window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Camry bekas Exco Melaka dirampas polis atas laporan salah guna aset kerajaan

Mersita · Oct 13, 2021 06:00 PM

Toyota Camry bekas Exco Melaka dirampas polis atas laporan salah guna aset kerajaan 01

Kenderaan rasmi kerajaan negeri Melaka jenis Toyota Camry yang didakwa enggan dipulangkan oleh bekas Exco Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Norhizam Hassan Baktee telah dirampas pihak polis susulan laporan membabitkan salah guna kenderaan rasmi kerajaan negeri secara tidak jujur.

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali, berkata laporan tersebut dibuat oleh seorang kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Melaka dan rampasan tersebut dibuat pada 11.20 pagi Selasa di sebuah tempat letak kereta di Jalan Tun Perak, lapor Berita Harian.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Turut dirampas ialah kunci kereta, kad Touch n Go dan sekeping kad minyak daripada pemandu rasmi Norhizam.

Terdahulu, Norhizam dilaporkan enggan memulangkan kenderaan rasmi tersebut dan menggesa pihak SUK untuk menganjurkan majlis khusus dengan liputan media bagi pemulangan semula semua kenderaan rasmi yang digunakan oleh semua Exco Melaka demi ‘keadilan’.

Baca juga: Bekas Exco Melaka diarah pulangkan Toyota Camry, Norhizam mahu majlis khas & liputan media

Toyota Camry bekas Exco Melaka dirampas polis atas laporan salah guna aset kerajaan 01

Salah sebuah Toyota Camry 2019 dari armada kenderaan rasmi kerajaan negeri Melaka

Beliau berkata polis telah membuat permohonan di Mahkamah Majistret Ayer Keroh bagi mendapatkan waran geledah untuk mengesan dan merampas barang kes. Setakat ini, polis telah merakam keterangan daripada lima orang saksi yang terdiri daripada kakitangan SUK negeri itu bagi membantu siasatan. Lebih ramai saksi termasuklah Norhizam akan dipanggil kelak.

"Siasatan lanjut juga akan dijalankan bagi mengetahui bagaimana kereta itu boleh diletakkan di lokasi itu dan apa kaitan dengan pemilik lot tempat letak kereta. Kes disiasat mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan," katanya.

Toyota Camry bekas Exco Melaka dirampas polis atas laporan salah guna aset kerajaan 02

Datuk Norhizam Hassan Baktee

Beberapa bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Melaka termasuklah Norhizam (ADUN Pengkalan Batu) menarik sokongan terhadap Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali pada 4 Oktober lalu dan ini menyebabkan Kerajaan Barisan Nasional yang membentuk kerajaan negeri pada Mac 2020 lalu hilang majoriti dalam DUN Melaka.

Sejak itu, kerajaan negeri cuba untuk menuntut semula aset kerajaan daripada beliau namun gagal.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Toyota Camry 2.5V

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda