window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Video: Akak RELA berani, 'serang' pemandu yang malas berhenti di lintasan depan sekolah

Faisal ยท Apr 25, 2022 02:00 PM

Video: Akak RELA berani, 'serang' pemandu yang malas berhenti di lintasan depan sekolah 01

Tangkap layar.

Seperti yang anda tahu, lalu lintas awam seringkali dijaga oleh petugas RELA (Jabatan Sukarelawan Malaysia) tidak kisahlah di mana-mana sekalipun.

Baru-baru ini, tertular beberapa rakaman tidak diduga di Petaling Jaya yang memperlihatkan seorang petugas RELA wanita berhadapan sebuah sekolah yang menjaga lalu lintas agar mudah untuk pelajar melintas jalan.

Menariknya, karakter akak petugas tersebut cukup unik kerana beliau nampak seolah-olah macam guru disiplin buat pengguna jalan raya.

Dalam video pertama yang tertular, akak RELA itu dilihat menghentak bonet kereta pemandu Toyota Camry yang enggan berhenti bagi memberi laluan kepada pelajar-pelajar sekolah.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Klip video kedua pula melibatkan sebuah Perodua Ativa yang mana pemandunya malas berhenti walaupun lampu sudah bertukar merah. Tanpa segan silu, akak RELA itu bertindak membaling sebuah objek yang dipercayai sebatang kayu. Pemandu itu walau bagaimanapun tetap meneruskan pemanduan walaupun dia seperti hendak berhenti kerana terkejut dengan impak balingan tersebut.

Apapun, perbuatan akak RELA ini mendapat pujian yang begitu banyak oleh para netizen kerana sikap pemandu yang degil dan mementingkan diri seperti inilah yang mengakibatkan kemalangan jalan raya terhadap pelajar sekolah. Jadi, tak salah untuk bertegas dengan pengguna jalan raya seperti ini.

Seandainya kereta anda terkena dengan pukulan akak RELA ini, apa yang akan anda buat?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Toyota Camry 2.5V

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda