window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

(Video) Pemandu Corolla Altis buli Myvi ditahan polis, main brek mengejut akibat tak puas hati

Mersita ยท Nov 2, 2021 11:00 AM

(Video) Pemandu Corolla Altis buli Myvi ditahan polis, main brek mengejut akibat tak puas hati 01

Pergaduhan di jalan raya boleh terjadi disebabkan banyak perkara, dan sebahagian besarnya disebabkan oleh perangai kurang matang kita. Itulah yang terjadi dalam satu kejadian tular baru-baru ini dimana seorang pemandu Toyota Corolla Altis bertindak membuli pemandu sebuah Perodua Myvi di ibu kota pada Sabtu lalu, hanya kerana pemandu sedan itu tidak berpuas hati dengan tindakan pemandu ‘king hatchback’ terbabit yang menukar lorong di hadapannya.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin bin Mohd Salleh berkata, pihaknya mengesan satu video tular berdurasi 49 saat yang dimuatnaik oleh pemilik akaun Twitter Nan Manjoi8715 memaparkan sebuah kenderaan melakukan provokasi di atas jalan raya sehingga membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Bertindak di atas aduan, pemandu Toyota Corolla Altis berwarna hitam terlibat telah berjaya dikesan dan tangkapan telah dibuat pada 31 Oktober kira-kira jam 5.50 petang, katanya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

“Siasatan awal mendapati kejadian telah berlaku pada 30 Oktober 2021, kira-kira jam 11.30 pagi di Jalan Jinjang Setia. Kejadian berlaku apabila Myvi berkenaan bergerak secara perlahan di hadapan pemandu Corolla Altis di lorong paling kanan.

“Melihat pada keadaan tersebut, pemandu Corolla Altis telah mengubah laluan ke lorong tengah untuk memotong Myvi itu, dan dalam masa sama pemandu Myvi itu juga beralih ke lorong tengah.

“Tindakan pemandu Myvi yang mengubah laluan ke lorong sama membuatkan pemandu Corolla Altis tersebut menjadi marah dan memotong serta masuk semula ke lorong Myvi dan membrek kecemasan di hadapan hatchback tersebut beberapa kali secara sengaja. Kejadian tersebut berlaku selama lebih kurang seminit,” katanya.

Tambahnya lagi, pihak JSPT Kuala Lumpur meminta agar pemandu kenderaan Myvi terlibat atau pemilik akaun Twitter Nan Manjoi8715 untuk hadir ke Balai Polis Trafik, Kuala Lumpur bagi membantu siasatan.

Sarifudin berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan merbahaya.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda