window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Aidiladha: Ini cadangan waktu perjalanan LPT dan Karak untuk Hari Raya Aidiladha!

Haris · Jul 28, 2020 05:00 PM

Aidiladha: Ini cadangan waktu perjalanan LPT dan Karak untuk Hari Raya Aidiladha! 01

Aliran lalu lintas ke Pantai Timur menggunakan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (Lebuhraya KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1) dijangka meningkat sempena Hari Raya Aidiladha dari 29 Julai hingga 2 Ogos.

Pengarah Eksekutif Anih Berhad, Datuk Nik Fauzi Nik Hussein, berkata syarikat pemegang konsesi KLK dan LPT1 menjangkakan jumlah aliran lalu lintas harian sekitar 156,000 pengguna berikutan orang awam akan melakukan perjalanan ke seluruh negeri pada hujung minggu ini.

Oleh disebabkan itu, pihak pengurusan LPT telah mengeluarkan cadangan waktu perjalanan yang disiarkan melalui laman twitter dan facebook mereka.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Aidiladha: Ini cadangan waktu perjalanan LPT dan Karak untuk Hari Raya Aidiladha! 01

"Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) dikeluarkan untuk membantu pengguna jalan raya merujuk pada waktu perjalanan yang sesuai sebelum menuju ke lebuh raya dan juga membantu mengawal aliran lalu lintas," katanya.

Nik Fauzi juga menyebut bahawa semua kemudahan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di hentian sebelah lebuh raya akan dibuka. Prosedur operasi standard (SOP) untuk memastikan pematuhan terhadap peraturan jarak sosial akan dilaksanakan.

Aidiladha: Ini cadangan waktu perjalanan LPT dan Karak untuk Hari Raya Aidiladha! 02

Dia menambah bahawa R&R akan ditutup seketika apabila kapasiti penuh untuk memastikan pematuhan jarak sosial. Sekiranya ini terjadi, pengguna jalan raya disarankan untuk mencari R&R seterusnya yang dibuka.

Nik Fauzi juga menasihatkan pengguna untuk memastikan baki Touch ‘n Go mencukupi kerana perkhidmatan tambah nilai tidak boleh dilakukan di tol dan sebarang tugas-tugas perkhidmatan pelanggan di plaza tol hanya akan dibuka dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

Sumber: Berita Harian

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda