window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kia EV9 debut - arkitektur 800V, 15 minit mengecas memberi jarak pandu 239 km, ACC 'Level 3'

Faisal Β· Apr 4, 2023 03:00 PM

Kia EV9 debut - arkitektur 800V, 15 minit mengecas memberi jarak pandu 239 km, ACC 'Level 3' 01

Kereta konsep apabila masuk ke fasa produksi selalunya tidak nampak sama. Namun, Kia EV9 yang didedahkan sebagai model mercu EV Kia baru-baru ini menunjukkan bahawa ia sememangnya boleh menjadi satu realiti.

Kia EV9 debut - arkitektur 800V, 15 minit mengecas memberi jarak pandu 239 km, ACC 'Level 3' 02

Secara amnya, SUV elektrik gergasi ini dibangunkan menggunakan Electric Global Mobility Platform (E-GMP), sama seperti Hyundai Ioniq 5 dan Kia EV6.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga bacaKia EV6 dilancarkan di Malaysia, harga dari RM 300,668 - 325 PS, AWD, 506 km, ADAS lengkap

Kia EV9 debut - arkitektur 800V, 15 minit mengecas memberi jarak pandu 239 km, ACC 'Level 3' 01

Pilihan saiz rim adalah dari 19 - 21 inci.

Walaupun dengan bentuk kotak, kadar aerodinamiknya hanya 0.28 cd, lebih kurang sama dengan Toyota Prius (0.27 cd). Perkara ini dibuat melalui penggunakan tirai udara pada bahagian depan dan penutup bahagian bawah kenderaan. Rim yang berpermukaan rata juga memainkan faktor kehebatan aerodinamik Kia EV9.

Antara sentuhan menarik yang ada pada bahagian luar adalah LED β€˜Star Map’ yang memgeluarkan animasi cahaya mengikut mod memandu yang anda pilih.

Kia EV9 debut - arkitektur 800V, 15 minit mengecas memberi jarak pandu 239 km, ACC 'Level 3' 02

Untuk bahagian dalam, pembeli ditawarkan dengan pilihan 6 atau 7 tempat duduk serta pilihan 4 tempat duduk pada bahagian belakang yang mana kerusi baris tengah boleh dipusing 180-darjah supaya mudah untuk penumpang berbual antara satu sama lain.

Kia EV9 debut - arkitektur 800V, 15 minit mengecas memberi jarak pandu 239 km, ACC 'Level 3' 03

Kia EV9 debut - arkitektur 800V, 15 minit mengecas memberi jarak pandu 239 km, ACC 'Level 3' 04

Bercakap mengenai ini, tempat duduk depan juga ada boleh dilaras macam kerusi urut, sesuai sangat untuk menunggu kereta dicas.

Kia EV9 debut - arkitektur 800V, 15 minit mengecas memberi jarak pandu 239 km, ACC 'Level 3' 05

Antara ciri yang ada pada bahagian kabin termasuklah skrin kembar 12.3 inci yang merangkumi kluster instrumen dan infotainment. Menariknya, cermin sisinya ada jenis digital yang mana ia menggunakan kamera macam Honda e.

Juga bacaGaleri: EV Honda E yang dijual di Malaysia, RM 208k, ini 27 gambar yang boleh buat anda cair!

Kia EV9 debut - arkitektur 800V, 15 minit mengecas memberi jarak pandu 239 km, ACC 'Level 3' 06

Secara amnya, bahan kulit yang diguna pada bahagian interior Kia EV9 adalah dari ekstrak tumbuhan. Bahan plastik yang diterapkan pula sekurang-kurangya diperbuat daripada 70 botol kitar semula PET.

Kia EV9 debut - arkitektur 800V, 15 minit mengecas memberi jarak pandu 239 km, ACC 'Level 3' 07

Buat masa ini, Kia EV9 ditawarkan melalui varian RWD Standard, RWD Long Range dan AWD. Varian berprestasi tinggi pula akan tiba sekitar tahun 2025.

Kia EV9 debut - arkitektur 800V, 15 minit mengecas memberi jarak pandu 239 km, ACC 'Level 3' 08

Dari segi teknikal, varian RWD Standard hadir dengan bateri 76.1 kWj, manakala varian Long Range dan AWD menggunakan jenis 99.8 kWj. Berkenaan kuasa pula, varian RWD Standard datang dengan motor elektrik 215 PS/350 Nm. Motor sama pada varian RWD Long Range pula dihadkan pada 201 PS/350 Nm.

Kia EV9 debut - arkitektur 800V, 15 minit mengecas memberi jarak pandu 239 km, ACC 'Level 3' 09

Ia juga ada 3.68 kW V2L, kiranya boleh mengidupkan peranti elektrik.

Mengenai varian AWD, susunan dua motornya menghembuskan output sehingga 380 PS dan 600 Nm tork. Pecutan 0 – 100 km/j untuk varian ini hanya mengambil masa 6 saat. Menariknya, ciri tambahan Power Boost turut ada sebagai pakej langganan yang mana jumlah torknya dinaikkan sehingga 700 Nm.

Apa yang lebih menakjubkan adalah Kia EV9 menggunakan sistem mengecas 800V dan dengan penggunaan arkitektur ini, Kia mendakwa bahawa mengecas 15 minit sahaja sudah boleh memberi jarak pandu sehingga 239 km. Apapun, buat masa sekarang, jarak pandu yang didakwa hanya untuk varian RWD Long Range iaitu 541 km (kitaran WLTP, dengan rim 19 inci).

Kia EV9 debut - arkitektur 800V, 15 minit mengecas memberi jarak pandu 239 km, ACC 'Level 3' 10

Dari segi ciri bantuan keselamatan ADAS, EV9 adalah model Kia pertama yang menampilkan sistem Highway Driving Pilot (HDP). Penggunaan 15 pengesan (termasuk dua LIDAR) juga membolehkan SUV EV ini diiktiraf sebagai kereta yang mempunyai pemanduan autonomi Tahap 3 bersyarat. Dalam erti kata lain, kereta ini hampir boleh memandu secara sendiri.

Bercakap mengenai ini, ciri Remote Smart Parking Assist (RSPA) 2 yang boleh diaktifkan melalui Digital Key 2 baru juga memboleh Kia EV9 meletak kenderaan dengan sendiri, walaupun pemandu tiada dalam kereta.

Secara amnya, ADAS yang dilengkapkan pada Kia EV9 merangkumi ciri:

  • Rear Cross-Traffic Collision-Avoidance Assist (RCCA)
  • Blind-Spot Collision-Avoidance Assist (BCA)
  • Lane Keeping Assist (LKA)
  • Intelligent Speed Limit Assist (ISLA)
  • Navigation-based Smart Cruise Control (NSCC)
  • Highway Driving Assist 2 (HDA 2)

Setakat ini, harga Kia EV9 masih belum diumum. Tempahan di Korea sendiri akan bermula pada suku 2 2023. Jualan di beberapa pasaran global pula akan bermula separuh 2 tahun ini.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia