window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Alamak, lampu dah kusam! Macam mana nak nampak baru semula?

Faisal · Nov 28, 2020 04:00 PM

Alamak, lampu dah kusam! Macam mana nak nampak baru semula? 01

Anda pernah terfikir tak kenapa sesetengah kereta mempunyai lampu depan yang kusam?

Alamak, lampu dah kusam! Macam mana nak nampak baru semula? 02

Imej: superglass

Untuk maklumat anda, lampu kereta di depan mempunyai penutup (housing) yang diperbuat daripada bahan plastik yang berwarna jernih. Plastik ini mempunyai lapisan (coating) yang melindungi permukaan housing supaya ia sentiasa bersih dan jernih.

Alamak, lampu dah kusam! Macam mana nak nampak baru semula? 03

Imej: autowing

Seperti sifat plastik yang lain, ia boleh pudar sekiranya terlalu kerap terdedah kepada sinaran ultraviolet (UV) oleh matahari. Habuk persekitaran juga memainkan faktor. Oleh itu, apa yang boleh anda buat selain daripada menukar housing ini?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ubat gigi

Alamak, lampu dah kusam! Macam mana nak nampak baru semula? 01

Ubat gigi mengandungi kandungan florida yang sangat berkesan untuk mengatasi masalah pudar dan kekotoran. Pertama sekali, anda harus mencuci lampu menggunakan sabun dan air terlebih dahulu. kemudian, anda boleh sapukan ubat gigi pada lampu yang masih basah dan gosokkan berulang-kali dengan menggunakan kain lembut.

Alamak, lampu dah kusam! Macam mana nak nampak baru semula? 02

Anda boleh campurkan dengan tepung kuih (baking soda) untuk kesan yang lebih baik. Setelah anda berpuas hati, anda boleh memasang lapisan perlindungan (sealant) semula di kedai aksesori yang bertauliah.

Kit pemulihan lampu (headlight restoration kit)

Alamak, lampu dah kusam! Macam mana nak nampak baru semula? 03

Imej: amazon

Ketika membeli, anda digalakkan memilih kit yang mempunyai pakej yang lengkap seperti kertas pasir pelbagai gred, cecair pengilat (polishing cream), kain, dan lapisan sealant. Selalunya, satu kit ini sudah cukup untuk kedua-dua lampu depan.

Alamak, lampu dah kusam! Macam mana nak nampak baru semula? 04

Lampu yang telah retak

Disebabkan kit ini agak kompleks, terdapat beberapa langkah yang perlu dipatuhi supaya anda tidak menjadikannya lebih teruk. Antaranya ialah:

1. Jangan terkejar-kejar. Setiap lampu mengambil masa lebih kurang 20 minit kerana anda membuang pengoksidaan yang telah bertahun terkumpul.

Alamak, lampu dah kusam! Macam mana nak nampak baru semula? 05

Imej: viralnova

2. Setelah lampu anda dicuci dengan air, gosok dengan menggunakan kertas pasir sehingga permukaan lampu terasa licin.

Alamak, lampu dah kusam! Macam mana nak nampak baru semula? 06

Imej: popularmechanics

3. Pastikan kertas pasir tidak terkena pada cat kereta. Sebagai langkah berjaga-jaga, anda boleh menampal pita selofan (cellophane tape) di sekeliling lampu.

Alamak, lampu dah kusam! Macam mana nak nampak baru semula? 07

Imej: osren

4. Kekalkan kelembapan pada permukaan lampu dengan menggunakan botol sembur ataupun baldi air dengan timba.

5. Percaya dengan kit ini walaupun lampu kelihatan kabur selepas mengenakan kertas pasir.

Alamak, lampu dah kusam! Macam mana nak nampak baru semula? 08

Imej: e3spark

6. Dengan menggunakan polishing cream, ratakan pada lampu dan gunakan kain yang diberi untuk gosok secara berulang kali. Selepas proses polish, lampu akan kelihatan jernih semula.

Alamak, lampu dah kusam! Macam mana nak nampak baru semula? 09

7. Untuk melindungi lampu yang sudah jernih, pasangkan lapisan sealant setelah lampu kering.

8. Biarkan sealant ini melekat semalaman.

9. Sesetengah kit perlu diamalkan setiap 1 hingga ke 3 tahun untuk mengekalkan permukaan lampu yang jernih.

Alamak, lampu dah kusam! Macam mana nak nampak baru semula? 10

Imej: Avalonking

Sekiranya lapisan sealant tidak dipasang, lampu akan kelihatan kusam semula selepas 6 bulan. Hal ini disebabkan oleh lapisan coating yang asal sudah haus setelah proses polish dibuat.

Konklusi

Alamak, lampu dah kusam! Macam mana nak nampak baru semula? 11

Imej: JakeSpence

Walau apapun, anda boleh amalkan untuk meletak kereta di bawah teduhan seperti di bawah bumbung supaya lampu kereta tidak sentiasa terdedah kepada sinaran matahari yang cukup terik. Selamat beramal!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda