window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Daripada spoiler patah kepada 'larian olahraga' - perangai jelik segelintir rakyat Malaysia mengganggu Retro Havoc 2023!

Zamil Syaheer · May 30, 2023 08:00 PM

Daripada spoiler patah kepada 'larian olahraga' - perangai jelik segelintir rakyat Malaysia mengganggu Retro Havoc 2023! 01

Acara Retro Havoc (RH) yang diadakan buat kali ke-8 ini merupakan yang paling besar pernah dilakukan dalam sejarah penganjuran mereka yang bermula pada tahun 2014.

Diadakan hanya selama satu hari pada 27hb Mei 2023, pertunjukan kereta retro serta ‘future retro’ dengan mengumpulkan sekitar 1,000 buah kereta serta 50 motosikal terbaik dan paling unik yang berusia sekurang-kurangnya 20 tahun.

Daripada spoiler patah kepada 'larian olahraga' - perangai jelik segelintir rakyat Malaysia mengganggu Retro Havoc 2023! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Terdapat juga penyertaan dari negara jiran Singapura dan Thailand yang berkumpul di tingkat parkir bawah tanah B2 di The Curve, Mutiara Damansara.

Saya sendiri pernah terlibat dengan RH, bekerja sebagai salah seorang kru acara pada tahun pertama penganjurannya di kawasan hangar persendirian bersebelahan Lapangan Terbang Subang.

Daripada spoiler patah kepada 'larian olahraga' - perangai jelik segelintir rakyat Malaysia mengganggu Retro Havoc 2023! 01

Kredit

Bukan itu sahaja, saya sendiri pernah turut serta mempamerkan jentera saya, Nissan Silvia Spec R (S15) 2001 pada acara tahun 2018, 2019, dan 2022.

Jika anda peminat kereta klasik serta JDM yang ‘rare’, ini adalah acara yang anda patut pergi.

Daripada spoiler patah kepada 'larian olahraga' - perangai jelik segelintir rakyat Malaysia mengganggu Retro Havoc 2023! 02

Toyota Sports 800 pada acara Retro Havoc 2019

Antara kereta-kereta lain yang menarik daripada acara RH sebelumnya termasuk Toyota Sports 800 dan Toyota Century. Selain mencuci mata melihat pelbagai jenis jentera yang unik, RH juga merupakan tempat untuk berkenalan dengan rakan baru dan berbual dengan pemilik kereta.

Ambil contoh rakan sekerja saya, CY. Dia mengenali pemilik Century dan Mitsubishi Pajero Mini dari pertunjukan RH sebelumnya, dan kebanyakan pemilik ini bersedia untuk berkongsi cerita tentang bagaimana mereka mendapatkan kereta impian mereka. 

Baca juga: Mitsubishi Pajero Mini - hanya 3 unit di Malaysia, bekas pesaing Jimny yang paling rapat!

Namun begitu, bukan semuanya indah…

Daripada spoiler patah kepada 'larian olahraga' - perangai jelik segelintir rakyat Malaysia mengganggu Retro Havoc 2023! 03

Saya sempat meluangkan masa untuk turun padang dah melihat sendiri apakah perbezaan acara tahun ini berbanding acara sebelumnya.

Secara peribadi, RH tahun ini terlalu mengfokuskan kepada kuantiti berbanding kualiti. Memang mengagumkan apabila kita melihat tempat letak kereta dipenuhi dengan pelbagai jentera menakjubkan daripada kereta klasik berusia seratus tahun sehingga motosikal yang sangat bernilai, namun bukan semuanya retro, ada juga yang dikira baru.

Daripada spoiler patah kepada 'larian olahraga' - perangai jelik segelintir rakyat Malaysia mengganggu Retro Havoc 2023! 04

Ini mungkin kerana saya sudahpun terbiasa menghadiri beberapa pertemuan ataupun acara kereta di sekitar :embah Klang. Bagi sesetengah orang, ini mungkin kali pertama mereka menghadiri acara seperti ini. Kiranya, tiada yang betul mahupun salah disini.

Menurut pihak penganjur, RH tahun ini memecahkan rekod pengunjung mereka dengan lebih 70,000 orang hadir. Namun, ini menyebabkan trafik lalu lintas menjadi begitu sibuk dan kacau bilau walaupun anda sudahpun membeli tiket masuk berharga RM 10 beberapa hari sebelumnya.

Daripada spoiler patah kepada 'larian olahraga' - perangai jelik segelintir rakyat Malaysia mengganggu Retro Havoc 2023! 05

"Is that a Supra?" - dah basi dah mat

Ini bukan kali pertama RH mengadakan acara di The Curve. Tahun lalu, dua edisi RH telah diadakan di tempat letak kereta pusat beli-belah tersebut, dengan yang pertama diadakan semasa Tahun Baru Cina dan Encore Edition di pertengahan tahun.

Encore Edition merupakan acara kemuncak kerana buat pertama kali sejak pandemik melanda pada tahun 2020, akhirnya dua negara jiran kita iaitu Thailand dan Singapura dapat kembali semula ke tanah air kita.

Daripada spoiler patah kepada 'larian olahraga' - perangai jelik segelintir rakyat Malaysia mengganggu Retro Havoc 2023! 06

Dengan pembukaan sempadan antarabangsa, Encore Edition merupakan kejayaan yang sangat besar dan ia adalah penawar yang tepat selepas 2 tahun kita semua terperangkap di rumah disebabkan oleh pandemik.

Berdasarkan pemerhatian saya setelah berkunjung ke acara tahun ini, ia merupakan yang paling ’havoc’. Lagipun, angka 70,000 pengunjung itu merupakan bukti bahawa budaya kereta di Malaysia masih hidup dan mungkin semakin kuat, tetapi seperti acara besar lainnya, akan ada segelintir kumpulan atau individu bermasalah yang akan membuat kacau, secara tidak langsung memberi imej negatif kepada acara RH.

Daripada spoiler patah kepada 'larian olahraga' - perangai jelik segelintir rakyat Malaysia mengganggu Retro Havoc 2023! 07

Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit. Pepatah melayu ini bermaksud “disebabkan angkara seorang anggota maka yang lain beroleh nama buruk dan dituduh terbabit sama”.         

Bunyi kuat dan bising bukan bermaksud stailo

Daripada spoiler patah kepada 'larian olahraga' - perangai jelik segelintir rakyat Malaysia mengganggu Retro Havoc 2023! 08

Kereta-kereta yang biasanya hadir dalam pertemuan kereta ini menarik perhatian. Dari Nissan Fairlady Z klasik (S30) berwarna pink “Pinko” yang membuat penampilan sulungnya di acara tersebut hingga Cadillac ‘lowrider’ yang seolah-olah melompat masuk ke tempat letak kereta, memang ada kegembiraan di udara. Namun begitu, kegembiraan visual tidak memberi sebab untuk kebanyakan pengunjung bersorak.

Daripada spoiler patah kepada 'larian olahraga' - perangai jelik segelintir rakyat Malaysia mengganggu Retro Havoc 2023! 09

Sebaliknya, apa yang menarik banyak pengunjung adalah kereta-kereta sports arus perdana yang terkenal melalui kultur pop seperti permainan video dan juga filem. Model-model seperti Supra A80, Skyline R34, dan Lancer Evolution CT9A termasuklah beberapa kereta tempatan yang diubahsuai dengan unik biasanya menarik perhatian terbesar.

Baca juga: Kenapa harga kereta berprestasi Jepun (JDM) 80an dan 90an tiba-tiba mahal?

Daripada spoiler patah kepada 'larian olahraga' - perangai jelik segelintir rakyat Malaysia mengganggu Retro Havoc 2023! 10

Salah satu kereta paling mahal di RH 2023 dan variannya yang kurang terkenal

Bahkan ada sebuah Hakosuka GT-R klasik yang sangat bernilai dipamerkan di acara tersebut, tetapi jika ia tidak meraung dan bising, tidak ada seorang pun akan menghiraukannya. Dan di sinilah terletak masalah terutamanya dengan para pengunjung yang hanya ingin mengejar ‘clout’ & ‘content’. Mereka ini bukanlah peminat kereta yang sebenar.

Baca juga: 5 kereta yang bunyinya lebih sedap dari kereta Formula Satu moden!

Daripada spoiler patah kepada 'larian olahraga' - perangai jelik segelintir rakyat Malaysia mengganggu Retro Havoc 2023! 11

Encore Edition 2022 mempunyai kurang orang ramai tetapi rangkaian kereta yang lebih menarik

Sepanjang hari, acara RH 2023 kelihatan tertib tetapi seperti versi-versi RH sebelumnya, semuanya menjadi ‘havoc’ menjelang akhir acara. Saat saya dengar ada para peserta yang menghidupkan enjin dan menekan pedal minyak untuk ‘belanja’, saya sudah tahu bahawa kini sudah tiba masanya untuk saya beredar. Ini kerana apabila ada pihak yang ‘start’ buat hal, maka yang lain pun akan turut serta. “Monkeys see, monkey do”.



Suara dentuman dan keguncangan terdengar seperti tembakan senjata api saat bunyi tersebut memantul dari dinding. Setiap kali ekzos berdentum, ramai yang seperti histeria. Kepala mulai berpaling, jeritan mula terpekik, dan semua “oohs” dan “ahh” bertindak sebagai petunjuk untuk mengikuti dari mana bunyi itu bermula.

Dah macam rusuhan

Daripada spoiler patah kepada 'larian olahraga' - perangai jelik segelintir rakyat Malaysia mengganggu Retro Havoc 2023! 12

Seperti ramai netizen yang mudah terpukau dengan ayat ‘cheese leleh viral’ ataupun melihat artis k-pop di depan mata, ramai yang mula berkerumun mengelilingi sumber bunyi tersebut. Secara tidak langsung, salah satu peraturan acara itu – menyentuh kereta adalah dilarang sama sekali – diabaikan.

@hanif_o 2jz punye penangan kita kasi depan ii #retrohavoc2023 #retrohavoc #supramk4 ♬ bunyi asal - nep

Jari jemari dan tangan yang berminyak mulai mengotori beberapa buah kereta-kereta tertentu, dan ada terkena kesan calar yang teruk. Di tengah kebisingan tersebut, ada beberapa tangan yang gatal mematahkan sebahagian hiasan daripada kereta tersebut, kononnya dijadikan "token acara”.

Serta merta, Retro Havoc menjadi sebuah acara pertunjukan kereta retro dan jarang dilihat kepada acara yang semak dengan pencemaran bunyi bergema di seluruh tempat letak kereta.

Daripada spoiler patah kepada 'larian olahraga' - perangai jelik segelintir rakyat Malaysia mengganggu Retro Havoc 2023! 13

Paling memalukan, ini adalah acara antarabangsa dengan ramai tetamu daripada Singapura, Thailand, Jepun, UK, dan Indonesia. Ia memberikan imej buruk tentang betapa tidak sopannya perangai segelintir orang Malaysia dan tentunya kita tidak mahu menunjukkan jenis keramahan seperti itu.

Walau bagaimanapun, semua yang terjadi ini tidak patut disandarkan kepada pihak penganjur itu sendiri. Sifat kurang ajar, mentaliti kelas ketiga, masalah bunyi bising yang tidak diingini, serta pengunjung yang kurang beradab ibarat sekumpulan beruk liar merupakan masalah yang berterusan, baik di acara automotif ataupun tidak.

Secara am, bunyi kuat mengganggu ketenangan awam, walaupun ada yang merasakan bunyi dentuman dan letupan itu amat stailo serta gempak. Ini juga termasuk aksi burnout, launching, dan drift dalam persekitaran yang terjadi pada akhir acara ini.

Perlu kami inginkan, ruang bawah tanah dengan pengudaraan yang kurang elok, ditambah pula dengan pelepasan gas karbon monoksida daripada kereta, ia amatlah berbahaya.

Nasib tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan.

Daripada spoiler patah kepada 'larian olahraga' - perangai jelik segelintir rakyat Malaysia mengganggu Retro Havoc 2023! 14

Mereka yang menghadiri pertemuan Cars and Coffee di Bamboo Hills awal bulan ini mungkin melihat contoh acara pertemuan kereta yang baik di Malaysia

Dalam banyak acara kereta di luar Malaysia, para peserta dan pengunjung akan berperangai baik kerana gangguan yang sekecil mungkin boleh mempengaruhi acara-acara akan datang. Ambil contoh acara pertemuan kereta di Daikoku PA, Jepun.

Tiada SEORANG pun yang buat hal. Kalau ada, pihak polis atau peronda akan terus akan memberi AMARAN dan meminta para pengunjung TERUS BERSURAI.

Sebagai seorang peminat kereta tegar sejak umur 5 tahun, saya suka menghadiri pertemuan kereta ini tidak kira betapa besar atau kecil. Pada pendapat saya, pihak penganjur boleh melakukan beberapa penambahbaikan seperti:

1. Meningkatkan harga tiket menjadi lebih mahal. Dah kata banyak kereta retro dan jarang dilihat, bermakna acara ini adalah eksklusif. Sama macam anda nak makan ‘fine dining’ – dah nak makan benda mahal dan ‘rare’, tapi takkan nak pengalaman macam makan dekat mamak kan?

Daripada spoiler patah kepada 'larian olahraga' - perangai jelik segelintir rakyat Malaysia mengganggu Retro Havoc 2023! 15

Belum masa jadi retro lagi dik oi...tunggu 30 tahun lagi kot. Kredit

2. Mengurangkan jumlah penyertaan kereta dan motosikal. Pilih betul-betul kereta yang berkualiti ataupun yang layak. Ini tiba-tiba ada sesat Perodua Bezza satu. ‘Less is more’.

3. Kerah bantuan anggota RELA ataupun sekuriti yang lebih ketat. Jika yuran pendaftaran terpaksa dinaikkan tetapi para peserta mempunyai ‘peace of mind’, apa salahnya?

4. Saman sahaja para peserta yang membuat bising KETIKA waktu acara masih lagi berlangsung. Antara contoh baik adalah acara Motormaniac tahun lalu. Ada yang kena saman disebabkan membuat burnout dan juga meninggalkan kesan tayar. Kalau nak jaga hati semua orang sebab dia adalah ‘member kita’, memang sampai bila takkan ada kemajuan.

Daripada spoiler patah kepada 'larian olahraga' - perangai jelik segelintir rakyat Malaysia mengganggu Retro Havoc 2023! 16

Sama ada cadangan saya diambil pakai ataupun tidak, itu semua terpulang kepada pihak penganjur. Sekali lagi, ia amat memalukan, jelik, dan jijik untuk melihat tingkah laku buruk yang ditunjukkan oleh beberapa pengunjung pada Retro Havoc.

Bak kata satu pepatah Inggeris yang biasa diungkapkan “this is why, we as Malaysian, can’t have nice things”.

 

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda