window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Akhirnya, 'jodoh' Valentino Rossi dengan Petronas Yamaha SRT hanya semusim!

Khairil ยท Jun 18, 2021 05:00 PM

Akhirnya, 'jodoh' Valentino Rossi dengan Petronas Yamaha SRT hanya semusim! 01

Siapa yang akan menggantikan tempat yang dikosongkan Valentino Rossi dalam pasukan Petronas Yamaha SRT di saingan MotoGP, musim depan?

Juga baca: 'Langkah ke belakang' jika saya sertai Petronas Yamaha SRT - Jorge Lorenzo

Persoalan itu timbul susulan pendedahan yang dibuat Prinsipal Petronas Yamaha SRT, Datuk Razlan Razali yang mengesahkan pasukan berkenaan tidak akan menyambung kontrak pelumba legenda Itali itu musim depan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Akhirnya, 'jodoh' Valentino Rossi dengan Petronas Yamaha SRT hanya semusim! 01

Keputusan drastik itu berkemungkinan diambil susulan tindakan pelumba berusia 42 tahun itu yang masih belum memutuskan mengenai perancangan masa depannya pada musim depan sama ada ingin terus berlumba atau beralih ke arena pengurusan.

Juga baca: Selepas 'legakan' Petronas Yamaha SRT, Franco Morbidelli buka mulut label diri 'tak bernasib baik'!

Pasukan miliknya, VR46 akan menyertai saingan elit itu pada musim 2022 dan dijangka menggunakan jentera Ducati dengan Rossi sebelum ini berkata dia akan memutuskan mengenainya perancangan kariernya pada tempoh rehat musim panas ini.

Akhirnya, 'jodoh' Valentino Rossi dengan Petronas Yamaha SRT hanya semusim! 02

Begitupun, tempoh berkenaan tampak terlalu lama buat Razlan dan pasukan itu sudah pun mempunyai perancangan tersendiri sekali gus memutuskan sebulat suara untuk ‘berpisah’ dengan Rossi pada penghujung musim ini.

Akhirnya, 'jodoh' Valentino Rossi dengan Petronas Yamaha SRT hanya semusim! 03

“Kami enggan menunggu terlalu lama mengenai keputusan Rossi sama ada dia ingin meneruskan perlumbaan atau tidak pada musim depan," kata Razlan memetik laporan Kosmo!.

“Menerusi perbincangan dengan pengurusan, kami sebulat suara bersetuju tidak ingin meneruskan kontrak bersama Rossi bagi perlumbaan 2022.

Akhirnya, 'jodoh' Valentino Rossi dengan Petronas Yamaha SRT hanya semusim! 04

“Justeru, kami akan kembali fokus pada matlamat kami untuk mencari bakat-bakat pelumba muda terbaik bagi mengisi kekosongan tersebut nanti."

Juga baca: Ohvale perkenal replika MiniGP 2021 dengan 'livery' Petronas Yamaha SRT, harga RM 48,286!

Rossi mencipta kejutan apabila menyertai pasukan satelit Yamaha, Petronas Yamaha SRT musim ini namun kebangkitan yang diharapkan tidak menjadi kenyataan apabila dia lebih banyak bergelut sekalipun menggunakan jentera spesifikasi utama.

Akhirnya, 'jodoh' Valentino Rossi dengan Petronas Yamaha SRT hanya semusim! 05

Ketika ini, juara dunia sembilan kali itu menghuni tangga ke-19 keseluruhan MotoGP dan ketinggalan 100 mata berbanding pendahulu, Fabio Quartararo yang menggantikan tempatnya di pasukan Monsters Yamaha MotoGP.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda