window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Blind Spot Monitor dan laluan motosikal menjelang tahun 2021?

Haris ยท Nov 6, 2020 11:00 AM

Blind Spot Monitor dan laluan motosikal menjelang tahun 2021? 01

Keselamatan bagi kesemua pengguna jalan raya adalah keutamaan MIROS. Oleh yang demikian, laporan terbaru yang dikeluarkan oleh MIROS ingin membawa 2 gugusan perubahan yang besar buat penunggang motosikal.

Pertama, MIROS sedang mendesak untuk pembinaan laluan motosikal melalui Rancangan Malaysia Kedua Belas (12th Malaysia Plan) mulai tahun 2021.

Blind Spot Monitor dan laluan motosikal menjelang tahun 2021? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Malah, pengerusi MIROS sendiri, Datuk Suret Singh, yakin Malaysia mampu menyelamatkan kira-kira 1,000 nyawa penunggang dan pembonceng motosikal secara tahunan jika menggunakan laluan motosikal.

Blind Spot Monitor dan laluan motosikal menjelang tahun 2021? 01

Kedua, MIROS turut mendesak agar sistem Pengawasan Titik Buta (Blind Spot Monitor) dijadikan sebuah fungsi wajib dalam kereta untuk menerima 5 bintang penuh dalam ASEAN NCAP. Tiada BSM, tiada 5 bintang.

Pada tahun 2018, langkah mewajibkan Kawalan Kestabilan Elektronik (Electronic Stability Control) oleh pihak kerajaan adalah hasil daripada kajian MIROS dan ASEAN NCAP.

Blind Spot Monitor dan laluan motosikal menjelang tahun 2021? 02

Road Map ASEAN NCAP tahun 2021 meletakkan BSD (Blind Spot Detection) sebagai faktor utama di bawah keselamatan penunggang motosikal

"Diharapkan pihak kerajaan akan menjadikan BLIS sebagai satu alatan yang wajib juga kerana ia memang terbukti membantu pemandu untuk mengesan kedudukan motosikal di sisi kenderaan mereka," ujar Dr Khairil Anwar Abu Kassim, Ketua Pengarah MIROS dan Setiausaha Agung ASEAN N-CAP.

Blind Spot Monitor dan laluan motosikal menjelang tahun 2021? 03

Dr Khairil Anwar Abu Kassim

Kajian MIROS turut mendapati bahawa pada tahun lepas sahaja, lebih 4,000 penunggang motosikal maut. Angka ini bersamaan dengan 11 penunggang motosikal maut setiap hari.

Antara kajian lain yang pernah dijalankan pihak MIROS adalah mengenai penggunaan aksesori haram, sikap penunggang motosikal P-hailing namun sebarang penguatkuasaan masih belum dilakukan.

Sumber: The Star, ASEAN N-CAP

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda