Proton
Owner Review: Met Some Problems with My 2020 Proton X70 Premium X. Do I Regret Buying It?
95
Proton X70 memang antara salah satu SUV yang hensem di pasaran kita sekarang. Dengan harga yang mampu milik, ditambah pula dengan ciri-ciri dan kelengkapan yang padu, maka tak hairanlah betapa banyak X70 di jalan raya kita.
Semestinya, akan ada pemilik yang ingin membuat kereta meraka tampak lain daripada yang lain. Azalinya, memang banyak rakyat Malaysia yang kreatif, terutamanya bab kosmetik kereta.
Berbekalkan minat dan cinta terhadap kereta, pemilik X70 unik ini iaitu Khairul Anuar telah bekerjasama dengan Venis Car Bodykit untuk mereka kit badan ‘custom one-off’ bagi X70 beliau.
Kit badan ‘custom’ ini merangkumi penambahan lip depan, skirting sisi dengan canard, diffuser belakang, spoiler bumbung, spoiler but, serta gril hadapan.
Rim standard 19’ tidak cukup garang, jadi Khairul telahpun menukar rim ke WORK Gnosis GR205 20’ yang dipadankan dengan tayar Atlas Force UHP 245/45R20, menaikkan lagi aura garang di SUV beliau.
Kit badan dan rim dah cun, tapi nak cun lagi mestilah kena rendahkan betul tak? Oleh itu. suspensi asal telah digantikan dengan suspension boleh laras GT Series dari F Tuned Racing Suspension.
Untuk pengetahuan anda F Tuned Racomg Suspension adalah jenama tempatan yang mempunyai standard buatan antarabangsa, diasaskan oleh bekas jurutera Ride & Handling Proton iaitu Wan Ahmad Farouk Shah. Ini baru betul punya kerja, bukan potong spring atau masuk penyerak hentap cap ayam.
Masuk pula rim yang lagi besar, memang brek depan standard nampak cinonet je. Oleh itu, sistem brek 6 pot dari Brembo dengan cakera berukuran 355 mm kini telah menggantikan sistem brek depan yang asal. Ini betul-betul boleh berhenti punya.
Pemilik X70 ini dikatakan sudah membelanjakan lebih dari RM 30,000 untuk mengubahsuai SUV kesayangan ini.
Nampak gayanya ini bukanlah modifikasi yang terakhir yang bakal dibuat terhadap SUV beliau. Apa-apa pun, yang paling penting adalah kepuasan diri sendiri, betul tak?
Kredit gambar: Khairul Anuar
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
11