window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Laluan kecemasan BUKAN untuk motosikal tetapi dibolehkan? Ini ulasan MIROS

Haris · Sep 2, 2020 11:59 AM

Laluan kecemasan BUKAN untuk motosikal tetapi dibolehkan? Ini ulasan MIROS 01

Baru-baru ini, tular apabila sebuah kereta model Toyota Camry telah ditangkap selepas mengakibatkan kemalangan penunggang dan pembonceng motosikal ketika cuba memotong di laluan kecemasan. Lebih kesal lagi, pemandu tersebut melarikan diri selepas mengakibatkan kemalangan selepas memotong tanpa memberi isyarat di laluan kecemasan.

Walaubagaimanapun, mangsa kemalangan pun sudah mendapatkan rawatan dibantu oleh pemandu di hadapan pelaku yang baik hati membantu mangsa. 

Laluan kecemasan BUKAN untuk motosikal tetapi dibolehkan? Ini ulasan MIROS 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Seperti biasa, terdapat warganet yang dengan pantas menyalahkan mangsa iaitu penunggang motosikal yang menggunakan laluan kecemasan. Fenomena ini bukanlah sesuatu yang baru. Kita selalu melihat motosikal menggunakan laluan kecemasan dan kita juga selalu melihat warganet yang bangang.

Laluan kecemasan BUKAN untuk motosikal tetapi dibolehkan? Ini ulasan MIROS 01

Sehubungan dengan itu, apa pula ulasan pakar mengenai hal ini? Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Dr Khairil Anwar Abu Kassim berkata, penggunaan lorong kecemasan oleh motosikal adalah satu kesalahan yang menyalahi undang-undang jalan raya namun dalam keadaan tertentu, mereka wajar diberi kelonggaran terutama dalam isu berkaitan keselamatan

"Bagaimanapun, dalam konteks keselamatan, adalah lebih baik memisahkan kenderaan lain yang lebih besar seperti kereta atau kenderaan berat yang berada di laluan sama dengan motosikal.

Laluan kecemasan BUKAN untuk motosikal tetapi dibolehkan? Ini ulasan MIROS 02

"Justeru penunggang motosikal digalakkan menunggang di sebelah kiri laluan dan jika ada keperluan, mereka boleh menggunakan lorong kecemasan namun perkara itu masih di peringkat perbincangan," katanya kepada Berita Harian.

“Membenarkan motosikal menggunakan lorong kecemasan boleh dianggap sebagai penyelesaian sementara dalam situasi tertentu, contohnya di lebuh raya yang mengalami kesesakan trafik, namun penunggang motosikal tidak sepatutnya menganggap laluan kecemasan itu adalah milik mereka.” tambah beliau lagi.

Laluan kecemasan BUKAN untuk motosikal tetapi dibolehkan? Ini ulasan MIROS 03

Dalam konteks menjaga keselamatan, motosikal dibolehkan untuk menggunakan laluan kecemasan. Hal ini jauh lebih baik berbanding motosikal di laluan paling kanan atau mencelah.

Antara objektif undang-undang digubal adalah untuk menjaga keselamatan. Di sini sikap toleransi dan faham memahami antara satu sama lain penting dalam memastikan keselamatan kesemua pengguna jalan raya, bukan bergaduh siapa salah di sisi undang-undang.

Sumber: Berita Harian

Kredit gambar: Illuminasi

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda