window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ada botol plastik tak guna? Federal Auto Cars ajak anda berkitar semula hujung minggu ini

Faisal · Jul 15, 2022 06:00 PM

Ada botol plastik tak guna? Federal Auto Cars ajak anda berkitar semula hujung minggu ini 01

Pengedar Volvo terbesar di Malaysia iaitu Federal Auto Cars (FAC) pada hari minggu ini mengajak anda semua untuk menikmati program Plastic Sustainable Awareness Weekend.

Acara ini akan berlangsung pada hari Sabtu dan Ahad ini dari jam 10 pagi ke 5 petang. Untuk makluman anda, kempen ini akan diadakan di semua pusat Federal Auto Cars.

Ada botol plastik tak guna? Federal Auto Cars ajak anda berkitar semula hujung minggu ini 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mengenai Volvo sendiri, mereka sebenarnya ada hasrat besar yang mana bermula tahun 2025, sekurang-kurangnya 25% plastik yang diguna pada setiap kereta Volvo baharu akan diperbuat daripada bahan kitar semula.

Ada botol plastik tak guna? Federal Auto Cars ajak anda berkitar semula hujung minggu ini 01

Dalam program yang akan diadakan itu, FAC akan turut bekerjasama dengan Beyond Bins. Mereka merupakan projek teratas buat inisiatif Biji-biji yang mana antara aspek yang diketengahkan adalah kelestarian dan sumber pendapatan alternatif buat komuniti yang kurang bernasib baik.

Ada botol plastik tak guna? Federal Auto Cars ajak anda berkitar semula hujung minggu ini 02

Kalau anda nak tahu, Beyond Bins juga menyasarkan kumpulan B40 yang mana mereka boleh membuat jualan daripada produk plastik yang dikitar semula. Produk-produk ini akan turut diletakkan di bilik-bilik pameran FAC yang mana ia dibuka untuk jualan.

Ada botol plastik tak guna? Federal Auto Cars ajak anda berkitar semula hujung minggu ini 03

Untuk bilik pameran di Kuala Lumpur dan Glenmarie pula, FAC akan membuat sesi pengalaman interaktif kepada pengunjung mengenai cara untuk menguruskan plastik yang tidak diguna. Mereka akan membuat demonstrasi menggunakan mesin pengitar plastik yang berskala kecil.

Ada botol plastik tak guna? Federal Auto Cars ajak anda berkitar semula hujung minggu ini 04

Menariknya, pengunjung juga boleh membawa botol plastik mereka yang hendak dikitar semula. Malah, mereka yang bertanding juga akan menerima sagu hati tetapi ia adalah terhad.

Ada botol plastik tak guna? Federal Auto Cars ajak anda berkitar semula hujung minggu ini 05

Pada masa yang sama, kesemua bilik pameran FAC akan mengadakan bengkel untuk mengajar cara membuat taman sendiri menggunakan botol kitar semula.

Ada botol plastik tak guna? Federal Auto Cars ajak anda berkitar semula hujung minggu ini 06

Ada botol plastik tak guna? Federal Auto Cars ajak anda berkitar semula hujung minggu ini 07

Jadi, anda yang berkelapangan dijemput untuk berkunjung ke program ini. Lagipun, kereta-kereta Volvo juga ada untuk anda melihat dengan lebih dekat.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda