Satu lagi kemaskini model yang ditawarkan oleh Bermaz datang dalam bentuk Mazda 6 20th Anniversary Edition. Edisi istimewa ini menandakan ulangtahun ke-20 generasi pertama Mazda 6 diperkenalkan ke pasaran iaitu pada tahun 2002.
Apa yang unik pada varian ini adalah lencana 20th Anniversary pada fender depan, rim 19 inci berwarna Bright Metallic dan gril radiator berwarna Gunmetal.
Masuk ke bahagian dalam pula, Mazda 6 varian ini tampil istimewa dengan kabin berwarna coklat, penyejuk tempat duduk hadapan, cermin pandang belakang tanpa bingkai, tirai cermin belakang dan paparan pelbagai maklumat 7 inci pada kluster instrumennya.
Selain itu, pengecas tanpa wayar Qi kini datang standard pada semua varian.
Pada masa yang sama, ADAS i-Activsense buat varian 20th Anniversary dan 2.5L Touring juga ditawarkan eksklusif dengan ciri Front & Rear Smart Brake Support (SBS), Mazda Radar Cruise Control (MRCC) dengan Stop 7 Go dan Cruising & Traffic Support (CTS).
Dari segi warna badan, pelanggan boleh memilih di antara pilihan berikut:
Untuk harga pula, Mazda 6 2023 yang kekal diimport (CBU) dari Jepun ini ditawarkan seperti di bawah:
Waranti dan pakej penyelenggaraan percuma pula tetap diberi sehingga 5 tahun/100,000 km.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}