window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Bekas kilang legenda Mitsubishi Pajero ditutup – kini dah jadi fasiliti penghasilan tisu tandas

Faisal · Mar 22, 2022 02:00 PM

Bekas kilang legenda Mitsubishi Pajero ditutup – kini dah jadi fasiliti penghasilan tisu tandas 01

Mitsubishi Pajero merupakan lejenda kereta SUV pada suatu ketika dahulu tetapi dengan peraturan kadar pelepasan karbon yang semakin ketat, keluarannya dihentikan buat selamanya iaitu pada tahun lepas. Jadi, bagaimana dengan kilang yang menghasilkannya selama ini?

Juga bacaSejarah Mitsubishi Pajero pertama – dari juara rali Dakar Paris ke sebuah SUV keluarga

Bekas kilang legenda Mitsubishi Pajero ditutup – kini dah jadi fasiliti penghasilan tisu tandas 02

Kilang Pajero sewaktu ia masih milik Mitsubishi.

Menurut Nikkei, Mitsubishi Motors Company (MMC) baru-baru ini telah jual kilang Pajero mereka di Sagahogi, Prefecture kepada Daio Paper. Untuk makluman anda, syarikat ini merupakan peneraju pembuat tisu tandas di Jepun dan Mitsubishi menjual kilang ini kepada mereka pada harga 4 bilion JPY (~RM 141 juta). Kalau anda nak tahu, keputusan ini merupakan salah satu daripada pelan MMC untuk memperstrukturkan semula syarikat mereka.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Bekas kilang legenda Mitsubishi Pajero ditutup – kini dah jadi fasiliti penghasilan tisu tandas 01

Bekas kilang legenda Mitsubishi Pajero ditutup – kini dah jadi fasiliti penghasilan tisu tandas 02

Selama ini, kilang Mitsubishi itu turut memasang Delica D:5 dan Outlander generasi terdahulu. Setelah ditutup, produksi Delica D:5 dipindahkan ke kilang Okazaki, Aichi Prefecture.

Untuk pengetahuan anda, kilang Pajero ini pada waktu dahulu merupakan sumber ekonomi utama buat daerah Sagahogi sehinggakan ada yang memanggil penempatan itu sebagai Pajerotown. Sewaktu zaman kegemilangannya, kilang ini mampu menghasilkan sehingga 170,000 kenderaan setiap tahun.

Bekas kilang legenda Mitsubishi Pajero ditutup – kini dah jadi fasiliti penghasilan tisu tandas 03

Menariknya, beberapa pekerja yang selama ini memasang kenderaan Mitsubishi akan masuk ke syarikat pembuat tisu tersebut. Walaupun Mitsubishi sekarang tidak lagi menghasilkan jentera 4x4 seperti Pajero, mereka tetap teguh dalam pasaran sekarang, terutama di Asia Tenggara.

Juga bacaJenama RalliArt kembali semula, tetapi dengan Mitsubishi Outlander, bukan Lancer Evolution!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda