window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

8 skuter paling laju di dunia, dan ada yang boleh beli di Malaysia!

Khairil · Feb 27, 2021 11:59 AM

8 skuter paling laju di dunia, dan ada yang boleh beli di Malaysia! 01

Sejarah penciptaan motosikal skuter, seperti kenderaan lain di dunia memang menarik. Dalam bahasa mudah, skuter boleh diibaratkan sebagai kereta bertransmisi automatik bagi motosikal.

Tidak banyak yang perlu dilakukan, naik ke pelana dan pulas saja pendikit untuk bergerak. Tiada penukaran gear yang mungkin boleh memeningkan kepala apatah lagi penggunaan klac.

Sekalipun ia masih belum dapat menandingi populariti motosikal konvensional, populariti skuter saban tahun berterusan meningkat. Justeru, pengeluar  motosikal berlumba-lumba untuk menghasilkan skuter yang berkualiti tidak kira jenama dari Jepun, Eropah dan sebagainya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

8 skuter paling laju di dunia, dan ada yang boleh beli di Malaysia! 01

Seperti kenderaan lain, terutama yang dibina khusus untuk keselesaan, santai, tenang dan memudahkan, ada sesuatu ciri yang kurang diceritakan mengenai motosikal skuter iaitu kelajuannya.

Tetapi selaras dengan kemajuan teknologi, dengan persaingan terhadap motosikal skuter yang semakin banyak, ia berevolusi hinggakan ada yang mampu beraksi dalam laluan 'off road' dan sebagainya.

8 skuter paling laju di dunia, dan ada yang boleh beli di Malaysia! 02

Dilengkapi dengan kapasiti enjin yang tinggi ditambah ciri-ciri keselamatan dipertingkatkan dan canggih, skuter-skuter berkuasa tinggi ini tidak lagi dipandang 'enteng' di jalanan berikutan kelajuannya yang menakjubkan.

Berikut adalah senarai skuter paling laju di dunia. Dan ya, ada diantaranya boleh didapati di negara ini.

Honda NC750D Integra

8 skuter paling laju di dunia, dan ada yang boleh beli di Malaysia! 03

 

  • Enjin – 745cc
  • Kelajuan maksimum - 175 kmj
  • Kuasa – 54 Hp pada 6250 rpm
  • Tork - 68 Nm pada 4750 rpm
  • Berat – 238 kg

Diperkenalkan kepada dunia pada 2012, Honda NC750D Integra melalui pelbagai fasa dan peningkatan teknologi dan spesifikasi hingga ke hari ini. Selain reka bentuknya yang futuristik dan ekslusif, ia juga semestinya boleh ditunggang dengan laju.

Honda X-ADV

8 skuter paling laju di dunia, dan ada yang boleh beli di Malaysia! 04

 

  • Enjin - 745 cc
  • Kelajuan maksimum – 177 kmj
  • Kuasa – 55 Hp pada 6250 rpm
  • Tork - 62 Nm pada 4750 rpm
  • Berat – 238 kg

Kehadiran saudara 'dekat' kepada Honda NC750D Integra ini memang berjaya menarik perhatian ramai. Sekalipun spesifikasi atau ciri-cirinya boleh didapati pada Integra, namun reka bentuknya yang unik serta ditambah dengan kebolehan beraksi di laluan 'offroad' menjadikannya bualan serta buruan.

KYMCO AK550

8 skuter paling laju di dunia, dan ada yang boleh beli di Malaysia! 05

 

  • Enjin – 550 cc
  • Kelajuan maksimum - 180 kmj
  • Kuasa – 52.70 Hp pada 7,500 rpm
  • Tork - 55.64 Nm pada 5,500 rpm
  • Berat – 226 kg

Jenama dari Taiwan, KYMCO memang sinonim dengan motosikal skuter. Dibina untuk menyaingi Yamaha T-Max, AK550 memang mempunyai kemampuan untuk melakukannya. Bukan saja laju, ia turut didatangkan dengan pelbagai teknologi canggih dan reka bentuk menarik bagi skuter maxi.

BMW C650 sport

8 skuter paling laju di dunia, dan ada yang boleh beli di Malaysia! 06

 

  • Enjin – 647 cc
  • Kelajuan maksimum - 180 kmj
  • Kuasa – 60 Hp pada 7,750 rpm
  • Tork - 63 Nm pada 6,000 rpm
  • Berat – 240 kg

Seperti motosikal keluaran BMW yang lain, skuter BMW C 650 Sport memang datang dengan penampilan yang premium. Selain selesa ditunggang, reka bentuknya juga dinamik dan menurut ulasan yang diperoleh di laman sesawang, pengendaliannya lebih baik berbanding rupa bentuknya. Tetapi pastinya, ia datang dengan tawaran harga yang tinggi.

Suzuki Burgman 650 Executive

8 skuter paling laju di dunia, dan ada yang boleh beli di Malaysia! 07

 

  • Enjin – 638 cc
  • Kuasa maksimum - 180 kmj
  • Power – 55 Hp pada 7000 rpm
  • Tork - 62 Nm pada 5000 rpm
  • Berat – 281 kg

Jika anda peminat sejati motosikal skuter, Suzuki Burgman 650 Executive mungkin menjadi salah satu model idaman anda. Sekalipun berbadan cukup sasa, ia sebenarnya mudah ditunggang dan kekuatannya adalah ia cukup selesa. Dengan kekuatan enjin yang dimilikinya, nisbah diantara berat dan kuasanya boleh dikatakan seimbang bagi sebuah skuter.

Yamaha TMAX Tech MAX

8 skuter paling laju di dunia, dan ada yang boleh beli di Malaysia! 08

 

  • Enjin – 562 cc  
  • Kelajuan maksimum – 185 kmj
  • Kuasa – 48 Hp pada 7500 rpm
  • Tork - 55,7 Nm pada 5250 rpm
  • Berat - 220 kg

Yamaha TMax sememangnya cukup terkenal di kalangan penggemar jentera ikonik berkenaan. Apa tidaknya, TMax adalah motosikal skuter sport paling berjaya di pasaran Eropah. Ia bukan saja mempunyai reka bentuk yang menarik, malah teknologi yang dimilikinya juga hebat.

Aprilia SRV 850

8 skuter paling laju di dunia, dan ada yang boleh beli di Malaysia! 09

 

  • Enjin – 839 cc
  • Kelajuan maksimum - 210 kmj
  • Kuasa – 76 Hp pada 7750 rpm
  • Tork - 75 Nm pada 6000 rpm
  • Berat – 250 kg

Selain dilabel paling berkuasa dari sudut sesaran enjin, reka bentuk Aprilia SRV 850 terutama di bahagian depan mirip dengan jentera Sportbike membuatkan ramai yang tersalah anggap apakah ia model skuter atau sportbike. Tetapi selain reka bentuk yang agresif itu, ia juga mempunyai kelajuan yang tidak boleh dipandang ringan.

Gilera GP 800

8 skuter paling laju di dunia, dan ada yang boleh beli di Malaysia! 10

 

 

  • Enjin – 839 cc
  • Kelajuan maksimum - 215 kmj
  • Kuasa – 75 Hp pada 7250 rpm
  • Tork – 76 Nm pada 5750 rpm
  • Berat - 248 kg

Tidak salah untuk menobatkan Gilera GP 800 sebagai 'raja' dari sudut kelajuan di kalangan motosikal skuter. Ia tercipta selepas bertahun-tahun penyelidikan yang dibuat syarikat dari Itali itu dan hasilnya memang mengagumkan.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda