Investor Day tahunan yang diadakan baru-baru ini, mereka yakin tentang masa depan yang menggunakan EV. Kalau anda nak tahu, pengeluar dari Jepun, Eropah dan Amerika turut berpendapat sama. Trend ini dimainkan oleh faktor minat pelanggan, piawaian dari kerajaan dan subsidi yang memudahkan orang ramai untuk memiliki EV. Dalam masa yang sama, Kia percaya bahawa dengan menerapkan elektrifikasi, ia dapat membantu menaikkan imej dan persepsi jenama tersebut.

Kia gagah di persada EV - kedudukan ke-4, mendahului Hyundai tapi bawah Tesla, Ford & Chevrolet 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

β€œPada tahun 2021, Kia mula membuat transformasi penuh ke atas nama korporat, logo, produk, reka bentuk dan strategi korporatnya. Selepas itu, nilai jenama kami terus naik mendadak, sekaligus membantu untuk memenangi pelbagai anugerah β€˜Car of the Year’ dalam beberapa pasaran utama.” kata Presiden dan CEO Kia, Ho Sung Song. β€œUntuk menjadi Sustainable Mobility Solutions Provider, Kia perlu kekalkan usaha untuk menguatkan identiti jenama Kia dan mengukuhkan model bisnes yang inovatif serta mengutamakan pelanggan.”

Secara amnya, Kia menjangkakan jualan global untuk cecah 4.3 juta kenderaan menjelang 2030, iaitu 34% peningkatan berbanding 3.2 juta kenderaan yang disasarkan untuk tahun ini. Antara strategi korporat Kia termasuklah pelan untuk kenderaan pelbagai guna melalui pelancaran kenderaan PBV (Purpose-Built Vehicle) pada tahun 2025. Selain itu, terdapat rancangan teksi robot dan pemanduan autonomi. Satu lagi, Kia akan menawarkan trim berprestasi tinggi GT untuk kesemua model EV akan datang.

Kia gagah di persada EV - kedudukan ke-4, mendahului Hyundai tapi bawah Tesla, Ford & Chevrolet 01

Untuk suku pertama 2023, jualan Kia di Amerika melonjak sehingga 22% iaitu kepada 184,136 unit kenderaan. Pertumbuhan pasaran secara am pula baru 8.4%. Dalam tempoh sama, jualan Kia di serata dunia meningkat 12% iaitu kepada 767,700 kenderaan. Kalau anda nak tahu, Kia akan meletakkan fokus pada varian atas kerana harganya lebih tinggi daripada varian biasa, sekaligus meningkatkan lagi margin keuntungan.

Untuk makluman anda, matlamat Kia adalah untuk meningkatkan sumbangan terhadap industri kenderaan elektrik dengan keuntungan dari 5% kepada 32% menjelang 2026 dan 53% menjelang 2030. Untuk mencapai angka sebegini, Kia berancang untuk mengurangkan kos bateri berbanding harga 2018 sehingga 55% menjelang 2030.

Juga bacaKia EV9 debut - arkitektur 800V, 15 minit mengecas memberi jarak pandu 239 km, ACC 'Level 3'

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia