window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mitsubishi Triton pecah rekod - 1,521 jualan untuk September, pegang 34% bahagian pasaran

Faisal · Oct 7, 2021 11:00 AM

Mitsubishi Triton pecah rekod - 1,521 jualan untuk September, pegang 34% bahagian pasaran 01

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) baru sahaja mengumumkan bahawa Mitsubishi Triton telah capai jualan tertinggi dalam sejarahnya, iaitu sebanyak 1,521 unit terjual pada September yang lepas. Malah untuk kategori trak pikap di Malaysia, jentera itu kini memegang bahagian pasaran sehingga 34%.

Buat masa ini, MMM masih berusaha untuk menyerahkan segala kenderaan yang ditempah berikutan kekangan yang dialami sewaktu lockdown yang bermula pada Jun yang lalu.

Mitsubishi Triton pecah rekod - 1,521 jualan untuk September, pegang 34% bahagian pasaran 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Berbanding tahun lepas, jualan Mitsubishi Triton untuk separuh pertama dalam Tahun Kewangan 2021 (April – September 2021) meningkat sebanyak 5.1%. Malah setakat tahun ini, MMM berjaya meraih sebanyak 6,907 jualan. Secara tidak langsung, pegangan pasaran syarikat itu dalam Total Industry Volume (TIV) meningkat daripada 1.7% (April – September 2020) ke 3.9% (April – September 2021).

Prestasi yang cemerlang ini mengekalkan Mitsubishi Motors sebagai jenama automotif bukan nasional ketiga teratas di Malaysia.

Mitsubishi Triton pecah rekod - 1,521 jualan untuk September, pegang 34% bahagian pasaran 01

Dengan 13,000 tempahan sejak dilancarkan pada November 2020, Mitsubishi Xpander buat masa ini juga adalah MPV bukan nasional paling laku di Malaysia. Sehingga kini, sebanyak 5,756 unit telah diserahkan kepada pemilik.

Dengan beransurnya norma baharu di negara kita, syarikat MMM mempunyai hasrat untuk perkenalkan perkhidmatan secara digital yang baru untuk memudahkan pelanggan Mitsubishi di Malaysia.

Juga bacaIklan Mitsubishi Triton ini menggamit memori gaya hidup kita sebelum PKP

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Mitsubishi Triton MT Premium

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda