window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Achey belanja Mercedes-Benz C200 W205 kejutan untuk isteri, jual Audi TT lama

Mersita · Mar 17, 2022 07:00 PM

Achey belanja Mercedes-Benz C200 W205 kejutan untuk isteri, jual Audi TT lama 01

Orang kata, kalau rajin belanja isteri, rezeki dimurahkan berlipat kali ganda. Lewat ini, kita melihat ramai pasangan berkongsi rezeki dengan membeli kereta mewah demi menghargai pengorbanan pasangan masing-masing; salah seorangnya ialah pelawak dan selebriti tanah air, Achey Bochey, yang membelikan isterinya sebuah Mercedes-Benz C-Class baru-baru ini.

Achey, atau nama sebenarnya Mohd. Nasir Hamzah, membelikan sedan Mercedes-Benz C200 (W205) untuk isterinya, Anne, bagi menggantikan coupe 2-pintu Audi TT demi keselesaan si isteri dan anak mereka dalam urusan harian.

Achey belanja Mercedes-Benz C200 W205 kejutan untuk isteri, jual Audi TT lama 02

Tangkap layar video dimuatnaik @anne_achey di IG

Anne, atau nama sebenarnya Hasanah, berkongsi di laman Instagramnya beberapa tangkapan gambar kereta lama dan barunya itu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Katanya di ruang kapsyen, dia mula sedar mengapa suaminya bertanya samada Audi lamanya masih muat atau tidak untuk dirinya dan anak serta rakan-rakan apabila keluar bersama. Jawabnya pula, “boleh la, selit2 terselit.” Rupanya, Achey sudah merancang untuk menggantikan Audi TT berkenaan dengan kereta baru.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Anne Achey (@anne_achey)

“Terima kasih jugak baby kuning (Audi TT) berkhidmat 7 tahun dgn saya, tak pernah rosak, tak pernah meragam kat mana2… alhamdulillah dia jaga kami 1 keluarga dgn baik… terima kasih banyak2, jasamu dikenang… nak jual dia pon air mata berderai, sb terlalu sayangkan dia… tapi apakan daya, kami bertiga naik tak muat kereta dah… hehe tu yang achey gantikan dgn baby baru (C200),” nukilnya lagi di perkongsian tersebut.

Sebagai info, kereta barunya iaitu Mercedes-Benz C200 (W205) dikuasakan oleh enjin 2.0 liter 4 silinder berpengecas turbo M274 yang mampu menjana 184 PS dan 300 Nm. Enjin ini dipadankan dengan kotak gear automatik 7 kelajuan 7G-Tronic.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Mercedes-Benz C-Class C 200 Avantgarde

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda